Chapter 58

21.8K 770 184
                                    

Pada waktu tengah malam, Adara tersedar dari lenanya kerana kesakitan di perutnya. Muka Adara berkerut. Tangannya memegang perutnya.

"Nak bersalin ke ni? Sakitnya!" Adara berkata. Tangannya meraba di ruang sebelah. Ingin mengejut Zafran bangun.

Sambil itu, tangannya meraba seluar di celah kelengkangnya ingin merasa jika air ketubannya sudah pecah atau belum. Tetapi dia tidak merasa apa-apa yang basah lagi.

Adara toleh ketepi. Kosong. Zafran tiada. Dia pandang pula ke bawah. Zafran tiada juga. Adara angkat kepalanya.

"Zafran! Sakit!" Adara panggil Zafran yang masih sujud di atas sejadah. Adara mengharapkan Zafran untuk menghabiskan solat sunatnya. Dia mahu Zafran menolongnya.

Adara buat keputusan untuk berjalan ke arah Zafran apabila dia mendapati Zafran langsung tidak bangkit dari sujudnya. Dia turun dengan berhati-hati dan berjalan dengan perlahan ke arah Zafran.

Sampai sahaja di sisi Zafran, Adara melabuhkan duduk dengan perlahan di sebelah Zafran yang sedang sujud itu.

"Zaf, saya sakit." Adara menyentuh lembut belakang badan Zafran dengan perlahan.

"Zaf, saya tahu awak tengah solat, tapi saya betul-betul sakit ni. Tolong lah saya, Zafran." Adara mula mengangis teresak-esak. Sakit sangat perutnya, dia tak tahan.

Adara menarik perlahan badan Zafran, dan terus Zafran jatuh ke atas riba Adara.

"Zafran! Kenapa awak tidur?! Bangun lah Zafran!" Hati Adara mula tidak sedap. Air matanya makin mencurah-curah turun. Tangannya memegang wajah Zafran.

"Zafran! Bangun lah! Jangan main-main macam ni! Saya nak terberanak dah ni. Bangun lah! Sambut anak kita!" Adara mula meraung. Dia pandang wajah Zafran yang sangat pucat itu.

Wajah Zafran nampak tenang. Nampak seperti tidur.

"Awak penat sangat sampai tertidur ke? Bangun lah! Anak kita nak keluar dah ni. Dia nak jumpa awak. Cepatlah bangun!" Adara masih berusaha mengejut Zafran yang masih tidak bangun dari lenanya.

"Awak penat sangat jaga saya ke sampai boleh tertidur macam ni? Awak penat urut kaki saya ke? Awak penat kemas barang saya ke?" Adara meraung. Tangisannya kuat. Dadanya sakit.

"Bangun lah awak. Kenapa tidur dekat sini? Awak merajuk ke sebab saya suruh awak tidur bawah? Kan awak dah boleh tidur sebelah saya."

"Ibu! Ayah! Tolong Ad!" Adara mula menjerit memanggil ibu bapanya. Dia tidak tahu bahawa ibu bapanya mendengar atau tidak akan panggilannya.

"Ibu!!! Ayah!!!" Makin kuat jeritan Adara apabila sakit di perutnya menyerang semula.

"Tolong lah Ad, ya Allah. Mana semua orang ni? Kenapa suami saya tidur nyenyak sangat? Ya Allah, bantulah aku Ya Allah." Adara meraung.

"Ad kenapa? Ya Allah! Kenapa ni?" Puan Karina menerpa laju ke arah Adara yang menangis itu.

"Ibu, Zafran bu. Dia tak nak bangun. Puas Ad kejut dia, bu. Ad sakit, bu. Ad nak ajak dia pergi hospital tapi dia tak nak bangun, bu." Adara mula mengadu lalu pandangannya dihala ke arah Encik Hishamuddin yang juga baru masuk ke dalam bilik itu.

"Ayah, tolong Ad yah. Bangunkan Zafran, ayah." Adara menangis bersungguh.

Puan Karina dan Encik Hishamuddin melabuhkan duduk disisi Zafran yang terbaring di atas riba Adara. Dengan perlahan, Encik Hishamuddin mengejut Zafran.

"Zaf, bangun nak." Encik Hishamuddin mengejut Zafran dengan lembut.

Apabila masih tiada respon dari Zafran, dengan perlahan Encik Hishamuddin mencapai pergelangan tangan Zafran untuk memeriksa denyutan nadinya. Apabila Encik Hishamuddin menyedari sesuatu, pandangannya terus dihalakan ke arah Puan Karina. Dengan perlahan, kepalanya digelengkan.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now