Chapter 57

17.1K 741 35
                                    

Hi assalamualaikum! Disini saya update bab baru, selamat membaca <3

*********

"Tadaaa!" Zafran meletakkan sepinggan karipap pusing yang masih baru lepas digoreng. Masih panas lagi. Berasap.

Adara mengambil bau lalu dia menganggukkan kepalanya berkali. Hm sedap.

"Bau dah sedap. Dua markah." Adara berkata sambil memandang rupa karipap pusing itu.

"Tapi rupa tu, Allahu. Tolak lah satu markah." Adara geleng kepala. Ada kecil, ada besar. Kelim karipap pula ada yg terbuka. Nampak sangat tangan tak berseni.

"Saya dah suruh pakai acuan karipap tu, tak nak. Sombong. Siap kata boleh kelim sendiri. Dah pro katanya." Adara sempat memerli Zafran.

"Ala honey. Rupa tu tolak lah tepi. Logiklah tu untuk first timer macam Zaf ni." Zafran cuba membela dirinya.

"Baba, ni dah hitam." Jari comel Eiman menunjukkan ke arah seketul karipap pusing di pinggan.

Adara pandang lalu gelak. Ada inti di dalam karipap itu sudah hangus. Ini terjadi kerana kelim karipap yang terbuka itu.

"Ish Ayyad ni bukan nak back up baba." Zafran mencebik bibirnya.

"Cepatlah honey rasa. Mesti sedap!" Zafran mencapai seketul karipap pusing lalu mengoyakkannya dan meniup sedikit. Lalu dihulurkan kepada Adara. Zafran hulur juga pada Eiman dan Ellyna.

Adara mengunyah karipap pusing itu dengan perlahan. Wajahnya saja dia kerutkan lebih-lebih.

"Hmmmm." Adara acah-acah macam seorang chef yang sedang merasa makanan pesertanya.

"Sedap tak?" Risau pula Zafran melihat ekspresi wajah Adara. Macam teruk sangat je. Bukan main kerut mukanya.

'Teruk sangat ke?' Zafran mengambil sedikit isi karipap pusing itu lalu dia menyuapkan ke mulutnya.

"Sedap jelah Zafran." Adara gelak.

"Betul ke? Tak main-main kan?"

"Iya betul. Sedap! Kan boy?" Eiman mengangguk. Dia fokus makan karipap pusingnya yang dia baru ambil dari pinggan itu. Sebelum ini selalu makan tepi karipap je, inti pasti diberikan kepada babanya. Tapi kali ini apabila dia merasa karipap buatan babanya, sedap pula.

"Ha tengok! Punya lah sedap karipap awak sampai boy pun makan habis. Dengan inti-inti sekali dia makan." Adara berkata.

Zafran senyum lebar.

"Kira boleh jadi favourite honey lah?" Zafran tanya.

"Hm boleh lah." Adara jawab selepas menggigit karipap itu.

Tiba-tiba Adara terkejut apabila Zafran menyentuh tepi bibirnya.

Lalu Zafran bawa tangannya ke mulut.

"Comot." Zafran berkata.

Tadi ada secebis kulit karipap pusing itu melekat di tepi bibir Adara.

"Oh." Muka Adara memerah.

"Terima kasih baba gorengkan karipap." Eiman berkata.

Zafran senyum.

"Sama-sama."

"Terima kasih juga Zafran. Lepasni awak kena lah rajin selalu. Sebab saya nak minta awak selalu buatkan karipap pusing untuk saya." Adara berkata.

"Boleh kalau diberi kesempatan."

********

"Awak potong rambut?" Adara tegur Zafran yang baru masuk ke dalam rumah.

"Haah honey." Zafran jawab sambil tangannya menolak pintu rumah itu. Zafran pandang Adara yang berbaju mengandung, sambil memegang segelas susu.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now