Chapter 6

13K 661 44
                                    

Hi assalamualaikum. Sebelum tu, saya nak ucapkan terima kasih kepada awak yang vote cerita ni. Alhamdulillah ada juga yang sudi vote. Terima kasih sangat.

Ini adalah update untuk chapter 6. Segala kesilapan, mohon tegur saya. Saya budak baru belajar hehe.

Happy reading!

*************

Pada pagi itu, Zafran dan Adara bergerak bersama menuju ke rumah ibu bapa Zafran. Seperti dijanjikan pada malam tadi, Zafran mahu membawa Adara berjumpa mereka.

Di dalam kereta, mereka langsung tidak berbual. Adara dah minta maaf atas kesalahannya pergi tidur sebelah Zafran. Tapi Zafran abaikan. Adara ada cuba nak berbual. Sekali jelah. Bila Zafran layan tak layan, Adara malas nak ajak borak dah. Jadi dalam kereta hanya kesunyian yang menyapa mereka. Radio pun tidak dimainkan.

Setelah sampai di perkarangan rumah keluarga Zafran, mereka terus keluar daripada kereta setelah selesai Zafran memakirkan keretanya.

"Assalamualaikum." Zafran dan Adara memberi salam serentak.

"Waalaikumsalam Zaf. Ha masuklah." Salam dijawab oleh umi Zafran. Nampaknya umi memang dah standby dekat depan pintu rumah nak jemput mereka.

"Adara, masuk lah sekali. Yang lain masih dekat meja makan, tengah breakfast." Umi menjemput Adara masuk. Adara lega kerana umi Zafran dapat menerima Adara sebagai ahli baru dalam keluarga ini.

"Umi, sihat?" Adara menyalam tangan Datin Sri Zaharah, umi Zafran. Zafran telah bergerak meninggalkan mereka berdua menuju ke meja makan. Lapar.

"Sihat, Alhamdulillah." Adara taktahu macam apa dia rasa sekarang, tapi dia rasa macam Datin Sri Zaharah agak awkward dengannya.

Takpa lah Adara, asalkan umi sudi layan kau baik-baik, kau bersyukur jelah.

Di meja makan, Adara lagi rasa nak nangis kerana di meja makan terdapat semua ahli keluarga ini. Ada budak kecil. Mesti ada anak Zafran kat sini. Mungkin anak buah Zafran juga ada.

"Adara, jemputlah duduk. Kita makan sekali." Papa Zafran, Dato Sri Ilham Shah.

"Baik, pa." Adara terus mengambil tempat seorang perempuan. Mungkin adik perempuan Zafran kot. Zafira Az Zahra namanya. Tempat sebelah Zafran dah di duduk oleh seorang lelaki. Mungkin adik lelaki Zafran.

Adara mendapati banyak makanan yang ada atas meja itu. Terdapat bihun goreng, nasi goreng, keropok ikan, dan juga pelibagai kuih-muih. Adara lapar. Dia tak sabar nak makan. Jadi dia ambil nasi goreng dan meletakkan beberapa keping keropok ikan.

Saat mula mahu makan, Adara memandang Zafran. Zafran langsung tak pandang wajah Adara. Sibuk makan. Muka pun masam je. Haih kau ni, Zafran. Adara tidur sebelah kau pun kau nak mengamuk bagai. Bukan dosa pun. Acah je nak merajuk.

"Baba, aunty tu siapa?" Tanya seorang budak lelaki kepada Zafran. Ha sudah. Ni mesti anak Zafran. Anak lelaki Zafran dah masuk umur 4 tahun. Jadi, dia agak petah berkata-kata. Anak perempuan Zafran pula berumur setahun lebih. Tapi Adara tak dapat cam mana anak perempuannya kerana ada terdapat tiga budak perempuan di meja makan ini.

Sorang berada di riba seorang lelaki, Adara assume itu adalah abang iparnya, Zayyad Isyraf. Lagi sorang berada di riba papa. Sorang lagi duduk di kerusi meja makan ini. Adara assume yang duduk dengan papa tu anak perempuan Zafran sebab takkan lah dia duduk dekat riba abang iparnya kan? Tapi boleh jadi.

Adara tak kenal muka anak-anak Zafran sangat kerana dia bukan selalu berjumpa anak-anak Zafran ni. Jadi, dia ingat tak ingat wajah mereka. Mereka pun bukan kenal Adara. Dian pun jarang expose muka anak-anaknya.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now