Chapter 62- happy

10.8K 492 7
                                    

Beberapa bulan kemudian...

"Assalamualaikum, Dian." Serentak Adara dan Zafran memberi salam apabila mereka baru sampai di kubur arwah Dian.

"Assalamualaikum ibu." Eiman juga sempat memberi salam.

Selesai membentangkan tikar, Zafran menarik Eiman supaya duduk di atas ribanya.

"Bismillahirrahmanirrahim..." Adara dan Zafran memulakan bacaan Yassin mereka.

Selesai membaca Yassin, mereka mula mencabut rumput-rumput pendek bagi mengemaskan lagi kubur arwah Dian.

Zafran memandang lama kubur itu, sambil tangannya mengusap perlahan batu nisan yang terukir nama Dian.

'Dian, abang datang ni. Abang datang bawa Ayyad, anak kita. Nana dengan adik tak dapat datang. Nana tak sihat, adik kecil lagi. Nanti kalau adik dah besar sikit, abang bawa ya?'

'Dian, terima kasih untuk semuanya. Abang takkan pernah lupa untuk berterima kasih pada Dian. Terima kasih kerana pernah jadi isteri abang. Isteri yang kuat. Terima kasih, Dian.'

'Dian, sekarang abang bahagia. Abang tak dapat ungkapkan betapa bahagianya abang sekarang. Tapi, abang takkan lupakan Dian. Dian selamanya akan tetap ada dalam ingatan abang. Mana mungkin untuk abang lupakan isteri pertama abang.'

'Dian pernah jadi cinta pertama buat abang. Itu sangat indah bagi abang. Tapi sekarang, Adara adalah cinta terakhir buat abang. Amanah dari Allah buat abang.'

'Jadi, Dian Aisya, abang lepaskan cinta abang buat Dian. Terima kasih kerana pernah menyambut cinta abang.'

Adara disitu juga mengusap perlahan tanah kubur itu.

'Dian, aku rindu kau. Rindu kau sangat-sangat. Kau kawan aku yang baik. Tak pernah terjangka dek akal yang kisah persahabatan kita akan berakhir seperti ini.'

'Aku nak jadi kuat macam kau, doakan aku ya? Aku janji, aku janji aku akan jaga anak kita baik-baik. Aku akan didik diorang sampai diorang jadi manusia yang berguna.'

'Terima kasih untuk semuanya, Dian Aisya.'

Adara pandang ke arah Zafran yang dari tadi memandangnya. Adara lemparkan senyuman yang nipis.

"Dah? Nak balik dah?" Zafran tanya.

"Dah." Adara angguk.

Mereka bertiga bangun lalu menggulung tikar itu.

Sepanjang jalan Adara mahu menuju ke kereta, Adara mula teringatkan sesuatu.

Suami Sofea ada menghubunginya. Mengatakan bahawa Sofea meminta maaf atas semua kesilapannya.

Anak mereka menghidap sakit jantung. Sofea berkata, mungkin itu adalah balasan buatnya kerana tidak menjaga percakapan sepanjang mengandungkan anaknya.

Adara malas mahu merumitkan keadaan, jadi dia maafkan saja Sofea. Dari awal memang Adara sudah lama maafkan bekas kawannya itu.

Tetapi, untuk menjalinkan semula persahabatan itu, Adara tak rasa dia mampu.

Cukuplah Sofea hanya menjadi masa silamnya.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now