Chapter 53

21.9K 1.1K 142
                                    

Pada hujung minggu, di kediaman keluarga Adara, hanya terdapat Zafran dan Adara sahaja kerana Puan Karina dan Encik Hishamuddin bersama Aidid keluar atas urusan yang tak dapat dielakkan. Pagi selepas subuh mereka sudah bertolak meninggalkan pasangan itu di rumah.

Jadi disini, Adara sedang duduk melongok di ruang tamu sambil menonton televisyen. Tak fokus mana pun. Banyak termenung saja depan televisyen tu. Kalau boleh tembus, memang tembus.

Adara geram. Zafran kata nak jaga Adara, nak luangkan masa dengan Adara tapi sibuk dengan kerja dia tu. Baik tak payah datang sini kalau setakat asyik nak buat kerja saja.

Selepas saja mereka bersarapan bersama, Zafran terus kata pada Adara bahawa dia ada hal. Hal kerja yang perlu diselesaikan. Hujung minggu pun sibuk nak buat kerja. Cubalah tinggalkan kejap kerja tu. Ergh!

Mata Adara dihalakan ke arah televisyen yang sedang menyiarkan video di youtube. Video mukbang. Air liur ditelan. Nampak sedap pula nasi tu. Tapi sekarang baru pukul 11, dah ada yang jual nasi ke? Ada kot. Kan nak tengah hari dah.

Adara mencapai telefonnya dan buka aplikasi foodpanda. Tapi tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu. Terus dia keluar dari aplikasi tersebut dan mendail nombor seseorang.

Setelah 40 minit, makanan yang Adara inginkan sudah sampai. Adara order Nasi Ayam Gepuk. Itu yang dia idamkan. Dari bau saja sudah buat Adara makin kebulur dan makin tak sabar nak makan.

"Thanks Do." Adara berkata dan terus berlalu ingin masuk ke dalam rumah semula.

Adara yang menelefon Danish untuk meminta dia membelikan Adara Nasi Ayam Gepuk ini. Itu pun Danish sibuk membebel di telefon tadi. Geram kerana Adara tidak meminta tolong Zafran sedangkan Zafran itu suaminya. Alasan Adara adalah kerana saja. Dia tidak mahu Zafran membelikan dia makanan.

Baru sahaja Adara melangkah masuk ke dalam rumah, Zafran sudah berdiri di depan Adara. Adara hanya pandang dengan muka bersahaja.

"Awak beli apa?" Zafran pandang Adara yang sedang menjinjit plastik itu.

"Makanan yang saya mengidam." Bersahaja jawapan Adara.

"Awak minta tolong Danish belikan awak makanan?" Zafran tanya dengan muka berkerut. Bukan dia tak kenal kereta Danish yang ada diluar tadi.

"Haah. Kenapa?" Adara menyoal.

"Awak boleh minta tolong saya, honey. Saya kan suami awak. Tanggungjawab saya sediakan makanan untuk awak. Lagi-lagi makanan yang awak craving. Awak patut beritahu saya. Saya boleh tolong belikan." Zafran balas.

"Apa salahnya kalau saya tolong Danish pun? Biarlah. Dah memang selama ni dia yang tolong saya. Ada suami pun macam takda. Waktu awak tahu saya pregnant, ada awak datang sini bawa saya balik? Takda. Saya yang hadap sorang-sorang. Jadi saya dah biasa." Adara berhenti kata.

"Lagipun, dari dulu awak tak pernah jalankan tanggungjawab awak kat saya. Tak payah sibuk-sibuk nak jalankan sekarang. Sebab apa? Sebab saya mengandung? Ke sebab Dian dah takda? Jadi awak bosan takda perempuan yang nak layan awak?" Tajam kata-kata Adara lontarkan pada Zafran.

"Honey! Kenapa cakap macam tu? Saya ada dekat sini sebab saya sayang awak. Saya nak jaga awak dan anak kita. Saya tak datang dari awal sebab saya tahu mesti awak tak suka. Jadi saya tak nak awak tertekan di awal kandungan awak." Tegas Zafran balas kata-kata tajam dari Adara.

"Habistu asal datang sekarang? Awak ingat rasa benci saya dekat awak dah hilang ke? Tak, Zafran. Dia tak hilang. Takkan pernah hilang. Malah makin bertambah ada lah. Sepatutnya dari awal awak tak payah datang. Awak biar je saya terkontang-kanting dekat sini." Selesai berkata, Adara terus bergerak mahu berlalu ke dapur. Tidak betah untuk terus berlawan kata dengan Zafran.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now