Chapter 5

14.1K 711 103
                                    

Hai semua! Okay ni update untuk chapter 5. Happy reading!

Lagi satu, jangan lupa singgah account tiktok saya tau. Sila like comment and share hehe.

Jangan lupa vote and comment okay?

Enjoy!

**********

Sudah dua hari Zafran tidak datang langsung melawat Adara. Selepas kejadian di pejabat agama itu, Adara terus pulang ke rumah sewanya. Adara langsung tak berhubung dengan sesiapa setelah akad nikah tersebut. Dia penat. Semua orang pandang dia serong. Seolah-olah she is the villain of this story.

Tentang Zafran, Adara malas nak fikir. Dia hanya mampu berserah.

Sedang Adara melipat telekungnya, dia terdengar seseorang memberi salam. Adara baru selesai mengerjakan solat sunat dhuha. Adara terus sarung tudung dan menuju ke pintu rumahnya.

"Kemas baju. Balik rumah aku." Zafran terus mengarah Adara tanpa memberi kata-kata intro selepas sahaja Adara membuka pintu. Intro dia yang bagi salam tu kot.

"Ha?"

"Kau ni memang pekak eh? Aku kata, kemas baju kau, balik rumah aku."

"Oh tapi kenapa? Saya boleh je stay sini seorang." Adara sudah menukar panggilannya kepada Zafran. Lagipun Zafran suami. Tu je yang dia mampu lakukan sebagai seorang isteri.

"Ya. Aku pun sebenarnya kalau boleh nak kau stay je seorang kat sini. Tapi tulah kang jadi apa-apa, aku yang dipersalahkan. So, sekarang kau jangan banyak cakap, jangan tunjuk muka blur tu. Terus kemas barang sekarang." Arah Zafran apabila dia tengok Adara langsung tak bagi tanda-tanda nak bergerak.

"Okay lah. Sekejap. Awak nak masuk dulu tak?" Adara soal Zafran. Dah suami kan. Kena layan baik-baik.

Zafran terima pelawaan Adara dan terus masuk ke rumah tersebut. Waktu blackout tu dia tak dapat tengok rumah ni betul-betul. Rumah ni biasa je. Sesuai lah untuk tinggal dua orang. Rumah ni nampak selesa. Cozy.

Zafran perasan wajah sembap Adara tadi. Dia dapat rasa yang Adara langsung tak keluar rumah dua hari ni. Dia tahu Adara pasti sedih. Siapa je tak sedih. Semua yang terjadi ke atas Adara sekarang, adalah bukan kehendaknya. Dia dipaksa.

Waktu di pejabat agama tempoh hari, dia perasan yang Adara dimarahi oleh Sofea. Diherdik. Dia perasan semua tu. Tapi, itulah. Zafran taktahu kenapa masatu, akalnya menghalang dirinya untuk menyebelahi Adara. Dia tak mampu buat apa-apa. Sepanjang dua hari dia tak menjenguk Dian pula adalah kerana dia menemani Dian melakukan treatment. Dia perlu menjaga anak-anaknya lagi. Jadi dia tiada masa untuk menjenguk Adara.

"Awak, dah siap." Setelah 45 minit mengemas, Adara sudah munculkan diri dengan dua luggage besar. Dan juga beberapa beg kecil.

"Kau kemas semua ke?" Tanya Zafran selepas memandang beg-beg yang dibawa oleh Adara.

"Eh taklah. Ada lagi yang saya tinggal. Tapi tak penting sangat barangnya. Esok rasanya saya datang ambil balik."

"Ha yelah jom. Kau follow kereta aku nanti." Takkan nak tinggal kan kereta Adara.

Sedang Zafran menolong Adara mengangkat semua beg itu, Zafran terfikir. Dia perasan akan layanan Adara sekarang ni. Adara dah tukar panggilan. Tak guna aku-kau dah. Adara pun nampak lembut dengannya. Takda melawan kata. Sopan je.

Dia suka aku ke? Sebab aku jadi suami dia jadi dia cintakan aku ke? Haih jangan lah Adara. Kau kecewa nanti. Aku tak mampu nak balas cinta kau. Kau pun tahu tu kan.

**********

Setelah tiba di satu kawasan perumahan, Adara memandang sekeliling. Cantik. Ada security guard di taman perumahan ini. Jadi Adara tahu rumah-rumah katsini mesti mahal-mahal.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now