Chapter 8

14.8K 793 155
                                    

Hi asslamualaikum semua. Saya dah update untuk chapter 8. Terima kasih kepada yang support saya. Yang dm saya. Yang komen dekat video tiktok saya. Yang follow IG & tiktok saya. Yang like video saya kat tiktok. Yang vote story ni. Yang tinggalkan komen dekat story ni.

Story saya dah cecah 1K reads! Terima kasih sangat-sangat. Saya sangat menghargainya. Saya terharu sangat-sangat bila dah ramai yang sudi nak baca first story saya ni. Terima kasih banyak-banyak. Semoga Allah permudahkan segala urusan kalian. <3

Dua tiga lipas terberak,
Saya sayang awak!

***********

Di dalam kereta, pergaduhan antara Zafran dengan Adara tidak terhenti di situ. Mereka sambung gaduh lagi. Hampir je tadi Adara nak tendang dashboard depan dia ni. Tapi Zafran sempat tahan lah.

Nak tahu gaduh sebab apa? Sebab Zafran dan Adara taktahu nak makan malam kat mana. Adara suruh Zafran decide. Zafran suruh Adara balik. Angin lah si Adara ni. Dia bebel je kat Zafran tadi.

"Saya yang tanya awak dulu, Zaf. Awak pergi tanya saya balik kenapa?" Adara tanya sambil menoleh ke arah Zafran yang sedang memandu.

"Lah aku ingat kau ada teringin nak makan mana-mana. Sebab tu aku tanya kau." Zafran balas dengan muka berkerut. Kenapa dengan Adara ni? Asyik nak marah je.

"Habistu awak takda teringin apa-apa ke? Takkan saya je kena teringin?"

"Eh ya Allah apa ni?! Aku tanya nak makan mana je."

"Yelah tapi saya tanya dulu. Kenapa awak soal saya balik? Jawab jelah soalan saya."

"Ehhh kenapa eh?"

"Kenapa apa?!" Adara makin marah. Adara dah gila rasanya.

"Okay fine. Kita makan kat rumah je. Aku masak."

"Tapi saya nak makan kat kedai akak toye tu."

"Lah kenapa tak cakap dari tadi? Memang kena gaduh ke?" Zafran makin pelik. Kalau boleh terbalik kereta ni, dah terbalik dah.

"Takda lah bukan apa. Kan sa-"

"Dah Adara. Dah. Kita dah sampai rumah dah ni. Jom keluar. Mandi, solat."

"Ish!" Adara nak hentak kaki lagi sebenarnya lepas keluar kereta tapi dia takut kena panggil semut lagi.

Selepas mandi, Adara ingin menyiapkan dirinya untuk solat maghrib. Dia baru ingin memakai telekung, tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Adara terus pergi ke arah pintu untuk buka pintu.

"Ya?" Adara tanya Zafran. Zafran waktu tu tengah pakai jubah putih bersama kopiah putih di kepalanya. Wow bidadara syurgaaaa.

"Dah solat?" Zafran tanya.

"Belum. Baru nak solat ni. Kenapa?" Adara jawab sambil menunjukkan telekungnya ke arah Zafran.

"Ha jomlah solat sekali." Zafran terus pergi.

Dia ajak aku solat sekali. Ya Allah! Bestnya!! Suami ajak jemaah. Adara terus berlari keluar untuk menuju ke bilik Zafran selepas menyarung telekungnya. Tiba-tiba Adara terpijak kain telekung nya sendiri lalu terjatuh. Lepastu meninggal.

"Woi! Ya Allah kau ni asyik terjatuh je dalam rumah ni kenapa?" Zafran terus memegang bahu Adara yang terbaring untuk membantunya bangun. Tapi Adara tak bangun. Matanya terpejam.

"Woi bangun lah kau ni!"

"Taknak."

"Kenapa pula?!"

"Malu."

"Kau tak payah nak acah malu dengan aku, Adara. Kau bangun cepat, Adara. Kau nak kena sebat dengan rotan ke? Aku ada rotan tau."

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now