Chapter 44

22.1K 1.2K 82
                                    

Adara merenggangkan badannya di atas kerusi kerjanya itu. Melipat jarinya sehingga mengeluarkan bunyi. Mengurut sedikit tengkuknya yang sudah mula rasa lenguh setelah duduk di atas kerusi ini beberapa jam sambil menghadap kerjanya di komputer dan fail kerjanya.

Adara tersandar sekejap sambil mengusap perutnya lalu meliarkan matanya di sekitar tempat kerjanya. Adara duduk di ruangan kerja yang luas bersama beberapa pekerja lain. Adara bekerja di bawah jabatan kewangan. Meja Adara bersebelahan dengan seorang pekerja perempuan berbangsa Cina. Meja mereka dipisahkan dengan sebuah penghadang.

Sejujurnya, Adara agak berpuas hati bekerja di syarikat ini. Ini kerana, gajinya cukup buat dirinya, suasana kerja pun selesa dan tenang, pekerja lain pun baik sahaja dengan dia, bos pula, walaupun agak dingin tapi baik dan juga jarak antara syarikat ini dengan rumah keluarganya walaupun agak mengambil masa, tapi Adara tidak kisah.

"Aiyoo Adara, you dah lapar ke? Mahu I orderkan makanan?" Sapa seorang pekerja di sebelah Adara. Bernama Xiu Ling.

"Eh takda lah, saya okay je. Penat sikit." Adara melebarkan sengihnya.

"Kalau you lapar, bagitahu lah. Ibu mengandung kena cukup makan." Xiu Ling membalas senyuman Adara lalu meneruskan semula kerjanya.

"Kalau penat, rehat." Sempat Xiu Ling beri pesan lagi. Adara senyum saja.

'Kalau penat, rehat.'

Adara tersentak kerana bunyi telefonnya yang bising itu. Cepat-cepat Adara angkat, tidak mahu mengacau pekerja lain.

Selepas menjawab salam, terus si pemanggil itu berkata,

"Adara, jom lunch sama." Danish mengajak Adara.

"Bila?" Adara tanya.

"Harini lah. Can ah?" Danish jawab.

"Tak nak lah. Malas." Adara respon sambil pusing-pusingkan kerusinya.

"Eh asal pula?" Danish mula meninggikan suaranya.

"Eh suka hati aku lah." Adara lawan balik.

"Betul-betul lah Adara! Aku ambil kau nanti. Aku bawa kereta harini." Danish buat keputusan.

Ini yang Adara dah agak. Danish acah je call tanya boleh ke tidak. Tahu-tahu nanti dia kata dia ambil. Awal-awal sebenarnya Danish ni dah buat keputusan. Acah je tanya-tanya.

"Okay lah Danish. Bye." Adara cepat-cepat menutup telefonnya selepas dia rasa macam dah lama sangat dia berehat.

"Psst. Psst." Adara mula mengerutkan muka.

"Oi Adara." Adara toleh kepalanya ke arah Xiu Ling.

"Suami you ah?" Xiu Ling sudah mengangkat keningnya berkali-kali.

"Eh no lah. Kawan saya lah Ling." Adara senyum nipis.

"Ooo. Ingat suami you. I dah lama teringin nak tengok suami you." Xiu Ling tersengih-sengih.

Adara makin kerutkan mukanya. Dah kenapa teringin tengok laki orang ni?

"I gurau lah." Xiu Ling sudah gelak kuat.

"Eh perlahan sikit lah. Shhh!" Adara mula menenangkan Xiu Ling yang gelak kuat sangat. Tak tahu apa yang kelakar sangat.

"You jealous ah?" Xiu Ling bergurau lagi.

"Takda maknanya." Adara jeling.

Aku? Nak jealous? Lambert lagi.

Adara mula teringatkan Zafran. Ish Xiu Ling ni! Tak pasal-pasal aku teringat dekat Zafran. Dah sedih dah hati dia ni. Dah lah after bersalin Adara plan nak tuntut cerai dah. Tinggal lagi berapa bulan je.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now