Hubung : 2 + 1 + 1(?)

By yiyiafiqa

10.8K 735 388

Seorang gadis yang kasar dan lasak, juga jaguh sukan paintball. Seorang gadis yang berupaya untuk 'nampak' fi... More

- Nota -
Prolog
1 (1)
1 (2)
2 (1)
2 (2)
3 (1)
3 (2)
3 (3)
3 (4)
4 (1)
4 (2)
4 (3)
5 (1)
5 (2)
5 (3)
6 (1)
6 (2)
6 (3)
7 (1)
7 (2)
8 (1)
8 (2)
8 (3)
8 (4)
9 (1)
9 (2)
9 (3)
9 (4)
10 (1)
10 (2)
10 (4)
11 (1)
11 (2)
11 (3)
11 (4)
12 (1)
12 (2)
12 (3)
12 (4)
13 (1)
13 (2)
13 (3)
14 (1)
14 (2)
14 (3)
15 (1)
15 (2)
16 (1)
16 (2)
16 (3)
17 (1)
17 (2)
18 (1)
18 (2)
18 (3)
- TGIO -
Extra : Tragedi (Tart)
Extra : Raksasa (Poket)
Extra : Riuh (Salin)
Extra : Just (Du-it) - 1
Extra : Just (Du-it) - 2
Extra : Just (Du-it) - 3
Extra : Just (Du-it) - 4

10 (3)

115 9 2
By yiyiafiqa

"Kau kata, kau cari budak tahfiz yang meniaga, ya?"

Bray yang masih bercelaru mindanya dek kemunculan mendadak Syam di tempat duduk belakang kereta hanya mengangguk lemah.

"Tak silap aku, dekat-dekat sini ada seorang," kata Syam, tiba-tiba teringatkan kanak-kanak yang dibantunya beberapa hari lepas.

"Betul?"

Syam angguk. "Tak silap aku, di stesen minyak depan sana."

"Kau pasti ke, di stesen minyak tu ada seorang?" Bray tanya semula, untuk kepastian.

Syam angguk lagi. "Seingat aku, memang ada seorang di stesen minyak tu. Aku siap tolong dia lagi hari tu."

Bray mengangguk. Stereng kereta diputar, mahu masuk je simpang menuju ke stesen minyak.

"Eh, apahal tu?"

Kedua-dua lelaki itu nampak secara langsung seorang kanak-kanak berjubah dan berserban tergelincir di tepi jalan lalu dirempuh sebuah van.

(...)

"Ya ALLAH!"

Hana, Nina dan Zel yang berada dalam kereta dan dalam perjalanan pulang, sama-sama terkedu melihat kanak-kanak itu terbaring di atas jalan, berlumuran darah. Lelaki bertubuh besar itu sudah melarikan diri. Van yang melanggar kanak-kanak itu pula berhenti di tepi jalan, pemandunya sedang panik.

Laily yang berada di seberang jalan pula menerpa ke arah kanak-kanak di atas jalan itu. Dia juga hampir-hampir dilanggar kereta dari jalan yang tidak jauh dari tempat mereka berdua berada.

"Eh, kita pergi sana!"

"Tak bolehlah, Zel."

"Apasal pulak?" Zel membetah.

"Sini jalan sehala!" Nina menunding ke arah papan tanda di tepi. "Kita kena jalan jauh ke hujung jalan ni, baru boleh pusing, pergi sana."

Zel mengeluh. Matanya melirik ke arah cermin pandang belakang kereta. Baru dia perasan sesuatu.

"Tu... Dashcam, kan, Nina?"

"Yup."

(...)

"ADAM!"

Adam buka mata. Dia cuba senyum. Rasa sakit yang teramat menjalar ke seluruh tubuh. Laily melutut di tepi jalan itu, kepala Adam berada di pangkuan Laily.

"Akak... Adam... Sakit..."

"Adam bertahan, ya. Akak telefon ambulans." Laily bawa keluar telefon bimbitnya. Serentak dengan itu, sebuah kereta berhenti di hadapan mereka berdua.

"Jom, abang hantarkan ke hospital," kata pemandu kereta itu. Rakannya pula keluar dari kereta, membuka pintu belakang seluasnya. Dia kemudian membantu Laily mengangkat Adam masuk ke dalam kereta.

(...)

Kereta itu meluncur laju di atas jalan raya. Habis semua lampu isyarat dilanggar. Kedua-dua lampu kecemasan dinyalakan.

"Jauh lagi ke hospital ni?" Bray tanya Syam yang melihat peta melalui telefon bimbitnya.

"Kalau tengok apps Waze ni, dah dekat dah. Masuk simpang kiri tu, lepas tu jalan terus, sampailah."

"Adam, jangan tidur. Bangun," kata Laily perlahan. Tangannya tepuk lembut pipi Adam yang matanya hampir terpejam. Mereka berdua curi pandang Laily dan budak di belakang itu.

"Adam... Dah tak... Tahan..."

Adam terbatuk-batuk. Darah mengalir keluar dari hidung dan mulutnya, juga dari luka-luka di seluruh badannya.

"Akak, to... Tolong cakap... Pada mak abah Adam... Adam... Minta maaf..."

"Adam..."

Adam pegang lengan Laily, erat.

"Akak... Adam minta maaf... Sebab lambat... Ikut cakap akak... Adam... Ya ALLAH..."

Mata Adam terpejam. Tangannya terus jatuh terkulai. Laily ketap gigi. Kereta terus masuk ke kawasan hospital, terus ke Unit Kecemasan.

(...)

"Hello Assalamualaikum, ini rumah Adam ke?"

"Ya, ada apa?" Satu suara wanita menjawab panggilan itu.

"Puan, Adam di Unit Kecemasan Hospital Sri Ibrahim sekarang. Harap Puan segera ke sini, sekarang."

"Betul ke ni? Jangan main-main, dik," kata suara itu, mula emosional.

"Saya tak tipu. Tolong cepat, ya. Doktor... Nak jumpa," kata Laily. Talian ditamatkan. Dia pandang doktor yang baru sahaja keluar dari pintu unit kecemasan itu.

"Kamu waris Adam Fahmi Bin Muhammad Yusri?" Doktor itu bertanya Laily. Laily menggeleng.

"Saya baru sahaja hubungi ibunya. InsyaALLAH sebentar lagi mereka sampai. Kenapa dengan Adam, doktor?"

Doktor itu menggeleng lemah. "Saya minta maaf. ALLAH lebih sayangkan dia..."

Laily terus tunduk. Diam.

"Terima kasih, doktor," kata Laily perlahan. Dia pandang doktor lalu terus senyum tawar. "Nanti, bila keluarganya sampai, saya minta mereka jumpa doktor terus."

Doktor itu mengangguk lalu masuk kembali ke dalam Unit Kecemasan.

Laily berjalan menghampir Syam dan Bray, yang masih lagi berada di foyer hospital.

"Abang berdua baliklah. Maaf sebab buatkan kereta kotor. Nanti saya bayar kos cuci kereta tu," kata Laily, wajahnya kosong tanpa perasaan. Sehelai kertas tertulis nombor telefonnya dihulur kepada Bray.

"Adik pula?" Bray bertanya, mengambil kertas itu.

"Sekejap lagi kakak saya datang. Lagipun, saya kena tunggu mak ayah budak tu...."

"Budak tu macam mana?"

Laily senyap, geleng kepala perlahan, lalu beredar. Mereka berdua terus mengerti apa yang cuba diberitahu.

"Innalillah..."

(...)

Van jenazah sudah bergerak pergi dari unit forensik hospital itu. Laily masih berdiri di foyer unit forensik, memerhatikan van itu berlalu meninggalkan kawasan hospital itu. Bajunya yang kotor terkena darah langsung tidak dipedulikan.

Suria menghampiri Laily. "Laily okey?"

Laily diam. Wajahnya kekal tanpa ekspressi sejak tadi.

"Awak tahu, kalau rasa nak menangis, awak boleh menangis."

"Menangis boleh hidupkan balik Adam ke?" Laily berkata, hampir berbisik.

Suria bungkam.

(...)

Nina mengeluarkan kad microSD dashcam kereta itu lalu diserahkan kepada Hana. Hana memasukkan kad itu ke dalam SDcard reader berupa pemacu pena lalu memasangnya pada telefon bimbitnya. Rakaman insiden kemalangan itu dicari.

Hana, Nina dan Zel sama-sama menonton rakaman itu. Mereka kemudian saling berpandangan.

"Kita beri rakaman ni pada polis. Bagaimana?"

"Setuju. Tapi, masukkan dalam pendrive dulu. Polis ni, kalau ambil barang bukti, dia takkan pulangkan balik. SDcard tu memorinya besar. Dahlah mahal," kata Nina.

"Kebetulan. Aku ada pendrive lebih," kata Zel. Pemacu pena 1GB dikeluarkan dari saku kecil beg sandang dan dihulurkan kepada Nina.

"1 gigabyte je? Zaman bila punya ni?" Nina mengambil pemacu pena itu lalu dibelek-belek.

"Zaman sekolahlah. Mana nak jumpa 1GB lagi dah? Paling kecil, 4GB. Futej kemalangan tu saiznya takkan sampai 1 gigabyte, kan? Oh ya, sebelum kau tanya lagi, pendrive tu masih elok."

Nina sengih.

"Sekarang... Kita perlukan komputer..." Hana topang dagu.

"Komputer rosak, belum repair lagi," kata Nina.

"Siapa ada bawa komputer?"

"Hm... Kita tanya di group."

Continue Reading

You'll Also Like

10.9K 635 62
ENDYNA DAISHA atau lebih dikenali sebagai Dyna, merupakan gadis berumur 24 tahun, bekerja sebagai secret agent untuk Secret Police Agency JR (SPAJR)...
4.1K 205 3
Perkahwinan diaturkan
193K 474 3
Reen merupakan sepupu dan pasangan seksku...
437K 26.2K 56
Sebuah kisah cinta karya Sabrina Marrose. Yara Ameena Syed Attar Mula: 8/9/2023