Bonus Chapter

18.6K 634 24
                                    

Waktu Adara dan Dian masih seorang pelajar....

"Huwaaaa sedihnyaaaa huwaaaa!!!" Adara teriak menangis sambil menekup mukanya dengan dua tapak tangannya. Air mata masih berjurai-jurai turun mengalir di pipinya.

"Sedih kan?! Sakitnyaaaa!" Dian juga membalas sambil meletakkan tangannya di dadanya. Menunjukkan seolah hatinya sangat sakit seolah disiat-siat.

"Aku nak jumpa pengarah cerita ni! Dia buat kita sakit!" Tersedu-sedan Adara sambil menuturkan kata-katanya.

Cerita yang mereka maksudnya adalah drama Korea yang bertajuk Hi Bye Mama. Pada awalnya, mereka memang sudah dapat agak cerita ini sedih kerana mereka sudah banyak baca review orang tentang drama ini.

Cuma mereka tidak sangka jalan cerita ini sangat menyedihkan. Setiap episod telah membuatkan mereka menitis air mata.

"Dalam cerita ni tak tahu nak salahkan siapa. Semua tersakiti." Dian berkata sambil mengelap air matanya menggunakan sehelai tisu.

"I know right! Sedangkan second wife dia pun tersakiti." Adara sambung mengalirkan air mata.

"Lepastu tak boleh nak salahkan husband dia juga sebab suami dia tak boleh lupakan isteri dia yang dah meninggal tu." Dian sambung berkata.

"Huwaaaa sedihnya! Lepastu the fact that yang isteri dia tahu yang suami dia kahwin lain! Sakitnyaaa!" Adara meraung lagi.

Setelah beberapa minit mereka melayan perasaan, masing-masing termenung.

"Aku nak tanya kau, Ad." Dian memulakan bicaranya.

"Kalau kau diberi pilihan sama tengok suami kau mati, atau tengok suami kau perlu kahwin lain untuk elak dia mati, kau pilih mana?" Dian bertanya.

Tanpa berfikir panjang, Adara jawab.

"Aku nak dia mati." Dian tergelak mendengar jawapan Adara.

"Kenapa?" Dian tanya lagi.

"Sebab aku tak sanggup nak tengok dia bahagia dengan orang lain. The fact that yang aku kena terima ada perempuan lain boleh bahagiakan dia, it hurts me." Adara berkata sambil matanya menatap dinding di hadapannya.

"Kalau kau?" Adara tanya Dian.

"Kalau aku, aku sanggup tengok dia kahwin lain." Dian jawab.

"Why?"

"Sebab untuk terima hakikat yang dia dah takda, sangat menyakitkan aku. Bila aku kena terima hakikat yang aku dah takkan dengar suara dia, tak dapat tengok senyuman dia, huish aku tak boleh weh. Sakit sangat. Aku takut nak menanggung rindu yang sangat berat nanti. At least bila ada perempuan lain yang bahagiakan dia, aku dah cukup lega. Itu bermaksud aku boleh tengok senyuman dia, boleh dengar suara dia. Nanti aku stalk jelah dia dekat media sosial kalau aku rindu dia." Dian menggigit bibirnya setelah menuturkan kata itu.

"Walaupun dia dah bahagia dengan perempuan lain?" Adara tanya.

"Yes." Dian angguk.

Setelah itu, mereka diam.

"Aku nak tanya lagi." Sekali lagi, Dian bersuara.

"Kau sanggup tak terima hakikat bahawa kalau one day kau mati, lepastu suami kau bahagia dengan orang lain? Ke kau tak kisah dia meratapi pemergian kau?" Dian tanya.

"Sejujurnya aku tak tahu. Like I said earlier, nak terima hakikat ada perempuan lain boleh bahagiakan dia, it hurts me." Adara jawab.

Dian angguk perlahan.

"Kau? Kau mesti sanggup kan?" Adara pula bertanya.

Dian tersenyum.

"Aku rasa macam tak sanggup kalau suami aku bersedih atas pemergian aku. Aku nak dia bahagia kalau aku takda." Dian menjawab.

"Itu menunjukkan dia setia lah dengan kau. Dia sayang dan cintakan kau." Adara berkata.

"Entah lah. Aku faham maksud kau. Cuma, itulah. Aku rasa jatuh kesian bila aku bayangkan suami aku kena jalani hari-hari dia sambil kena hakikat yang aku dah takda disisi dia." Dian berhenti seketika.

"Jadi, bagi aku kalau dia bahagia dengan orang lain selain aku lepas aku dah takda, aku tak kisah. Aku cukup lega. Biarlah aku duduk mereput bawah tanah tu asalkan dia dapat teruskan hidup dia dengan kebahagiaan." Air mata Dian menitiskan lagi.

"Walaupun satu hari nanti suami kau akan lupakan kau?" Adara tanya.

"Takpa, aku tak kisah." Air mata Dian menitis lagi.

"Kuat sangat kau ni Dian. Tak semua perempuan boleh terima semua ni." Adara berkata sambil memikirkan lagi kata-kata Dian.

"Tak semua perempuan boleh berkorban macam kau." Tambah Adara lagi.

"Mungkin sebab aku terlalu sayang dan cintakan suami aku sampaikan aku tak nak dia menangis. Lagi-lagi kalau disebabkan aku." Dian menjawab.

"Aku doakan kau dapat pasangan yang betul-betul sayang dan cintakan kau, Dian. You deserve that."

"Kau pun sama, Adara. Aku doakan ada lelaki yang boleh terima baik buruk kau hingga ke syurga."

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now