Chapter 7

13.2K 722 65
                                    

Hi cantik-cantik semua! Terima kasih kepada yang dah baca story saya, support saya hehe. Saya terharu sangat!

Okay, ni update untuk chapter ini. Kalau suka, vote and comment lah hehe. Thank you!

Dua tiga dinosaur menyalak, saya cinta awak <3

************

Adara's POV

Pada pagi itu, hati Adara tidak tenang. Dari dia bangun tidur lagi. Ini kerana, dia perasan sliding door dia tak kunci. Selama ni dia kunci ke tak? Sejujurnya, Adara sangat jarang pergi ke balkoni biliknya. Dia lagi suka melepak atas katil kalau dah masuk bilik.

Okay ni betul-betul tak kena dah ni. Apa jadi ni sebenarnya? Ada orang pecah masuk rumah Zafran ke? Tapi tiada barang hilang. Apa semua ni? Takkan usha Adara tidur kot. Takkan lah. Dah kenapa? Kalau pecah masuk, macam mana dia boleh lepas? Takkan security guard taman tu tak buat kerja kot?

"Teacher!"

"Teacher!"

"Ha! Ya?"

"Ish teacher ni. Adam panggil banyak kali. Teacher tak dengar pun."

"Sorry Adam. Teacher termenung pula. Ya? Adam nak cakap apa?"

"Adam nak bagitahu yang Adam nampak Insyirah crying."

"Insyirah? Kenapa? Ada sesiapa kacau dia ke Adam?"

"Adam taktahu lah teacher. Tu yang Adam bagitahu teacher. Teacher pergi lah tengok."

"Kat mana Insyirah, Adam?"

"Bilik yang tu teacher." Adam menghalakan jarinya ke arah satu bilik.

Adara terus pergi. Adara risau sebenarnya. Insyirah kena buli ke? Ke kena dera? Ya Allah siapa pula dera Insyirah ni? Minta lah dijauhkan.

Apabila Adara masuk ke bilik itu, dia mendapati Insyirah sedang duduk memeluk lutut di satu penjuru bilik itu.

Adara terus pergi ke arah Insyirah.

"Insyirah? Kenapa ni? Kenapa nangis ni?" Adara terus memeluk Insyirah. Sambil memujuk Insyirah.

Insyirah tersedu-sedan. Habis rambutnya terkeluar dari tudungnya. Muka comot dengan air mata. Kenapa ini? Siapa kacau Insyirah ni?

Adara terus memeluk dan memujuk Insyirah. Dia menggosok belakang badan Insyirah dengan lembut. Sampai Insyirah tenang.

"Kenapa ni? Cuba bagitahu teacher. Mana tahu teacher boleh tolong?" Insyirah seorang budak enam tahun. Dan dia seorang pendiam. Dari mula dia masuk 4C lagi. Insyirah mula daftar di 4C pada tahun lepas.

"Cirah rindu mama." Allahu. Ya, mama Insyirah dah pergi. Sebab tulah bapa Insyirah daftarkan Insyirah disini. Kerana sebelum ni mamanya yang mengambil tugas menjaga Insyirah.

"Papa tak layan Cirah sangat dah. Cirah bosan dekat rumah sorang-sorang. Papa asyik work je." Insyirah berkata lagi dengan sedunya yang masih belum hilang.

"Selalunya mama yang main dengan Cirah. Tapi mama takda dah."

"Semalam Cirah nampak papa nangis. Papa nangis sorang-sorang. Kesian papa. Papa mesti rindu mama macam Cirah juga." Okay kalini Adara betul-betul nak nangis. Matanya dah berair. Tunggu jatuh je ni.

"Papa bagitahu Cirah tadi harini birthday mama." Damn! Air mata dah jatuh.

"Cirah rindu mama sangat, teacher." Insyirah menangis lagi. Adara pun ikut nangis sekali. Adara peluk Insyirah semula.

"Allah sayang mama Cirah sebab tu Allah ambil mama Cirah."

"Allah nak Cirah jadi anak yang baik untuk papa."

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now