Chapter 24

14.6K 970 127
                                    

Hi assalamualaikum semua! Apa khabar? Saya baik baik je hehe. Alhamdulillah.

Jemput baca bab 24. Happy reading!

***********

Pada pukul 12 malam, Zafran sudah genap 30 tahun. Adara baru lepas siap mengemaskan katilnya selepas membalut hadiah. Adara ingat tarikh itu, Adara siap letak reminder dekat calender, punya tak nak terlepas birthday suaminya.

Sekarang ni, Adara rasa kelakar. Nampak beria. Banyak betul harapan dia letak dalam perkahwinan sementaranya ini. Betullah apa Puan Hasya kata, aku boleh pilih untuk lari, kenapa aku tak lari? Jadi, semua ini salah aku. Bukan salah Dian, bukan salah Zafran. Salah aku.

Aku yang complicated. Aku yang bodoh. Aku yang pilih jalan ini. Aku yang pilih untuk sakitkan hati sendiri. Kau expect apa Adara? Kau expect Zafran akan sayangkan kau ke? Kelakar betul. Kau tu pilihan kedua je.

Adara baru plan nak wish awal kononnya. Pukul 12 nak terus wish. Konon nak jadi orang paling awal lah tu. Lupa pula Zafran dengan isteri pertama dia. Mesti Dian dah wish dulu.

Wish nanti-nanti jelah. Tak wish langsung pun takpa. Zafran bukan kisah.

Adara sudah menyiapkan dirinya untuk tidur. Nak rehat. Nak rehat dari dunia yang menyakitkan ini.

**********

"Abang, selamat hari jadi!" Dian mengucapkan ucapan selamat hari jadi itu di atas katil mereka. Dah pukul 12 malam. Zafran dan Dian tak tidur lagi. Dian memang selalu jadi orang pertama yang wish happy birthday untuk Zafran.

"Thank you sayang!" Zafran mencium tepi kepala Dian. Zafran senyum sambil menatap wajah cantik Dian.

"Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki. Terima kasih sebab dah jadi seorang suami yang baik, terima kasih sebab dah jadi seorang baba yang hebat!" Dian berkata teruja.

Zafran gelak.

"Baik ke?" Zafran tanya.

"Baik lah! Baik sangat! Penyayang, pemurah, handsome." Dian memuji Zafran.

Zafran terus peluk tubuh Dian.

"Terima kasih juga sebab dah jadi satu-satunya isteri abang yang paling baik, paling cantik. Terima kasih sebab selalu ada dengan abang dari dulu sampai sekarang." Zafran mengucup pipi Dian selepas mengucapkan kata-kata itu.

"Satu-satunya isteri? Adara?" Dian tanya.

"Sayang.... Berapa banyak kali abang cakap, jangan lah sebut nama perempuan lain bila kita berdua. Abang tak suka." Zafran berkata perlahan. Tak nak burukkan suasana.

"Yelah, minta maaf." Dian terus memeluk Zafran dengan lebih ketat. Nak pujuk birthday boy ni.

"Abang nak makan apa esok? Dian masak."

"Takpa lah. Dian ada dengan abang pun adalah satu hadiah yang besar untuk abang. Syukur, alhamdulillah."

"Ala... cliche nya!" Zafran tergelak. Dia cakap kita cliche?

"Dian tak payah masak lah. Kita celebrate kat luar nak? Dengan anak-anak. Dian pilih nak makan kat mana. Abang ikut je."

"Hm okay!"

"Dah, jom tidur. Dian tak elok tidur lambat-lambat." Zafran menepuk lembut pinggul Dian. Mendodoi Dian tidur.

"Selamat malam abang. Jangan lupa mimpi saya tau." Dian gelak kecil. Dia sudah sedia untuk tidur selepas membaca doa.

"Selamat malam. Abang selalu mimpi awak."

Sudah sejam berlalu, Dian sudah lena. Zafran belum. Dia masih termenung. Tak boleh tidur. Padahal dia penat. Pagi nanti kena pergi kerja pula.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now