Chapter 22

14.6K 819 121
                                    

Hi assalamualaikum semua! Chapter 22 dah ada! Yeay!

Jemput lah baca! Happy reading!

*********

Hari ini sudah genap dua hari Insyirah pergi meninggalkan dunia ini. Adara masih cuba untuk menerima semua apa yang telah jadi. Dia tak nak terlalu melayan perasaannya. Tak nak menyusahkan orang lain.

Harini semua perkara berjalan seperti biasa. Di 4C, Adam kelihatan sedih. Dia tahu tentang rakan baiknya yang sudah tiada, Insyirah. Adara cuba ajak Adam berborak. Tapi Adam diam je. Banyak termenung. Kalau bercakap pun, sikit-sikit je. Adam siap bagitahu Adara jangan risaukan dia. Budak kecil zaman sekarang.

Encik Akram juga ada beritahu yang dia mahu datang 4C harini. Nak ambil segala dokumen dan barang-barang berkaitan dengan arwah anaknya.

Sedang Adara mengajar budak-budak painting, Kak Far menegur.

"Ad, Encik Akram tu nak jumpa." Adara terus meletakkan berus dan berlalu keluar. Adara tak risau untuk tinggalkan budak-budak itu kerana ada pekerja lagi sorang.

"Puan." Encik Akram menegur selepas Adara masuk ke dalam bilik pejabat. Ada Kak Dira dalam tu.

"Encik." Adara menganggukkan kepalanya.

"Puan okay?" Encik Akram tanya.

"Apa pula saya yang tanya. Patutnya saya yang tanya encik. Encik okay?" Adara tergelak kecil.

"Macam ni lah jelah puan. Nak meratap pun, hidup kena teruskan." Encik Akram menundukkan kepalanya. Sedih apabila terkenangkan keluarga kecilnya sudah tiada.

"Encik nak jumpa saya buat apa ya?" Adara tanya.

"Saya nak bagi ni." Encik Akram menghulurkan sekeping kertas. Kertas lukisan. Adara sambut huluran itu.

"Pada hari kejadian, lepas maghrib, sebelum kami keluar, Insyirah sempat lukis ni. Katanya nak bagi teacher lagi." Adara sebak. Lukisan yang sama. Ada dua orang. Tinggi dan pendek sedang berpegangan tangan. Ada awan, ada burung, ada matahari dan di bawah penjuru kertas itu tertulis Cirah dan Teacher Adara. Tulisan budak-budak.

Adara senyum. Adara menarik dalam nafasnya.

"Cantik." Adara mengusap lukisan itu.

"Terima kasih Encik." Adara berkata sambil pandang wajah Encik Akram.

Tiba-tiba Adara teringat persoalan dia selama ni.

"Kalau encik tak kisah, boleh saya tahu macam mana Insyirah boleh kena langgar?" Adara bertanya sopan. Takut soalan itu kedengaran sensitif.

Encik Akram senyum hambar. Kak Dira di situ juga menunggu jawapan dari Encik Akram.

"Masatu, lepas isyak saya dan dia plan nak makan kat luar. Cirah teringin nak makan fish n chips." Encik Akram diam sekejap sebelum bercakap lagi.

"Saya bawa dia pergi makan. Saya belikan dia fish n chips. Happy dia dapat makan masatu. Lepas saya dah bayar, kami keluar. Nak menuju ke kereta. Silap saya masatu pergi belek telefon."

Adara dengar dengan fokus.

"Saya tak sedar dia pergi melintas sebab nak selamatkan kucing. Lepas dia angkat dan peluk kucing tu, dia jerit nama saya."

"Dia kata 'papa! Tengok! Ada cat!' Saya terkejut masatu tengok dia boleh ada kat tengah jalan. Saya tak sempat nak pergi kat dia, terus ada kereta langgar dia."

Dada Adara sakit. Kenapa Encik Akram cuai sangat? Adara sumpah rasa nak marah. Patutnya Encik Akram kena pegang sahaja tangan Insyirah. Jangan lepas. Budak kecil mana tahu apa-apa. Kita yang besar ni lah kena jaga dia.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now