Chapter 54

18.4K 873 57
                                    

Hi assalamualaikum semua? Apa khabar?

Harini saya update chapter baru yeay.

Tapi, bosan. Saya minta maaf.

Happy reading!

***********

Beberapa minggu sudah berlalu, kandungan Adara juga sudah mencecah tujuh bulan. Sekarang pun Adara ada di Kuala Lumpur, mengikut Zafran pulang. Lagipun Adara rasa sudah lama dia tidak berjumpa dengan keluarga mertuanya, dan juga Eiman dan Ellyna. Sampai bila untuk Adara tidak bersua muka dengan mereka. Mereka tidak salah. Yang salah Zafran seorang je.

'Nak salahkan member, member dah lepak underground.' Tergeleng kepala Adara mendengar suara hatinya. Cepat-cepat dia beristighfar. Lagipun dia tidak mahu berdendam dengan Dian dah. Buat apa berdendam dengan orang yang sudah tiada.

"Woi." Adara rasa bahunya dicuit. Dia toleh kebelakang memandang Amelia yang sedang menadah cawan di coway.

"Buat apa? Kenang dosa dengan suami ke tu?" Amelia mulakan perbualan sambil melabuhkan duduk di meja makan itu. Berdepan dengan Adara.

Adara hanya diam tidak membalas. Dah biasa kena perli. Tapi tidak mengambil hati sangat pun. Lagipun betullah apa yang Amelia kata tu. Huhuhu.

Sekarang mereka berada di rumah mertuanya. Hujung minggu. Sudah biasa mereka berkumpul.

"Kau dengan Zafar okey?" Adara bertanya.

"Okey je. Alhamdulillah." Amelia senyum lebar mengenangkan suaminya itu.

Adara tersenyum Amelia yang cantik mengenakan tudung sarungnya itu. Sekarang Amelia sudah bertudung. Di rumah mertua, Amelia pun kena lah bertudung kerana ada Zafran dan Zayyad.

"Kau okey?" Amelia pula bertanya.

Adara tergelak. Dah kenapa macam sesi kaunseling dah ni?

"Okey jelah. Macam ni jelah." Adara mengusap perutnya yang membulat itu.

"Takda lah. Kau temenung jauh sangat tadi. Macam dah sampai Qatar je." Amelia bergurau.

"Aku cuma terkenang perkara yang dah jadi sebelum ni. Dari mula aku datang restoran nak makan dengan arwah Dian, tahu-tahu dia minta aku kahwin dengan laki dia. Tahu-tahu kena tangkap basah pula. Lepastu, arwah Cirah pula pergi. Dengan kes stalker nya. Arwah Dian pula pergi. Zafran halau aku. Aku pregnant pula. Lepastu, tembak menembak nya lagi." Adara berhenti seketika.

"Aku tak tahu macam mana aku boleh survive sampai sekarang. Aku tak tahu macam mana aku boleh tak meroyan. Semua berlaku dalam masa terdekat kot. Gila betul." Adara menggeleng kepalanya.

"Kau lupa nak sebut nama aku, Ad." Amelia berkata.

"Hm ya lah. Kau ingat aku lupa ke? Tapi itulah, banyak sangat jadi. Dengan si Sofea tu benci aku. Lepastu aku kenal kau, kau jadi kawan aku." Adara senyum.

"Terima kasih sudi jadi kawan aku, Lia. Dari kau tak bertudung, sampai bertudung dah sekarang." Amelia gelak mendengar kata-kata Adara.

"Kau ni kelakar lah Ad."

"Kelakar mende? Kita kena serius lah Lia. Sampai bila kita nak jadi macam ni?" Adara membalas.

"Ya lah ya lah. Aku pun sama lah. Thanks ah weh." Giliran Adara pula gelak.

Gelak Adara terhenti apabila dia memandang wajah Amelia yang merenungnya dalam.

"Kau asal pandang-pandang aku macam tu?"

"Takda lah. Aku rasa macam dah lama tak tengok kau gelak macam ni." Amelia balas sambil matanya tidak lepas memandang Adara.

"Gelak lah lagi." Amelia berkata lagi.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now