Chapter 9

14K 888 140
                                    

Hi assalamuaikum cantiks! Disini, saya telah lampirkan chapter 9 buat anda semua. Sekali lagi, terima kasih kepada kamu semua yang support saya.

Sekali lagi saya nak ingatkan, cerita ini adalah 100% rekaan saya. Tidak melibatkan mana yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia.

Kalau ada part yang bercanggah dengan fakta, saya minta maaf. Kerana ini adalah rekaan saya. Ikut otak saya hehe.

Pen merah,
Pen biru,
Kalau suka,
Silalah vote dulu.

************

Pada hujung minggu, Adara sudah bersiap dan sedang menunggu Zafran datang menjemputnya. Mereka mahu bergerak balik ke kampung Adara.

Setelah tunggu dalam beberapa minit, Zafran pun tiba. Mereka terus bertolak. Kampung Adara terletak di Johor. Jadi perjalanan mengambil masa 3 hingga ke 4 jam.

Sebelum bertolak, Zafran tanya Adara sama ada mahu singgah makan dulu atau tidak. Adara setuju je. Jadi, mereka singgah makan dulu. Selesai makan, baru mereka bertolak.

Dalam kereta, Zafran pandang ke arah Adara yang sedang pandang di luar tingkap.

"Adara." Zafran panggil.

"Ya?" Adara toleh ke arah Zafran.

"Dian suruh aku tanya kau, kau tak nak jumpa dia ke?"

"Dian nak jumpa saya ke?"

"Haah."

"Boleh je. Saya tak kisah. Nanti lah after balik kampung, kat KL nanti saya datang jumpa dia. Saya pun rindu nak borak dengan dia." Adara terus teringat tentang Dian dan Sofea. Sofea masih marah dengannya rasanya. Sebab Sofea langsung tak tegur Adara dah sejak kejadian di mahkamah. Siap kena block lagi. Ceh. Macam budak-budak betul.

"Dian macam mana?" Soalan Adara.

"Macam tu jelah." Zafran teringat kata-kata Puan Hasya.

Adara diam. Malas nak tanya lebih. Zafran pun macam tak sudi nak berborak dengannya. Nasib baik kalini boleh dengar lagu. Jadi, Adara dapat bluetooth telefonnya di kereta Zafran. Takda lah sunyi sangat macam sebelum ni.

Adara masih terfikir kejadian malam haritu. Jujur cakap, sejak kejadian itu, Adara jadi makin takut. Dia tak boleh tidur langsung. Adara juga sudah tidak tidur di biliknya. Takut. Jadi, dia hanya tidur di sofa yang terletak di ruang tamu. Itu pun tidurnya tidak lena. Asyik tersedar je.

Adara tak tahu nak bagitahu siapa. Zafran ke? Nak ke Zafran percayakan dia? Nak bagitahu Kak Dira? Adara risau Kak Dira ajak dia tidur rumah Kak Dira pula. Bukan tak sudi, tapi tak selesa sebab ada abang iparnya.

Akhirnya Adara pendam jelah. Biarkan rasa takut tu dalam diri.

**********

Setelah 3 jam lebih memandu, akhirnya sampai juga. Sekarang pun dah petang. Tu pun mereka menukar driver. Adara mengambil turn memandu semasa mereka dah nak sampai. Adara malas nak tunjuk-tunjuk arah. Jadinya mereka tukar jelah. Biar Adara drive sampai rumah.

Zafran dan Adara terus mahu keluar dari kereta. Tapi tiba-tiba, Adara teringat sesuatu.

"Awak, kejap." Zafran terus tak jadi keluar.

"Kenapa?"

"Awak jangan guna aku-kau tau dengan saya depan keluarga saya. Risau ibu ayah saya kecil hati pula. Hehe."

"Ya tahu lah. Dah jom keluar."

"Ehhh Adara Sumayyah binti Hishamuddin dah balikkkk." Tegur abang keduanya, Aqil Shah. Aqil Shah memang rapat dengan Adara. Waktu perkahwinan Adara pun, abang keduanya yang memujuk dan bagi kata-kata semangat. Walaupun yang lain marah kepada Adara.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now