Chapter 10

15.8K 803 96
                                    

Hi assalamualaikum semua! Kembali lagi kita dalam rancangan, dah maki Zafran belum? Okay gurau je.

Okay, disini saya dah update untuk Chapter 10. Terima kasih kepada mereka yang sudi vote dan komen story saya ni. Thank you so much.

You guys are so awesome!

*********

Pada pagi esoknya, selepas sarapan, Adara terus bersiap. Zafran ajak Adara balik Kuala Lumpur dah. Diorang memang plan hanya menetap dua hari satu malam sahaja. Gerak sabtu, balik ahad. Esok kan dah isnin. Rakyat Malaysia kena kerja.

Di luar rumah, Umar dah melalak. Sedih makcik kesayangan dia nak balik dah. Adara dah rasa serba salah. Dia lemah betul kalau budak kecil nangis-nangis macam ni dekat dia. Dia rasa nak menangis sekali je.

"Umar, maklang kena balik dah. Nanti jumpa lah lagi maklang kesayangan Umar tu." Kak Teha pujuk Umar sambil mendukung anak bongsunya, Uwais. Berumur 6 bulan.

"Tak nakkkkk! Bila lagi Umar dapat jumpa maklang? Maklang selalu tak nak jumpa Umar. Umar je yang selalu nak jumpa maklang. Huwaaaa." Makin menangis Umar kat situ.

"Umar, nanti atok bawak Umar jumpa maklang kat KL nak? Kita pergi KL. Jumpa maklang. Nak? Boleh jumpa paklong sekali. Ha nanti kita jumpa mak uda sekali." Pujuk Encik Hishamuddin. Kalini Encik Hishamuddin kena masuk campur sebab Umar dah memeluk kuat kaki Adara. Tak bagi Adara berjalan masuk ke dalam kereta.

"Tak nak jumpa mak uda!! Mak uda garang macam singa lapar! Tak nak!" Mak uda tu Kak Dira. Kak Dira memang garang. Lagi-lagi dengan Umar. Kak Dira suka sakat Umar. Jadi Umar tak suka mak uda dia.

"Eh budak ni. Aku pula kena." Kak Dira bercakap perlahan.

"You, tengok. Budak pun takut dengan you. I pun takut dengan you. Macam mana lah you boleh buka pusat jagaan budak-budak ni?" Suami Kak Dira sakat isterinya.

"Eh you tu budak ke nak takut dengan I?" Mata Kak Dira dah terbeliak.

"Ha! Tengok tu. Macam muka singa lapar. Tak nak lah macam ni." Suami Kak Dira terus lari. Dia tahu dia takkan selamat kalau berdiri di sebelah Kak Dira yang tengah nak mengamuk.

"Haris!" Kak Dira nak kejar suaminya.

"Hm maklang janji tau. Maklang kena jumpa Umar. Umar nak duduk dengan maklang kat KL nanti." Umar dah mula terpujuk.

Abang Aqil perlahan-lahan menarik Umar dari kaki Adara.

"Yaaaa maklang janji okay? Kalau Umar datang KL nanti, maklang bawa Umar jalan-jalan. Umar suka tak?" Adara bercakap lembut dengan Umar.

"Maklang kena berjalan berdua je tau dengan Umar."

"Ya, kita jalan berdua je."

"Nak!!! Yeay yeay tak sabar nya! Papa! Esok kita pergi KL tau!" Umar ajak Abang Aqil.

"Esok tak boleh lah sayang. Kan papa kerja? Umar pun ada school kan?" Abang Aqil jawab.

"Haah lah Umar lupa. Hm kita tak boleh jumpa esok lah maklang."

"Haah, Umar. Maklang pun kena work. Jadi, maklang work dulu, Umar school dulu. Nanti kita jumpa. Okay?"

"Hm okay maklang." Muka Umar dah monyok.

"Dah sini Umar. Duduk dengan nenek." Ajak Puan Karina.

Umar peluk Adara dulu.

"Umar sayang maklang tau! Maklang kena sayang Umar pula. Nanti maklang kalah, Umar menang lagi."

"Ya Umar, maklang sayaangggggg Umar. Banyak-banyak."

Lepastu, barulah Umar lepaskan Adara pergi. Adara dan Zafran terus pergi ke arah Encik Hishamuddin dan Puan Karina untuk bersalaman.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now