Chapter 39

16.8K 960 628
                                    

Hi assalamualaikum! Harap semua sihat. Saya disini sihat je alhamdulillah. Hehe. Harini saya update bab 39! Yeay! Akhirnya! Setelah sekian lamaaaa

Happy reading! Kalau ada sebarang typo, mohon abaikan hehehe

************

Pada pagi isnin, kebiasaannya orang akan mengalami monday blues, tetapi tidak pada Zafran dan Adara. Serentak bangun pagi tadi, masing-masing bangun dengan senyuman yang mekar di bibir masing-masing. Tidak, mereka tidak serumah cuma perbuatan mereka sama.

Zafran dan Adara masing-masing sudah bersetuju untuk berjumpa pada hari ini. Plan nak makan tengah hari sama-sama. Zafran juga memberitahu Adara untuk balik ke rumah mereka pada hari ini. Zafran saja nak spend time dengan Adara pula. Dia kan sudah bercadang ingin meluahkan rasa yang tersimpan dalam hatinya.

"Abang." Dian menegur Zafran yang tersenyum sorang-sorang sambil mengikat tali leher. Pada hari ini Zafran mengenakan kemeja berwarna hijau emerald. Memakai tali leher pula kerana hari ini ada meeting penting. Kebiasaannya memang tak rajin nak pakai. Kalau boleh nak kemeja pun malas nak pakai. Nak pakai t shirt je.

Zafran yang tersenyum itu tersentak. Tak sedar diri sedang tersenyum sorang-sorang. Padahal ada isteri lain di dalam bilik ini. Zafran terus toleh kepalanya memandang Dian.

"Sayang." Zafran melemparkan senyuman yang manis pada isteri pertamanya itu.

"Abang kenapa tersenyum sorang-sorang tu?" Dian bertanya mesra sambil berjalan ke arah Zafran dan menawarkan diri untuk membetulkan tali leher suaminya.

Zafran tersengih lalu menjawab.

"Takda lah, harini abang plan nak jumpa Adara." Serentak itu, Zafran tersenyum lagi. Ish rasa lambat pula masa berlalu. Tak sabar nak jumpa Adara!

Tingkah Dian yang sedang membetulkan tali leher itu terhenti sebentar. Dian kelip matanya laju.

"Oh iya ke?" Dian respon biasa.

"Haah. Abang pun plan nak tidur rumah sana dengan Adara. Sayang okay kan abang tak balik harini?" Zafran menatap wajah Dian. Lalu meletakkan kedua tangannya di kedua belah pinggang Dian.

"Kalau sayang kata tak okay, abang jumpa juga ke Adara?" Dian pandang wajah Zafran.

Zafran terpana. Tidak sangka itu respon Dian. Bukan Dian juga yang meminta aku untuk berbaik dengan Adara?

Dian tergelak perlahan. Lalu menepuk perlahan bidang dada Zafran.

"Takda lah. Dian gurau je. Abang pergi lah spend time dengan Adara pula. Tak balik seminggu pun takpa." Dian menyengih.

"Ish takda lah sampai seminggu. Abang risau juga dengan Dian. Dengan anak-anak kita lagi." Zafran lega. Ingatkan Dian marah akannya.

"Takpa lah. Dian okay je. Jangan risau, okay?" Dian mengusap pipi Zafran.

Zafran mengucup lama dahi Dian lalu melekapkan dahinya ke dahi Dian. Matanya menatap dalam mata Dian.

"Abang sayang Dian tau." Perlahan Zafran berkata.

"Sayang sangat."

********

"Kau dah kenapa tersenyum sorang-sorang ni?" Amelia yang sedang sapu nutella pada roti itu menegur Adara yang dari tadi sengih sorang-sorang.

Amelia pelik. Apa yang roti tu buat dekat Adara sampai dia tersengih macam tu? Takut lah tengok Adara ni. Selama ni kemain termenung, sekarang eh sengih sorang-sorang pula. Jangan lah macam ni. Amelia ketakutan.

Adara yang sedang sengih-sengih itu angkat kepalanya dan pandang Amelia. Lalu sambung sengih. Adara menggoyangkan badannya ke kiri dan kanan.

"Aku happy harini." Setelah berkata, Adara mengoyak sikit roti yang disapu nutella itu lalu cicah ke dalam air milo.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now