Chapter 33

16.6K 989 139
                                    

Korang yang awal-awal tu hari yang sama macam chapter 32 tau.

Enjoy!

**********

Selepas waktu kerja, sebelum menuju ke rumah Amelia, Adara ingin singgah sebentar ke bank untuk withdraw duit sikit. Cash nya sudah habis. Last guna buat beli karipap pusing pagi tadi. Sedap giler karipap pusing yang dia beli. Menyesal beli sikit.

Sesetengah orang jenis yang tak suka pegang cash. Mereka menganggap lagi senang bawa kad saja. Kan senang boleh paywave saja. Tambah lagi pula zaman sekarang boleh bayar guna telefon sahaja. Contohnya macam guna E-wallet dan Shopeepay.

Tetapi bagi Adara, cash sangat penting. At least pegang lah sikit. Adara selalu bayangkan kalau tiba-tiba kad nya ada masalah. Takpun jikalau dia nak guna e-wallet atau shopeepay, tiba-tiba internet dia lambat ke. Ha itu yang Adara tak suka. Gelabah nanti.

Lagipun ada cash ni best juga. Senang nak singgah kedai-kedai tepi jalan. Beli karipap pusing ke, beli pisang goreng ke beli air ke.

Tiba di ATM, Adara terpaksa beratur sekejap. Ramai pula orang nak keluar duit. Gaji ke harini? Macam tak.

Mata Adara melilau tengok sekitar dalam bank ini. Tiba-tiba matanya tertarik nak baca brochure yang tersedia. Adara pun mencapai satu. Adara baca. Mula-mula okay, tapi tiba-tiba mukanya berkerut.

"i-Personal Loan? Islamic Personal Loan lah kan?" Adara bisik perlahan.

"Interest charge? Eh?" Adara pelik.

"Apa lah orang yang buat brochure ni. Kata islamic. Patutnya letak Islamic Personal Financing. Bukan loan. Lepastu patutnya profit charge. Bukan interest. Apooo." Adara menggeleng perlahan lalu meletakkan semula brochure itu. Nak pergi tegur, bank dah tutup.

Adara terus pergi ke mesin ATM apabila giliran dia sudah tiba. Adara cash out RM 200 sahaja. Nak banyak-banyak buat apa. Tak mampu lah Adara.

Selesai urusannya, Adara terus menuju ke kereta dan pulang.

"Lambat balik harini?" Amelia menegur Adara yang baru sampai. Biasanya Adara sampai lagi awal dari dia. Ni dia balik, Adara takda lagi.

"Pergi cash out tadi." Adara jawab dan terus berlalu ke dapur. Nak minum air. Haus.

"Kita masak jom harini. Aku ada tengok menu baru kat tiktok. Macam sedap je." Amelia berkata.

"Boleh je. Nak masak apa?" Selepas Adara tanya, terus dia meneguk air putih itu dengan rakus. Haus sangat.

"Ahhhh!" Adara lega.

"Ish!" Amelia marah. Suka sangat buat macam tu. Adara gelak.

"Ni, aku tengok kat tiktok dia buat soo hoon pedas. Macam sedap do." Amelia berkata.

"Oh ada lalu fyp aku tadi. Macam sedap juga. Tapi kita tak payah letak bijan lah. Aku tak suka." Adara balas. Memang dia tak suka bijan. Apa-apa makanan yang ada bijan, memang tak masuk tekak dia.

"Ha boleh je." Respon Amelia.

Adara pandang meja makan di dapur itu. Ada plastik.

"Barang apa ni?" Adara tanya.

"Barang nak masak soo hoon pedas lah. Aku dah beli siap-siap." Amelia gelak. Dia memang semangat nak masak harini. Rasa macam dah lama tak masak.

"Dah lah aku nak mandi." Adara terus berlalu masuk ke dalam biliknya. Takda lah nak mandi sangat. Nak baring-baring dulu. Main telefon. Penat lah nak mandi.

Masuk ke dalam bilik, Adara terus buka tudung nya. Dan terus baring atas katil. Ni katilnya jadi takpa lah kalau baring dengan baju yang kotor. Bukannya kotor sangat pun. Tak berpeluh pun. Jaga budak je pun.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now