Raya 2

4K 278 33
                                    

PUASA hari ke 17, rutin Adara sebagai seorang isteri dan ibu berjalan seperti biasa. Pada waktu pagi, Adara sempat menyiapkan Eiman untuk pergi ke sekolah dan juga Ellyna. Selain daripada dua orang anaknya itu, Adara juga perlu menyiapkan Zafran kerana Zafran manja dan inginkan perhatian dari Adara.

Setelah menyiapkan tiga orang kesayangan Adara, Zafran mengambil tugas untuk menghantar Eiman dan Ellyna ke sekolah masing-masing.

"Salam mama," pinta Zafran kepada anak-anaknya.

Eiman terlebih dahulu bergerak ke arah Adara dan mencium tangan mamanya. Adara yang waktu itu sedang duduk bertinggung di hadapan Eiman itu sempat memeluk erat tubuh Eiman.

"Belajar betul-betul okey boy? Nanti baba belanja lego banyak-banyak," kata Adara.

"Eh? Bila masa?" Zafran sempat menyelit tetapi diabaikan oleh dua beranak itu.

"Yeke mama? Yeay! Boy nak lego yang besar tuu!!" Eiman balas dengan suara terujanya.

"Boleh! Minta aje dekat baba. Tapi boy kena belajar pandai-pandai tau!" Sekali lagi Adara peluk tubuh Eiman yang melabuhkan kucupan di ubun-ubun kepala Eiman.

Zafran disitu hanya menghela nafas. Entah bila dia pernah berjanji mahu membelikan lego buat Eiman. Rasanya dekat rumah mereka ini sudah terdapat banyak lego.

"Nana! Meh sini salam mama." Adara menarik Ellyna ke dalam dakapannya.

Zafran geleng kepala sambil tersenyum lemah. Anak-anak mereka hanya mahu pergi ke sekolah tetapi lagak Adara seolah mahu menghantar mereka belajar ke luar negara.

"Nana pun belajar pandai-pandai okey? Nanti baba belikan dapur baru." Muka Ellyna bertukar cerah saat mendengar kata-kata Adara.

Ellyna memang suka permainan. Selain dapur mainan, dia juga berkeinginan mahu sebuah rumah mainan. Mungkin selepas ini papanya akan membelikan sebuah rumah mainan pula.

"Hubby beli bukan Nana yang main. Honey yang nak main kan?" Zafran bersuara. Ini lagi satu. Entah bila dia berjanji mahu membelikan dapur mainan buat Ellyna.

Zafran memang seorang skema. Tidak mahu membelikan mainan yang banyak buat anak mereka kerana kononnya takut anak-anak mereka berlagak kerana memiliki banyak mainan. Selain itu, Zafran juga anggap membeli banyak mainan adalah satu pembaziran.

Lain bagi Adara. Dia mahu membelikan banyak mainan buat anak-anak mereka kerana baginya, hiburan apa lagi yang boleh beri buat anak-anak mereka selain mainan?

"Ala apa salahnya berkongsi. Kan Nana?" Ellyna angguk kepala. Apa salahnya berkongsi dengan mamanya. Boleh main sama-sama! Mahu bermain dengan Eiman, abangnya itu tidak mahu bermain permainan perempuan. Ellyna memang akan selalu bermain bersama Adara.

"Dah dah! Cepat! Dah pukul berapa ni? Nanti nama boy kena tulis dekat buku," kata Adara.

"Macam Yaya tulis nama Boboiboy dengan Gopal ke mama?" tanya Eiman.

"Betul tu boy! Nanti ada pengawas garang macam Yaya marah boy," balas Adara.

"Ala boy marahlah balik!" balas Eiman dengan semangat.

"Eh mana boleh! Nanti boy kena masuk bilik cikgu besar!"

"Cikgu besar macam Upin Ipin tu ke mama?"

"Betul!"

"Ish takutlah boy. Jom baba kita pergi school sekarang!" Eiman mula tergopoh-gapah mencapai beg sekolahnya.

"Ya ya jom. Dari tadi baba dah tunggu." Zafran bergerak ke arah Adara dan menarik perlahan kepala Adara dan dikucup dahi itu.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now