Chapter 16

12.9K 695 21
                                    

Another new chapter! Happy reading!

Chapter kalini pendek sikit.

*********

Adara's POV

Pada waktu petang, 4C nak tutup dah. Jadi, kanak-kanak ramai yang sudah dijemput oleh ibu bapa mereka. Jadi, Adara sekarang sedang mengemas bilik yang sudah digunakan. Setelah kemas, Adara sudah bersiap untuk balik. Harini Adara tak ditugaskan untuk menutup suis dan mengunci pagar. Tugas itu dilakukan oleh pekerja lain. Jadi, Adara boleh pulang awal.

Semasa di luar, Adara perasan Insyirah tidak pulang lagi. Insyirah ni memang selalu balik lambat. Papa Insyirah busy sangat agaknya. Dulu Adara waktu sekolah pun macam tu. Encik Hishamuddin selalu menjemput Adara dari sekolah lambat. Waktu itu, Adara mesti ketakutan. Lepastu merajuk dengan Encik Hishamuddin. Sejak kejadian itu, Encik Hishamuddin sanggup keluarkan duit bulan-bulan untuk Adara menaiki van sekolah.

"Cirah tak balik lagi?" Adara memulakan perbualan.

"Hm harini papa tak ambil. Atok yang ambil. Tapi atok lambat." Insyirah menjawab dengan suara sayu. Penat agaknya tunggu. Sampai sedih.

"Oh yeke? Teacher teman eh?"

"Okay teacher." Insyirah jawab lemah. Haih. Sedih sangat ni.

"Harini Cirah belajar apa?"

"Kan teacher yang ajar Cirah tadi."

"Yelah, sebab tu teacher tanya. Sebab teacher nak tahu apa yang Cirah dapat." Adara jawab panjang.

"Cirah tadi belajar matematik. Kira-kira buah yang ada. Lepastu Cirah kira buah apple lah."

Adara tersenyum. Insyirah comel. Budak baik. Dekat kelas pun baik je. Tak bising. Insyirah sekarang rapat dengan Adam. Insyirah je yang sudi dengar celoteh Adam tu. Sebab tu Adam suka kawan dengan Insyirah.

Sedang mereka berbual, sebuah kereta berhenti dihadapan mereka berdua. Keluar seorang warga emas dari pintu penumpang belakang. Mesti atok Insyirah ni. Adara berkata dalam hati.

"Atok!" Insyirah menjerit riang.

"Cirah!" Si atok pun excited sekali. Macam tak jumpa setahun.

"Atok ni lambat lah. Lain kali Cirah nak suruh papa je yang ambil Cirah." Bibir Insyirah mencebik.

"Ala sorry lah sayang. Atok sibuk sikit tadi. Lepastu kereta banyak. Nanti atok belanja ais krim. Nak tak?"

"Okay atok! Yeay! Teacher, Cirah balik dulu. Bye!" Insyirah melambai tangannya. Adara turut membalas lambaian itu dengan wajah senyum.

Atok Insyirah pandang ke arah Adara. Adara senyum. Atok Insyirah balas senyum Adara.

"Terima kasih temankan cucu pakcik."

"Small matter lah pakcik. Memang tugas saya."

"Pakcik balik dulu, ya?"

"Yelah pakcik. Hati-hati."

Setelah kereta atok Insyirah berlalu, Adara terus pergi ke arah kereta Myvi nya. Setelah masuk ke dalam kereta, Adara perasan sejambak bunga ros di tempat duduk penumpang.

Adara terpempan. Bunga? Bunga yang sama macam haritu. Bunga haritu dia dah buang. Selain daripada takut, bunga itu sudah layu. Jadi, Adara buang je. Dan sekarang, bunga yang sama, bilangan yang sama, balutan yang sama. Ada di depan matanya. Adara dah cuak.

"Macam mana bunga tu boleh ada kat sini? Macam mana orang tu boleh buka kereta ni?" Adara mula bercakap sorang-sorang.

Jantung Adara sudah berdetak laju. Tangannya menggigil.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now