epilog

21K 877 178
                                    

20 tahun berlalu....

"Assalamualaikum baba saya." Irfan Adhwa melabuhkan duduk di sisi pusara ayahnya.

Tangannya lincah bergerak membersihkan sekitar kubur itu. Macam biasa.

"Adik baca Surah Yasin kejap tau, baba." Irfan Adhwa berkata lalu bacaan Surah Yasin dimulakan.

Dalam pertengahan bacaannya, suaranya berubah. Dia sebak, dia sedih.

"Adik minta maaf, baba." Irfan Adhwa sempat meminta maaf kerana mamanya selalu beritahu jangan menangis ketika melawat kubur babanya.

Irfan Adhwa menarik dalam nafasnya lalu dia meneruskan bacaannya.

Selesai membaca Surah Yasin dan beberapa potong doa, tangannya menyentuh permukaan kubur itu. Perlahan tangannya mengusap membayangkan dia mengusap tangan babanya sendiri. Tangan yang dia tidak pernah dapat sentuh.

"Hari ni hari jadi adik, baba." Irfan mula berkata setelah mendiamkan diri agak lama.

"Sebelum ni, adik benci dengan tarikh lahir adik sendiri. Sebab baba pergi pada waktu tarikh lahir adik. Adik tak suka kerana adik akan nampak mama diam, Abang Ayyad diam. Kakak pun diam." Irfan Adhwa menggigit bibirnya.

Tak. Dia tak pernah salahkan mereka. Sedangkan dia sendiri, walaupun dia tidak pernah berjumpa dengan babanya, tetapi rasa rindu itu sangat menebal buat babanya.

Walaupun dapat menonton video yang mamanya selalu tunjuk pun, dia tidak puas. Takkan pernah puas.

"Mama sayang baba sangat tau. Setiap hari mama akan tonton video baba. Baba jangan marah mama tau. Mama kuat. Mama cuma rindu. Mama rindu baba." Irfan Adhwa berkata lagi.

Sejak dua menjak ini, dia memang selalu perasan mamanya akan senyap-senyap memandang gambar arwah babanya. Dia tahu, mamanya memang akan selalu tunjukkan dirinya kuat. Kuat demi anak-anak.

"Baba jangan risau, adik janji adik akan tolong jaga mama untuk baba."

"Adik bangga dapat ayah macam baba. Adik sayang baba sangat-sangat. Adik rindu baba sangat-sangat." Irfan Adhwa menghapuskan air matanya menggunakan lengan baju kurtanya.

"Abang Ayyad dengan Kakak pun jaga adik baik sangat. Adik sayang diorang sangat-sangat."

"Adik sayang ibu Dian juga. Mama selalu cerita pasal ibu Dian juga. Adik rindu ibu Dian." Irfan Adhwa menggigit kuat bibirnya.

"Harini, adik tak nak sedih-sedih dah. Adik dah terima kenyataan yang baba pergi waktu adik dilahirkan di dunia ni. Baba doakan adik kuat, ya? Adik nak jadi hebat macam baba juga." Irfan Adhwa sengih.

"Adik pergi dulu ya, baba? Lepasni adik datang lagi. Adik sayang baba sangat-sangat. Assalamualaikum baba." Irfan Adhwa bangun dan pergi meninggalkan tanah perkuburan itu.

********

"Adik! Jom celebrate birthday adik!" Ellyna berkata sambil memeluk bahu adiknya itu.

"Jom lah. Kita celebrate dengan mama sekali. Mana mama?" Irfan Adhwa bertanya.

"Ada dekat atas. Jom lah. Abang bawa kek naik atas. Kita surprisekan mama." Eiman berkata sambil berjalan menuju ke dapur untuk mengambil kek yang sudah dia beli tadi.

Irfan Adhwa tergelak. Patutnya dia yang dapat surprise. Tapi mamanya pula yang surprise. Takpa lah. Nasib baik sayang.

Mereka bertiga bergerak menuju ke atas, ke bilik mama dan babanya bersama.

Tidak sabar mahu sambut hari jadi Irfan Adhwa.

"Mama..." Ellyna mengetuk perlahan pintu bilik itu.

"Masuk jelah Na." Eiman berkata selepas beberapa ketukan pun masih tiada respon dari mama.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now