Chapter 13

14.7K 806 42
                                    

Hi semua! Haha okay kalini saya double update! Yeay! Happy reading!

**********

Puan Hasya terdiam. Kenapa Dian fikir macam ni nak? Dian memang dah takda rasa nak teruskan hidup ke?

"Dian dapat rasa yang Dian takkan lama dah. Dian penat ma. Dian penat nak buat semua treatment ni. Sakit ma. Sakit sangat."

"Kalau Dian teruskan hidup, belum tentu Dian dapat layan Abang Zafran macam sebelum ni. Dian dah tak cantik. Rambut Dian dah banyak gugur. Badan Dian kurus. Lemah."

"Abang Zafran berhak ada kebahagiaannya sendiri ma. Dan Dian tahu bukan Dian yang boleh bagi kebahagiaan tu. Sebab itu, Dian buat semua ni."

"Habistu, anak-anak Dian macam mana?" Tanya Puan Hasya.

"Sebab tu Dian pilih Adara untuk kahwin dengan Abang Zafran. Dian percayakan Adara. Adara boleh bahagiakan Zafran. Adara boleh tolong jagakan anak-anak Dian. Adara boleh terima diorang. Adara boleh sayangkan anak-anak Dian macam anak dia sendiri."

"Dian buat semua ni memang fikir untuk kepentingan Dian je kan? Dian nak suami Dian bahagia. Habistu mama macam mana? Mama macam mana kalau satu hari Dian pergi tinggalkan mama?" Puan Hasya mula berkata-kata. Mata Puan Hasya sudah mula berkaca-kaca.

"Dian memang langsung tak nak usaha teruskan hidup kan? Memang nak tinggalkan mama sorang-sorang ke? Dian kata nak Zafran bahagia. Dian sedar tak Dian lah kebahagiaan Zafran?"

"Cuba lah Dian. Mama tahu sakit. Dian tak nak berkorban untuk mama ke sayang? Tak kesiankan mama? At least cuba Dian. Sekurang-kurangnya mama tahu anak mama dah cuba untuk teruskan hidup."

Dian mendiamkan dirinya. 'At least cuba Dian. Sekurang-kurangnya mama tahu anak mama dah cuba untuk teruskan hidup.'

Air mata Dian menitis. Dian dah tak boleh ma. Semua benda dah terjadi. Abang Zafran dah kahwin dah pun dengan Adara. Dian tak sanggup nak bayangkan Zafran meninggalkan Adara demi dia. Nanti Adara macam mana?

**********

Adara's POV

Sekarang waktu lunch, Adara sedang memandu menuju ke Hadramawt Palace. Zafran yang ajak Adara lunch kat sini. Tiba-tiba jerr. Dahlah tak reply whatsapp kita. Kita tanya pasal bunga, tak jawab pun. Tahu-tahu ajak lunch kat sini. Adara benci betul. Kalau boleh tendang, memang dan tendang dah.

Sampai sahaja di restaurant tersebut, Adara mendapati Zafran sudah ada di meja. Adara memang ada bagitahu yang dia lambat sikit sebab nak kena teman Insyirah makan. Harini Insyirah manja pula dengan dia. Adara layan jelah. Memang dah biasa budak-budak manja dengan dia.

"Hi awak." Adara menyapa Zafran yang sedang bermain dengan telefonnya.

"Assalamualaikum." Zafran memberi salam. Eleh acah je mamat ni.

"Waalaikumsalam hehe." Adara pandang juadah yang sudah terhidang di atas meja sekarang. Adara telah memesan Chicken Mandy dan Watermelon Juice. Adara tak suka daging sangat jadi dia order ayam. Manakala Zafran pula order Lamb Mandy dan Watermelon Juice juga.

"Wahh sedapnya! Terima kasih awak ajak saya makan sini. Jom makan." Adara sudah mula mahu makan.

Zafran menadah tangannya mula membaca doa makan. Adara pun tadah tangan sekali.

"Awak okay?" Adara tanya selepas mulakan suapan pertamanya.

"Okay je." Zafran angguk. Adara perhatikan Zafran makan. Apa yang Adara perasan dekat Zafran ni, ketika makan, Zafran memang nampak sopan. Dahlah handsome. Sopan pulaktu. Tiba-tiba Adara teringat waktu dia pernah crush dekat Zafran dulu. Cis! Apa ni ingat balik?

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now