Chapter 31

17.8K 1K 318
                                    

Pada hujung minggu, Adara baru nak bersiap untuk pergi ke rumah mertuanya. Kita ni kalau dah sedap baring, lepastu tiba-tiba kena bersiap, sumpah malas. Itulah yang Adara rasa. Rasa nak cancel, tapi tak sampai hati. Adara punya tahap malas tu sampai masuk bilik air pun lambat-lambat.

Tambah lagi pula dia tengah period, berganda-ganda lah malas tu. Nanti dah siap mandi, kena pilih baju pula! Arghh! Malasnya! Adara dah hentak-hentak kaki dalam bilik air. Semua sebab malas.

Dah lah nanti berjumpa dengan si Zafran tu! Ergh! Sejak kejadian malam itu, mereka memang sudah tidak berhubung dah. Zafran takda dah ajak lunch. Baguslah! Tak hingin Adara nak tengok muka Zafran. Sakit hati!

Sudah siap mandi, Adara termenung depan almari bajunya. Tengah fikir nak pakai baju apa. Kena pakai baju kurung ke? Dah kenapa? Bukannya ada kenduri apa pun. Baju apa ni? Nak pakai sweatshirt, sekarang musim panas. Adara pula gerak lepas zohor. Nak tolong-tolong masak, mesti berlengas nanti.

"Pakai lah baju ni." Adara berkata perlahan sambil mencapai satu blouse. Blouse simple je. Dipadankan dengan straight cut jeans berwarna biru laut. Okay lah ni.

Habis pilih, nak pakai skincare pula. Habis pakai skincare, Adara apply sedikit concealer. Nak naikkan sikit seri muka. Muka Adara nampak bengkak sebab bangun lambat tadi. Pakej sambung baring sambil main phone.

Setelah siap semua, sekali dengan bertudung, Adara tenung dirinya di hadapan cermin. Okay tak? Cantik tak? Adara pusing-pusing. Hm okay lah ni. Selepas itu, Adara sembur perfume sikit.

Adara mencapai beg tangannya dan tote bag. Dalam tote bag itu terdapat tudung, baju lebih, baju dalam dan seluar dalam. Juga pad. Kita kena bersedia awal-awal. Perempuan kan memang macam ni. Ada je emergency dalam kepala otak mereka.

Tambah lagi, Adara fikir takkan lah nak join makan dengan muka berpeluh, baju dah bau makanan kan. Sebab itulah Adara bawa baju lebih. Nak tumpang mandi sekali nanti. Kalau diizinkanlah.

Adara terus keluar. Hidupkan enjin, tunggu sekejap. Nak bagi enjin panas dulu. Adara dah inform Amelia yang dia nak keluar. Amelia pun sama macam Adara harini. Terbongkang dari pagi. Amelia kata makan nanti dia nak order foodpanda je. Masing-masing kemalasan ya harini. Hujung minggu kan? Ini lah masanya untuk bermalas-malasan.

Setelah yakin enjin sudah cukup panas, Adara terus memandu menuju ke rumah mertuanya. Agak berdebar ya disitu. Sebelum ni datang dengan Zafran. Kalini datang sorang je kita.

"Ahhhh! Nervousnya!!!" Adara menjerit dalam kereta apabila mendapati Adara sudah masuk ke kawasan perumahan itu. Dah nak sampai!

"Kalau diorang tak ingat aku macam mana? Nak cakap apa? Hi! Saya bini kedua Zafran. Gitu ke?" Adara dah membebel sorang-sorang. Gelabah sangat.

Sudah berhenti betul-betul depan rumah mertuanya, Adara termenung lagi. Betul ke keputusan aku ni? Sempat tak aku patah balik. Adara memandang kawasan rumah itu. Takda siapa perasan aku kat sini kan? Nak balik lah.

Tapi! Macam jahat je. Umi dah suruh aku datang. Macam mana ni? Adara menggerak-gerakkan kakinya. Laju. Gelabah sangat dah ni.

"Takda siapa ke nak jemput aku kat sini?"

"Malu lah nak masuk sorang." Adara menekup mukanya di stereng. Stress sangat-sangat dengan diri sendiri.

"Kau kenapa Adara?! Kau dah besar lah! Kau nak takut apa? Kau cuma perlu keluar dari kereta ni, pergi masuk, ha dah! Itu je!" Adara menampar pipinya sendiri.

"Okay! Okay! Fuh! Okay jom." Adara mencapai beg-begnya dan terus keluar dari kereta. Tak pandang belakang dah. Mampuskan aje apa nak jadi.

Ceh nak jadi apa jelah? Entah-entah diorang tu tak kisah pun pasal kau, Ad. Kau je gelabah lebih. Adara cuba nak sedapkan hati dia.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now