Chapter 29

15.4K 773 112
                                    

Hi assalamualaikum semua! Akhirnya, penantian sudah berakhir HAHAHA. Saya dah update chapter 29 dah yeay!!!

Enjoy! Happy reading!

***********

"Ad?" Adara tersedar. Dia terus pandang ke arah suara yang memanggilnya. Zafran.

"Ya?" Adara blur.

"Kau buat apa kat luar ni? Dah pukul 2 lebih dah ni." Zafran soal dengan muka pelik. Dia tadi bangun sebab nak kencing, pelik Adara takda. Ingatkan dekat bawah. Tahu-tahu dekat luar rumah. Termenung.

"Ha takda apa. Saja. Ambil angin." Adara jawab dan terus tergesa-gesa masuk ke dalam rumah. Dia masih tidak percaya dengan apa yang dia nampak tadi.

Zafran pandang saja belakang Adara. Ambil angin? Malam-malam? Luar rumah? Pukul 2 lebih dah kot. Zafran mengangkat bahu dan terus masuk ke dalam rumah dan kunci pintu rumah.

Adara terus masuk ke bilik yang Zafran tidur tadi dan terus baring. Pejam mata. Tak nak fikir lagi. Dah malam. Fikir siang nanti je.

Zafran yang baru masuk bilik pun terus baring sebelah Adara. Zafran kesian dengan Adara sebab kena tidur guna kipas je. Selama ni guna aircond tapi sebab dia tak sihat, Adara kata tidur pakai kipas je.

"Nak on aircond tak? Aku tak kisah." Zafran berkata kepada Adara yang dah pejam mata. Dia tahu Adara tak tidur lagi.

Adara yang masih pejam mata itu pun menjawab,

"Takpa. Saya okay je guna kipas. Selesa je."

"Tak baik tidur membelakangkan suami." Zafran berkata perlahan. Dia bukan apa. Dia tegur je.

Adara yang mendengarkan itu pun terus baring terlentang.

"Lagi afdal baring hadap suami." Adara mengerutkan wajahnya. Ish! Banyak betul cekadak dia ni.

Adara pun baring mengiring hadap suaminya. Dia masih pejam matanya.

Zafran sengih. Baru boleh tidur.

"Dah baca doa tidur belum?" Zafran tanya.

Adara mengangguk.

"Apa dia? Tak dengar." Zafran menyakat.

Adara geram. Dia tumbuk perlahan lengan Zafran. Geram betul aku. Demam tu buat cara demam. Dengan koolfever nya. Tapi koolfever tu Adara lah yang paksa pakai. Kononnya orang demam memang kena pakai.

"Dah!"

Zafran gelak.

"Ya, ya. Dah. Tidur-tidur." Zafran terus pejam matanya. Sebenarnya kepalanya masih sakit. Haih. Bila nak sihat ni.

*********

Pada pagi esoknya, Zafran dah segar. Dia rasa demam dia kebah dah. Alhamdulillah. Sekarang ni mereka sedang breakfast. Adara masak pancake. Dia kata saja nak acah-acah english breakfast.

Tapi Zafran suka. Sedap pancake yang Adara masak. Adara ni kata je tak pandai masak, tapi sekali dia masak tu, sedap je. Takda kurang apa-apa pun. Kena dengan tekak dia.

Tiba-tiba Adara bersin. Zafran angkat kepalanya pandang Adara yang sedang sedut hingus. Adara selesema ke? Lah. Dia kena jangkit demam aku ke?

"Kau tak sihat ke?" Zafran tanya.

"Takda lah. Okay je." Sebenarnya Adara rasa tak okay.

Tekaknya sakit dari pagi tadi dia bangun untuk solat subuh. Dia rasa dia demam terkejut. Hal malam tadi. Dia masih tak boleh lupa. Gila ke nak lupa terus. Tak sampai 24 jam lagi.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now