Chapter 38

19.8K 1.1K 326
                                    

Hi assalamualaikum semua! Apa khabar??? Akhirnya, setelah penantian yang agak lama, saya dapat juga mencari kesempatan untuk update chapter baru untuk awak semua.

Thank you kepada yang sudi menunggu. Saya minta maaf, tak dapat reply komen dan juga segala dm.

Enjoy!

***********

Hujung minggu, Adara dan Amelia bercadang untuk membeli-belah di Sunway Piramid. Tiba-tiba harini mood mereka ingin berjalan di Sunway Piramid. Adara pula rasa macam dah lama tidak berjalan seperti ini. Acah je tu.

Adara teringat, hari isnin lepas Zafran berjanji ingin berjumpa dengan Adara. Katanya nak belanja makan sebab dah tolong jaga Eiman dan Ellyna. Tapi itulah, janji memang dicipta hanya untuk dimungkiri. Mereka tak berjumpa pun sejak itu. Adara malas nak bertanya lebih. Biar je lah.

"Ad, nanti kita singgah Sephora jap. Nak cari make up sikit." Amelia sempat berkata pada Adara ketika mereka sedang berjalan tenang di dalam pusat membeli-belah itu.

Adara hanya angguk kepalanya sebagai respon.

"Eh, tu bukan Zafran ke?" Amelia bertanya sambil jarinya dihalakan kepada satu arah. Adara pandang ke arah itu.

"Haah lah." Adara terus capai tangan Amelia dan menyorok di tempat agak tersembunyi.

"Kau kenapa ternyorok macam ni? Tunjuk jelah muka tu. Buat dia sedar sikit dia ada bini lagi sorang ni." Amelia berkata geram. Dia dah bersedia nak pergi sembur Zafran.

Adara hanya diam. Matanya pandang ke arah Zafran yang sedang bergelak ketawa dengan keluarga kecilnya. Muka Zafran bahagia. Adara pandang Dian pula. Dian pun sama. Bahagia. Tersenyum. Walaupun wajahnya tampak lemah.

Adara tersenyum nipis. Mesti Dian sudah semakin baik. Boleh keluar berjalan. Alhamdulillah. Adara masih berharap agar kawannya diberi kesempatan untuk meneruskan hidup.

Adara pandang Eiman dan Ellyna. Anak-anak tirinya. Kalau Dian takda, mesti mereka sedih kan? Mestilah sedih. Ibu sendiri kot.

"Ad! Jom lah! Aku dah ready nak sembur si Zafran tu." Amelia sudah menarik tangan Adara.

"Ish! Janganlah. Biar jelah diorang. Tengah spend time kot. Takkan lah kita nak kacau. Dah jom." Adara menarik tangan Amelia dan lalu di jalan lain. Jauh dari pandangan Zafran.

Ada sebab kenapa Adara menyorok. Dia tak nak Eiman nampak diri dia. Kalau tidak, mesti Eiman akan menegurnya. Adara tak nak buat suasana jadi awkward. Jadi dia pergi dari awal.

"Geram lah aku dengan kau ni! Suka biar diri tu kena pijak. Meh sini aku pula pijak kau!" Amelia dah genggam tangan Adara kuat. Geram. Rasa nak marah je.

"Sakit lah Lia." Adara tergelak perlahan.

Selepas mereka singgah di Sephora seperti yang dijanjikan, mereka singgah makan dahulu. Mereka makan di 4 Fingers Crispy Chicken. Amelia mengidam nak makan ayam katanya. Adara pun ikut jelah.

"Kau memang tak contact langsung ke suami kau tu?" Amelia bertanya sambil mereka menunggu giliran mereka untuk mengambil makanan.

"Tak." Adara menjawab perlahan. Matanya memandang arah lain.

Amelia menghela nafasnya. Dia pandang Adara. Dia tak tahu kenapa, dia perasan Adara lately ni banyak termenung. Tak banyak cakap. Macam ada masalah pun ada. Tapi biasanya, kalau Adara ada masalah, dia suka meroyan dekat rumah. Tapi kalini, dia senyap je.

"Sampai bila kau nak macam ni Ad? Menidakkan hak kau sebagai seorang isteri? Aku ni pun bukannya baik sangat. Tapi hukum bab-bab macam ni aku tahu lah sikit-sikit." Amelia mula membebel.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now