Chapter 14

13.5K 709 58
                                    

Hi assalamualaikum semua! Apa khabar? I hope you guys are doing well. Happy selalu.

Terima kasih kepada yang setia menunggu update dari saya.

Jadi, jemputlah baca chapter 14 saya yang hambar ini. Semoga korang tak kelaparan kerana hambar sangat.

Semoga kalian dirahmati Allah selalu. InshaAllah.

***********

Adara's POV

Harini hari sabtu. Adara bercadang mahu membeli barang keperluannya. Seperti skincare products, make up sikit, baju dalam ke seluar dalam ke. Adara mahu pergi bersama kawan. Tapi tulah. Takda. Adara ada minta Kak Dira temankannya, tapi Kak Dira tak boleh. Busy katanya. Hm.

Orang sekeliling Adara semua ada masa dengan keluarga mereka. Weekend kan. Mestilah spend time dengan keluarga. Tapi Adara tahu tak semua macam tu. Dan Adara tergolong dalam kalangan tak semua tu. It's okay, belum rezeki Adara lagi nak ada kebahagiaan dengan keluarga kecilnya sendiri.

Dan sekarang ni, di sini lah Adara. Di shopping mall. Sorang-sorang lah. Adara sedang berdiri di depan starbucks. Dia tengah pikir lagi. Tealive ke starbucks? Tapi dah diri depan starbucks dah.

Adara terus keluarkan telefonnya. Nak buka twitter. Nak tengok thread menu starbucks yang dia dah bookmark. Rasa macam nak cuba menu baru. Jadi, Adara pun sibuk scroll twitternya di depan starbucks.

Tiba-tiba Adara dengar ada budak jerit aunty banyak kali. Adara buat tak tahu je. Anak siapa lahtu. Adara menggeleng kepalanya. Lepastu Adara rasa baju nya ditarik-tarik. Adara cepat-cepat toleh nak tengok siapa yang sesuka hati main tarik-tarik baju ni.

"Eh boy!" Eiman rupanya.

"Hi aunty! Aunty buat apa kat sini?"

"Menjahit." Adara senyum.

Muka Eiman dah blur.

"Ayyad!" Zafran panggil.

Adara pandang. Oh datang dengan Zafran. Dian pun ada. Adara senyum.

"Ibu, aunty kata dia tengah menjahit dekat sini. Menjahit tu apa ibu?" Mata Adara membulat.

"Eh boy. Aunty tak kata itulah. Aunty kata aunty nak beli air." Adara cepat-cepat betulkan Eiman. Budak-budak zaman sekarang ni jujur betullah. Nak bergurau pun tak tahu.

"Hi Dian!" Adara menegur Dian yang dari tadi tengok Adara.

"Hi Ad. Kau sorang ke? Kalau macam tu join kitorang lah."

"Jom lah aunty! Jom!" Eiman dah tarik-tarik tangan Adara.

Adara pandang Zafran. Zafran jeling Adara. Adara rasa macam Zafran tak nak Adara ada sekali. Ala lagipun tengah family time kan. Adara tak nak lah masuk campur.

"Eh taklah. Aku tak datang sorang."

"Kau datang dengan siapa? Kak Dira ke?" Dian tanya lagi.

"Tak. Dengan kawan. Kawan aku."

"Oh ya? Mana kawan kau?" Mata Dian meliar di sekeliling nak cari kawan Adara.

Adara pun cari sekali kawan tak wujud dia. Macam mana ni? Nak cakap kawan aku pergi tandas ke? Bukan ke kalau kawan pergi tandas, kita pergi sama-sama? Kat sekolah kan macam tu. Tak boleh. Tak boleh. Nanti Dian pelik. Tapi ni mall bukan sekolah.

Mata Adara terhenti di satu susuk tubuh. Okay. Yang itu. Sebab dia pun tengah sorang-sorang.

"Itu ha. Kawan aku. Jap aku panggil." Adara terus pergi ke susuk tubuh itu. Lenjan jelah Ad. Harap-harap orang ni sudi tolong aku. Aku harap juga dia tak kata aku gila.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now