Chapter 19

14.4K 779 54
                                    

Hi assalamualaikum semua! Jemput baca chapter 19 saya. Hehe. Thank you!

************

Pada pukul 5.30 pagi, Zafran tersedar dari tidurnya. Dia pandang sebelah. Adara tidur terlentang dengan tangan kanan di atas dahi, tangan kiri di perutnya. Dengan mamai muka busuk, Zafran tersengih. Ingatkan bangun tidur dapatlah pelukan dari Adara.

Zafran bangun dari pembaringannya. Tengok telefon. Nak tahu dah pukul berapa. Baru pukul 5.30. Lagi berapa minit subuh masuk. Zafran letak semula telefonnya dan pandang Adara lagi. Zafran perasan sebelah kaki Adara terkeluar dari katil. Zafran geleng kepala.

Zafran turun dari katil, menuju ke Adara dan mengangkat kakinya. Zafran membetulkan selimutnya sekali. Selepas itu, Zafran terus menuju ke bilik air.

Semalam Zafran perasan dalam bilik air Adara ada banyak sabun. Zafran nak bau satu-satu tapi malas. Sebab semalam dah ngantuk. Jadi sekarang Zafran nak belek semua sabun yang ada. Macam-macam ada.

Zafran capai satu botol. Cantik packaging dia. Zafran bau. Zafran angguk-angguk kepalanya. Wangi. Adara punya bau. Zafran tengok botol itu. A thousand wishes? Ambil ni lah. Wangi.

Sebenarnya dalam bilik air tu ada je sabun lain. Sabun Zafran sendiri pun ada. Tapi dia mengada nak cuba benda lain. Excited semalam dia tengok bilik air Adara. Macam-macam ada. Kemas dan teratur pula tu semuanya.

Habis mandi, Zafran keluar bilik air. Ya Allah sejuknya. Zafran hanya memakai tuala sahaja dan sekarang aircond masih on. Zafran cepat-cepat menuju ke almari pakaian dan mengambil baju dan seluarnya. Zafran sarung je semua kat situ. Takpa, Adara tak bangun lagi. Kalau bangun pun apa salahnya. Rezeki pagi Adara lah kalau macam tu.

Siap memakai baju, Zafran mencapai kopiahnya dan berlalu ingin keluar bilik. Plan nak solat kat surau harini. Tapi sebelum tu, Zafran kejut Adara dulu. Risau Adara terlepas subuh.

"Ad?" Zafran menggerak-gerakkan kaki Adara yang berseluar. Sentuh kulit kang batal wuduk.

Adara masih tak bergerak. Apa yang Zafran perasan dengan Adara ni, liat betul nak bangun tidur. Kena kejut banyak kali baru bangun.

"Adara...." Zafran kejut lagi.

"Hm?" Adara menyahut sambil menggerakkan badannya.

"Bangun, subuh."

"Hm."

"Bangun tau. Aku nak pergi surau ni."

"Hm."

"Jangan hm je. Bangun tau. Dosa tinggal solat. Masuk api neraka nanti. Takut tak?" Zafran tanya sambil tersengih. Macam kejut budak kecil bangun.

"Hm." Respon Adara. Sengih Zafran mati. Dia ni memang tahu hm je ke.

"Bangun tau. Aku pergi dulu. Bye." Zafran berlalu. Dah azan dah.

Sampai je Zafran di tingkat bawah, Zafran mendapati ada bapa mertuanya, Encik Hishamuddin dan anak-anak lelakinya.

"Zaf nak ke surau ke?" Encik Hishamuddin tanya.

"Haah yah." Zafran jawab. Dia takut sebenarnya. Sebab semalam balik lambat. Semua orang dah tidur.

"Ha jom lah sekali. Kami ikut."

Mereka terus berlalu pergi ke surau.

Balik dari surau, Zafran terus naik ke atas. Nak masuk bilik Adara. Nak tengok Adara dah bangun belum.

Zafran masuk sahaja bilik, Zafran nampak Adara sedang mencium Al-Quran. Baru lepas mengaji lahtu. Zafran masuk dan duduk atas katil. Capai telefonnya.

Adara diam je. Buat tak tahu. Dia terus membuka telekung dan melipatnya. Selepas sangkut telekung, Adara juga berlalu ke katil. Nak ambil telefon juga.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now