Chapter 26

16.1K 942 132
                                    

Pada hari sabtu, Adara dapat panggilan dari balai polis bahawa mereka mahu datang ke rumah Zafran. Adara pun terus memaklumkan kepada Zafran.

Adara mengajak Amelia untuk sama-sama menemaninya untuk pergi ke rumah Zafran. Tak berani nak pergi seorang diri. Nasib baik Amelia sudi untuk menemaninya.

Semasa Adara sampai, pihak polis belum tiba lagi tetapi Zafran sudah sampai. Zafran datang bersama abangnya, Zayyad. Adara terkejut tengok ada abang iparnya. Adara hanya senyum sekadar untuk menyapa. Habistu nak cakap apa? Awkward kot.

"Adara sihat?" Zayyad menegur Adara.

"Sihat alhamdulillah."

"Along tahu dah pasal ni. Zafran yang cerita. Mana tahu betul-betul ada kaitan dengan syarikat."

"Kenapa ada kaitan dengan syarikat?" Adara tanya dengan wajah pelik. Zafran takda beritahu apa-apa pun.

"Projek yang aku cerita dekat kau tu, syarikat kami tak dapat. Lepastu kitorang dapat tahu yang strategi kami untuk projek tu, ada orang dalam yang bocorkan." Zafran terangkan.

"Oh kira nak tengok lah kot-kot orang tu berkaitan sekali ke tak dengan apa yang saya kena ni lah?" Adara tanya.

"Yes."

Tiba-tiba Amelia merapatkan badannya ke Adara, membisikkan sesuatu.

"Nak kencing." Amelia bisik. Adara pandang Amelia. Baru sampai, nak kencing. Takpa lah, Adara faham. Kencing berak takda jadual.

"Pergi lah guna toilet bawah tu." Adara menunjukkan toilet yang dimaksudkan dengan tangannya.

Amelia terus pergi. Dia betul-betul tak tahan. Tadi mandi tak nak kencing. Sekarang baru rasa nak kencing. Tak pasal-pasal tumpang kencing kat rumah orang.

Tiba-tiba telefon seseorang berbunyi. Adara angkat kepalanya. Oh telefon Zayyad.

"Jap along jawab call ni." Zayyad terus berlalu keluar. Aduh kenapa kena jawab kat luar. Jawab jelah kat sini. Sekarang Adara pula rasa nak bangun.

Bangun jelah. Adara terus bangun. Nak pergi dapur. Buat jelah apa-apa kat dapur tu.

"Nak pergi mana?" Zafran tanya selepas tengok Adara bangun.

"Ha? Nak pergi dapur."

"Tak payah. Duduk je sini." Zafran mengarahkan Adara untuk stay.

"Ala kenapa? Saya nak minum air."

"Tak payah. Nanti-nanti je minum air."

"Dah kenapa pula? Ah takda takda." Adara terus berlalu pergi dapur. Dah kenapa nak minum air pun tak bagi. Bukan bulan puasa pun.

"Dia ni kan. Degil betul eh?" Zafran berkata perlahan dan terus pergi ke dapur juga. Aku ni nak borak dengan dia.

Zafran yang baru sampai dapur nampak Adara sedang meneguk air. Zafran pergi ke Adara dan menolak cawan yang diteguk oleh Adara. Terus tumpah sedikit.

Adara terbatuk. Terus dia menjauhkan cawan itu dari mulutnya.

Adara terus pukul bahu Zafran.

"Kalau air masuk hidung macam mana? Kalau saya tersedak macam mana? Agak-agak lah nak cari pasal pun." Adara marah. Terkejut sia aku. Tak sangka Zafran pergi tolak cawan ni. Tengah minum kot.

"Ala ala okay sorry sorry." Zafran cepat-cepat tisu yang ada di counter top. Terus dia mengelapkan muka Adara.

"Cepat hembus." Zafran berkata sambil letak tisu itu di hidung Adara. Macam tengah lap hidung budak selesema.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now