Chapter 12

12.3K 676 128
                                    

Assalamualaikum semua? Semua apa khabar? Sihat? Semoga sihat-sihat selalu.

Saya dah update chapter 12. Terima kasih pada yang setia menunggu.

Saya nak cakap, kalau korang ada rasa macam hidup ni tak berguna, ketahuilah, kewujudan korang buat seseorang bahagia. Contohnya saya. Saya happy bila korang sudi baca story saya.

Thank you for existing.

**********

Pada pagi esoknya,

"Aunty! Bangun!" Eiman menggerakkan bahu Adara dengan kasar. Dari tadi dah Eiman kejut Adara tapi tak juga bangun.

Adara mula menggerakkan badannya. Mamai. Adara buka kecil matanya. Eiman? Kenapa ni? Oh dia tumpang tidur sini malam tadi.

"Kenapa Eiman? Eiman nak shishi ke? Jom aunty teman." Adara mula bangunkan badannya. Biasalah budak kecil, malam-malam nak buang air.

"Bukan lah aunty! Dah pagi dah! Good morning aunty!" Eiman berkata sambil melompat-lompat atas katil.

"Morning?" Adara pandang Ellyna yang masih tidur. Tak terganggu langsung dengan lompatan katil dari Eiman.

"Eh Ya Allah subuh aku!" Adara terus check telefon. Dah pukul 7 lebih! Ya Allah. Atuk gajah dah ni.

Adara terus bergegas masuk ke dalam bilik air dan mengambil wuduk selepas buang air dan gosok gigi. Habis solat, Adara terus siapkan Eiman. Mandikan, pakaikan baju. Selepas itu, kena kejutkan Ellyna pula.

Ellyna mengamuk. Tak cukup tidur agaknya. Mana taknya tidur pukul 4 pagi. Lepas je Ellyna habis mengamuk, terus dia mandikan Ellyna. Selepas itu, barulah Adara dapat menyiapkan dirinya.

Selesai menyiapkan diri, Adara tengok balik list makanan yang boleh dimakan oleh budak berdua tu. Dia tengah pikir nak bagi makan apa. Adara nampak ada koko crunch.

Okay. Adara ada koko crunch. Untuk Eiman jelah. Kalau untuk Ellyna, Adara bagi biskut baby yang Ameerul dah bagi jelah. Lembut sikit untuk Ellyna.

Selesai memberi makan, baru Adara bawa mereka pergi ke 4C. Adara takda call Zafran lagi. Zafran pun takda call pun. Dia lupa ke dia ada anak kat sini?

Semasa memandu, Adara terpaksa meriba Ellyna sambil memandu. Terpaksa ya. Ellyna merengek. Dahlah car seat takda. Semalam elok je Ellyna duduk dekat seat penumpang sebelah. Kalini tak okay. Takda mood agaknya pagi-pagi.

Sampai di 4C, Adara mahu buat panggilan. Nak call Zafran. Lepas menghantar Eiman di arasnya, Adara terus call Zafran sambil mendukung Ellyna.

"Hello?" Zafran jawab.

"Zaf? Harini boleh ambil boy dengan Nana tak?"

"Kenapa?" Eh dia tanya kenapa?

"Takda lah. Awak tak rindu anak-anak awak ke?"

"Hm. Nanti aku ambil." Dah kenapa Zafran ni? Bad mood semacam. Tercekik air kopi ke masa breakfast tadi?

"Ha okay. Dian maca-" Zafran terus tutup. Adara terdiam. Aku ada buat salah ke? Kenapa dia tutup aku macam tu je? Aku baru nak tanya pasal Dian.

Ni yang Adara tak boleh ni. Adara dah mula overthinking. Aku ada buat salah ke? Kenapa kena dingin dengan aku ni? Apa salah aku?

*********

Zafran's POV

Sebelum Adara buat panggilan, Zafran sedang menemani Dian disisi katil pesakit. Zafran tenung wajah bersih Dian yang sedang tidur. Dian lemah. Keadaannya tak membaik langsung.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now