Chapter 50

25.8K 1.1K 118
                                    

Hari minggu, Adara tidak mempunyai apa-apa rancangan lagi. Dia hanya duduk sahaja dalam biliknya sejak habis solat subuh tadi. Kadang-kadang kalau Adara rajin, dia akan menolong ibunya di dapur. Tapi tak tahu kenapa harini rasa macam malas pula nak tolong.

Dari tadi Adara hanya bergolek atas katil sampailah dia sendiri tidak sedar bahawa dia sudah terlelap.

Pada pukul 11 pagi, barulah Adara tersedar dari lenanya. Waktu tersedar, dia masih termenung memikir bagaimana dia boleh tertidur sedangkan dia tidak mengantuk langsung. Tahu-tahu terlelap. Hebat betul penangan ibu mengandung ni.

Setelah dia dapat menerima hakikat bahawa dia tertidur, barulah dia keluar dari biliknya untuk mencari makanan. Adara ni bukanlah anak perempuan yang rajin sepanjang masa. Ada masa dia rajin, ada masa dia malas. Nasib baik lah Encik Hishamuddin dan Puan Karina tidak menghalaunya keluar dari rumah.

Keluar saja dari biliknya, Adara kerut muka. Dia ada dengar suara yang agak kecoh di ruang tamu. Tak ada lah kecoh mana, tapi terdengar lah suara orang berbual. Dan suaranya agak tidak familiar. Tapi macam familiar pun ada juga.

Tanpa berfikir panjang, Adara terus melangkah ke arah ruang tamu. Dia nak lihat siapa yang berbual rancak sangat tu. Seronok betul berborak tak ajak Adara.

Sampai di ruang tamu, belum apa-apa, Adara sudah dibaling dengan sebuah kusyen. Tepat di muka. Headshot.

"Eh budak ni! Tudung mana?!" Adara dengar suara Puan Karina memetir.

"Astaghfirullah." Adara sempat mengucap sebelum dia lari memasuki bilik semula.

Adara tidak sempat melihat siapakah gerangan yang pagi-pagi sudah buat bising itu. Sampai di bilik, Adara menilik pakaiannya. Adara hanya memakai sepasang pyjamas berwarna biru laut. Nak tukar ke tak? Ke sarung tudung je?

Setelah berfikir-fikir, Adara buat keputusan untuk sarung jubah hitamnya sahaja. Simple. Lepastu sarung jersey shawl. Selempang je. Siap!

Adara terus keluar apabila dia yakin dia sudah cantik dan elok.

Tanpa memikirkan malunya tadi, Adara turun semula menuju ke ruang tamu.

Turun sahaja, Adara memerhati setiap muka yang ada di ruang tamu.

Ada ayah, ada ibu, ada Amelia, ada Zafar dan ada Zafran bersama anak-anaknya. Adara masih tidak tahu nak bagi reaction apa. Dah lah dia baru bangun tidur. Dengan muka busuknya.

"Adara!" Amelia melambai tangan ke arah Adara dengan teruja. Adara sengih kekok. Nak buat apa ni?

Adara pandang Zafran yang dari tadi memerhati dirinya. Adara terus berjalan ke arah Eiman dan Ellyna. Rindu pula dia dengan budak dua orang ni. Dengan bapaknya tidak. Adara teringat pula waktu Eiman demam kerana merinduinya.

"Hai!" Adara terus mengambil Ellyna dari dukungan Zafran. Adara abaikan mata-mata yang sedang memerhatikan dirinya sekarang ni.

"Ad belum makan kan? Pergilah makan dulu." Encik Hishamuddin bersuara.

"Nanti kejap lah." Adara sengih sambil mengagah Ellyna yang sudah didudukkan di ribanya.

"Boy sini!" Adara memanggil Eiman pula. Eiman pun dengan laju berjalan ke arah Adara.

"Mama." Eiman panggil lembut sambil sengih dan memeluk peha Adara. Adara hanya sengih sahaja. Dia rasa kekok untuk bahasakan dirinya mama lagi. Lagi-lagi depan orang lain.

"Pak cikkkkk." Amelia panggil Encik Hidhamuddin dengan nada yang panjang sambil tersengih.

"Bawa lah Lia." Jawab Encik Hishamuddin pasrah.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now