Hubung : 2 + 1 + 1(?)

By yiyiafiqa

10.8K 735 388

Seorang gadis yang kasar dan lasak, juga jaguh sukan paintball. Seorang gadis yang berupaya untuk 'nampak' fi... More

- Nota -
Prolog
1 (1)
1 (2)
2 (1)
2 (2)
3 (1)
3 (2)
3 (3)
3 (4)
4 (1)
4 (2)
4 (3)
5 (1)
5 (2)
5 (3)
6 (1)
6 (2)
6 (3)
7 (1)
7 (2)
8 (1)
8 (2)
8 (3)
8 (4)
9 (1)
9 (2)
9 (3)
9 (4)
10 (1)
10 (2)
10 (3)
10 (4)
11 (1)
11 (2)
11 (3)
11 (4)
12 (1)
12 (2)
12 (3)
12 (4)
13 (1)
13 (2)
14 (1)
14 (2)
14 (3)
15 (1)
15 (2)
16 (1)
16 (2)
16 (3)
17 (1)
17 (2)
18 (1)
18 (2)
18 (3)
- TGIO -
Extra : Tragedi (Tart)
Extra : Raksasa (Poket)
Extra : Riuh (Salin)
Extra : Just (Du-it) - 1
Extra : Just (Du-it) - 2
Extra : Just (Du-it) - 3
Extra : Just (Du-it) - 4

13 (3)

102 6 3
By yiyiafiqa

Tak masuk akal.

Alasan itu tak masuk akal.

Hanya kerana sebahagian, terus dihukum semua.

Remaja itu tunduk merenung tanah, hela nafas, seboleh mungkin menahan marah yang membuak. Dia kemudian memandang ke arah lelaki yang berada di hadapannya itu.

"Kenapa beritahu semua ini kepada saya?"

"Sebab kamu bertanya, wahai adik manis."

Remaja itu senyum. "Lebih baik abang serah diri pada polis saja."

"Kalau tak nak?"

"Saya akan serahkan bukti ini kepada polis." Pen di saku ditunjuk. "Segala pengakuan abang ada dalam ini. Semuanya akan terbongkar. Nasib semua mangsa abang akan terbela."

Lelaki itu ketawa. Tawanya sungguh menyeramkan hingga menyebabkan remaja itu terpinga-pinga.

"Kalau adik sempat keluar dari sini."

Sekelip mata sahaja dia berada di belakang remaja itu, sebilah pisau belati dihunus tepat ke batang lehernya.

"Lagipun... Nama panggilan adik mula dari huruf L, kan?"

"Cis!"

Serentak dengan itu, remaja itu menghentak kakinya tepat mengenai kaki lelaki itu. Lelaki itu terundur sedikit, menahan sakit. Dengan pantas remaja itu menerajang perut lelaki itu sepenuh tenaga, menyebabkan dia jatuh terduduk. Dia cuba melarikan diri, namun tersungkur dek kakinya dipegang kemas lelaki tersebut.

"Selamat jalan!"

Pisau belati diayun tinggi.

(...)

Puan Ariana mundar mandir di lobi Sedili Waterfront. Sejak sampai di KLIA, jiwanya gundah. Lebih-lebih lagi anak tunggalnya gagal dihubungi sejak dia sampai di situ.

"Kakak, dapat contact Adik tak?" Puan Fauziah bertanya pula. Shila menggeleng.

"Masuk voicemail," rungut Shila. "Apahal susah nak contact dia ni? Selalu angkat je telefon."

Tiba-tiba telefon Shila berbunyi. Segera dijawab panggilan itu apabila nama 'Adik' terpapar di skrin.

"Ha, baru nak angkat? Kau dengan kawan kau merayau ke mana?"

Jawapan di hujung talian menyebabkan Shila tergamam.

(...)

Pintu bilik rawatan terbuka. Seorang belia lelaki melangkah keluar dari situ, memegang balutan di bahagian atas siku lengan kanannya. Dia kemudian berjalan ke arah seorang lagi belia yang baru sahaja selesai berbual di telefon.

"Lengan tu okey tak?"

"Hm. Calar sikit je."

"Calar sikit je? Sikit je kau cakap? Sampai berdarah tu kau kata sikit?"

Belia itu bungkam. Balutan itu diteliti untuk kesekian kalinya.

"Bagus benar timing kau datang, Malik. Dah macam tengok cerita kungfu," kata belia di sebelahnya itu sambil sengih.

"Ceh. Aku tak belajar kungfu la, Salleh."

Salleh terus sengih.

Insiden di paya tadi memang agak mengagumkan dan janggal bila difikirkan balik. Untuk pertama kali, tebusan mengerjakan penculiknya sampai lunyai secara langsung di hadapan sepasukan polis lengkap bersenjata. Si penculik siap masuk wad kecemasan lagi kerana cedera teruk. Si tebusan pula cuma calar dek terkena sipi peluru pistol milik si penculik.

"Hm... Jomlah pergi farmasi. Ambil ubat. Aku dah call Kak Shila. Kejap lagi mereka sampai," kata Salleh, lalu bangun dari bangku. Mereka kemudian bersama-sama berjalan ke arah pintu keluar.

"Mereka?"

Salleh angguk. Pintu unit pesakit luar ditolak, lalu mereka melangkah keluar. Mujurlah unit farmasi di sebelah unit ini sahaja.

Tiba-tiba kakinya berhenti melangkah. Puan Ariana berada tidak jauh dari situ. Air matanya bergenang, kerisauan terpamer di wajahnya. Mereka bertentang mata.

"Anak ibu!"

Puan Ariana terus berlari anak ke arah Malik, lalu memeluknya erat. Dia tergamam dengan tindakan ibunya itu. Keras membatu.

Ibu... Peluk aku?

Dengan perlahan, rasa gembira menyerap ke dalam hatinya. Matanya terpejam, menghayati sensasi yang membahagiakannya itu.

Hangatnya...

Pelukan dilepaskan. Puan Ariana mengesat air matanya. Hairan seketika melihat anaknya berdiri tegak macam patung.

"Andi? Okey tak ni?"

Dia buka mata. Bagaikan tersedar dari lena. Dia sedikit terkejut apabila menyedari kewujudan Puan Ariana yang berdiri di hadapannya.

"Ibu!" Bibirnya terus mengukir senyum gembira. Dia pandang sekeliling. "Er... Hospital?"

Salleh yang hanya memerhati hanya membisu. Dari kejauhan, Puan Fauziah berjalan ke arahnya. En. Ayoub pula sedang berbual dengan seorang lelaki Cina beruniform polis.

"Eh? Kenapa macam kenal?" Salleh menggumam perlahan.

(...)

Bray menjejakkan kaki di bahu jalan, selang dua bangunan dari Hotel Melati, sambil mendongak ke atas. Nafasnya termengah-mengah dek berlari. Matanya menangkap kelibat sesuatu berwarna putih sedang terbang di atas langit tidak jauh dari tempat dia berdiri.

'Dron berbulu' yang diceritakan kanak-kanak kembar tiga semasa di lif tadi.

Matanya melilau ke sekitar kawasan itu. Kelihatan seseorang berkulit kekuningan dan berpakaian kasual berdiri tidak jauh dari situ. Di tangannya ada alat kawalan jauh berwarna putih.

Bray terus berlari, melintas jalan, ke arah lelaki itu. Menyedari tindakan Bray itu, lelaki itu terus membuka langkah seribu. Lariannya terus melintasi jalan besar...

KRASH!

Bray berhenti berlari. Matanya membulat.

(...)

"Mohon semua orang jauhkan diri dari kawasan kuning. Kami sedang jalankan operasi," umum seorang pegawai polis di luar kawasan tempat letak kenderaan yang kini dihadang pita kuning 'dilarang masuk'.

Kawasan sekitar Dewan Persada kini lengang. Unit pemusnah bom sampai dalam masa tidak sampai 5 minit. Mujur sahaja proses evakuasi berjalan lancar. Sekejap sahaja hampir semua orang di situ beredar.

Raz yang baru sahaja selesai bercakap dengan pegawai bertugas terus mendapat panggilan telefon. Dijawabnya panggilan telefon itu.

"Ha, Ash. Ada apa?"

Lama dia membisu, mendengar jawapan di hujung talian. Dia kemudian pandang ke arah Safuan yang cuba menghampiri kawasan di mana bom itu berada.

"Safuan, abang nak ke hospital sekarang. Nak ikut?"

"Eh? Hospital?"

(...)

"Awak okey tak?"

Hanya sedu tangisan kedengaran. Bray tarik nafas panjang. Dia pandang ke arah Nina yang berada di sebelahnya itu.

Nina duduk di bahu jalan. Ketakutan menguasai dirinya. Sesekali dia memandang ke arah lori yang berada di tengah jalan. Ada seorang lelaki terperosok di celahan tayar.

Dia bercadang untuk mencari rakan-rakan sepupunya dek kerisauan. Walaupun masih belum betul-betul sihat, dia gagahkan diri untuk ke Dewan Persada. Dalam perjalanan ke sana, kemalangan ngeri berlaku di hadapan matanya!

Bray menghampiri lori itu, mencari alat kawalan jauh dron itu. Wajahnya berubah pucat apabila menyedari alat kawalan itu hancur, dilenyek tayar kereta yang dipandu Nina. Dengan segera dia pandang ke arah langit.

"Eh?"

Kelihatan dron itu terbang melintasi jalan, menjauhi Hotel Melati. Dek kehairanan, Bray terus garu kepala.

"Bukan alat kawalan dah rosak ke?"

(...)

Tiga kelibat berdiri di atas sebuah bukit berumput kira-kira tiga kilometer dari ibu pejabat polis. Sesuatu seakan kotak kertas A4 turut berada di situ. Cahaya LED pada kotak berkelip-kelip.

"Arah tenggara, 10 kilometer dari sini. Betul?" kata Laily. Nero mengangguk.

"Okey. Terima kasih."

Nero angguk sekali lagi.

Jam tangannya yang ada fungsi kompas dilihat, mencari arah tenggara. Dengan segera dia berlari dan hilang dari pandangan. Nero pula sambung memberi tumpuan pada skrin tabletnya, yang dihubungkan kepada sistem MESMER.

Nero kemudian mendongak ke arah langit. Sebiji dron dengan bulu tangkis di bahagian kakinya terbang ke arahnya. Nero pandang ke arah pegawai polis di sebelahnya. Bagaikan memahami, dia menghubungi satu lagi kumpulan unit pemusnah bom yang bersedia di IPD.

Dron itu terbang melepasi mereka berdua, terus menuju ke IPD.

"Kau tak fikir nak bom pejabat Tuan Alex, kan?" Pegawai itu berkata dengan nada serius.

Nero terus merenung dingin ke arah pegawai polis itu.

"Gurau je," kata pegawai itu kemudiannya. Cuak dengan pandangan Nero itu.

Continue Reading

You'll Also Like

22.6K 1.2K 52
DZAFIR RIFQ-Seorang yang perwatakannya lemah lembut,matang dan menurut kata. Merupakan jurulatih kriket peringkat negeri Perak dan seorang CEO DR SPO...
5.9K 378 29
KARYA KEDUA - NURUL ASYIQIN Tengku Addyan Zareef | Aisya Raihana "Kau ni memang suka potong barisan orang ekk?" - Tengku Addyan Zareef "Encik c...
2.5K 726 14
Malaysia telah dikejutkan dengan serangan cyber yang didalangi oleh seseorang misteri yang menggunakan kod 9191913. Serangan yang dibuat telah menjej...
4.2K 209 3
Perkahwinan diaturkan