Chapter 45

24K 1.1K 171
                                    

Hi assalamualaikum semua! Hope you guys are doing well. Harini saya update chapter 45, YEAY!!!!

Happy reading!

**********

Hari Jumaat malam Sabtu, di sebuah dewan hotel, Adara sedang memerhati kawan baiknya, Amelia yang sedang duduk di pelamin. Malam ini adalah malam akad nikah antara Amelia dengan Zafar.

Amelia cantik mengenakan sepasang baju kurung Pahang berwarna putih berlian. Amelia juga memakai tudung yang berwarna senada dengan baju nikahnya. Adara tidak sedar bibirnya mekar membentuk sebuah senyuman ketika memerhati kawannya itu.

Akhirnya, bersatu juga Amelia dengan pasangannya setelah bermacam-macam dugaan yang mereka sudah tempuh bersama. Sambil itu, matanya melirik ke arah keluarga Zafar. Ada papa, umi, baby, keluarga along dan juga Zafran bersama anak-anaknya.

Mereka sekeluarga masih tidak perasan akan kewujudan Adara kerana Adara tidak berada dekat dengan mereka. Adara menyorokkan dirinya. Tidak mahu dirinya diketahui oleh mereka.

"Aku terima nikahnya Amelia binti Ahmad dengan mas kahwinnya 5000 ringgit tunai." Akad yang disebut oleh Zafar telah menyentakkan Adara dari lamunannya. Adara terus melarikan matanya ke arah Zafar yang sudah menitiskan air mata sambil menadah tangan untuk berdoa. Setelah itu, dia lihat pula reaksi Amelia. Amelia juga sama telah menitiskan air matanya. Tiba-tiba Adara sengih. Dia teringat Amelia pernah berkata, jika Zafar tidak menangis, dia nak refund Zafar. Nasib baik Zafar menangis.

Setelah selesai sesi membatalkan air sembahyang, sekarang adalah sesi bergambar dengan keluarga. Adara masih duduk di posisi sembunyinya dari tadi.

Adara pandang Zafran, dia nampak kepala Zafran terpusing-pusing seolah-olah mencari seseorang. Setelah itu, reaksi muka Zafran bertukar sayu. Mungkin orang yang dicari itu tidak ada.

"Perhatian, kepada awak yang bernama Adara Sumayyah binti Hishamuddin, sila naik ke pelamin untuk sesi bergambar dengan pengantin." Muka Adara bertukar merah.

"Aduh! Macam mana ni?" Adara sudah seperti cacing kepanasan di situ. Tak tahu sama ada ingin pergi atau tidak. Sekarang Adara tak berani untuk pandang ke arah pelamin lagi.

"Adara, kau naik pelamin sekarang cepat! Nak kena heret ke?" Okay sekarang suara Danish pula yang bercakap di mikrofon itu. Mesti dia rampas dari tangan emcee majlis ini.

"Aku lah dengan Danish ni." Adara mengeluh perlahan.

Dengan perlahan dan berhati-hati, dia berjalan ke arah pelamin sambil matanya hanya pandang Amelia seolah menuturkan 'kau nak mati ke?'. Amelia pula buat tak tahu, hanya menunjukkan sengihan tidak bersalahnya itu.

Adara sudah memaklumkan pada Amelia sebentar tadi bahawa dia tidak mahu mengambil gambar bersama. Dia tidak mahu keluarga Zafran perasan akan kewujudannya. Amelia mula-mula kata okay. Sekarang jadi macam ni pula.

"Mama!" Ah sudah siapa pula yang sedang memeluk kaki Adara yang baru nak melangkah naik ke pelamin.

Adara pandang ke arah suara itu. Adara sengih hambar. Nak kena buat apa ni?

"Hi boy!" Adara sapa Eiman kekok. Lama tak jumpa, nak kena nangis ke?

"Mama! Rindunya Ayyad dengan mama. Mama pergi mana? Mama merajuk dengan baba lagi ke?" Eiman berkata sambil tangannya masih memeluk kaki Adara tanpa lepas.

"Ayyad!" Tiba-tiba Zafran datang lalu mendukung Eiman selepas Eiman melepaskan kaki Adara.

"Mama nak ambil gambar dulu, nanti Ayyad jumpa mama okay?" Zafran berkata lembut pada Eiman.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now