Chapter 25

15.4K 763 178
                                    

Hi assalamualaikum! Saya update chapter 25 untuk harini.

Thank you semua.

Happy reading!

************

Sudah larut malam, Zafran masih belum dapat lelapkan mata. Fikirannya berserabut. Dia baru dapat tahu, dari bodyguard yang mengawasi Adara bahawa Adara dalam keadaan bahaya. Malah makin teruk.

Zafran masih belum dapat siapa pelakunya. Pelaku itu sungguh licik. Private investigator yang dia upah pun belum menjumpai apa-apa hint.

Zafran nak call Adara tapi dia risau mengganggu. Sekarang pun dah pukul berapa. Silap dia kerana off phone selepas sahaja Adara menelefonnya. Fikirkan itu, dia makin dihimpit rasa serba salah. Andai dia bagi Adara teruskan pertanyaannya, pasti Zafran dapat menenangkan Adara waktu ini.

Lagipun kalau Zafran balik tiba-tiba jumpa Adara, tak nampak pelik ke? Takkan Zafran kena bagitahu yang dia tahu apa yang di alami oleh Adara? Adara tak marah ke kalau dia bagitahu selama ni ada bodyguard yang mengawasinya? Dan Zafran tahu setiap apa yang dilakukan oleh Adara di luar.

Sebentar tadi, Zafran leka menyambut hari lahirnya bersama Dian, Eiman dan Ellyna. Hanya berempat. He doesn't want to waste that precious time. Lagipun Dian dah plan semuanya. Dia tak mahu kecewakan isteri pertamanya itu.

Zafran mahu balik ke rumahnya lagi satu, tapi dia dapat tahu yang Adara tiada di situ. Zafran fikir mungkin Adara tumpang tidur di rumah kawannya. Adara dalam ketakutan. Dan Zafran tiada di sisinya.

Zafran menghela nafasnya. Sesak. Fikir pasal Dian, pasal Adara, pasal kerja. Banyak. Fikirannya berserabut.

Zafran menoleh untuk melihat Dian yang sedang dibuai mimpi. Tangannya naik membelai rambut nipis Dian. Hati Zafran sebak setiap kali melihat Dian. Dian sudah tidak sama macam dulu. Dian kurus. Nampak lemah. Tapi Zafran tak kisah. Kasihnya terhadap Dian tidak pernah berubah. Dan tidak akan pernah berubah. Sampai bila-bila.

'Terima kasih sebab sudi jadi isteri abang. Abang sayangkan Dian sampai bila-bila.' Selepas membisikkan kata-kata itu dalam hati, Zafran mengucup dahi dan bibir Dian.

'Aku minta maaf Adara.' Zafran sempat bisik dalam hati sebelum melelapkan mata.

*********

Pagi, Adara sudah menyedarkan diri dari lenanya yang tak berapa nak lena. Adara tumpang tidur di rumah Amelia malam tadi. Gila ke dia nak masuk tidur rumah itu semula? Mana tahu ada kamera lain yang dia tak jumpa lagi?

Adara langsung tak memberitahu Zafran tentang apa yang terjadi. Dia malas nak fikir. Lagi satu, hari ini keputusan tentang projek besar company Zafran akan keluar. Jadi, Adara malas nak sesakkan kepala otak Zafran dengan masalah ini. Selagi Adara boleh selesaikan sendiri, dia nak selesaikan sendiri. Walaupun macam tak logik. Tapi takpa lah.

Adara terus bangun ingin membersihkan diri untuk solat subuh. Adara pinjam baju Amelia. Yang dalam-dalam pun terpaksa pinjam. Telekung pun sama. Adara hanya bawa purse dia sahaja. Dan telefon.

Adara tidur di bilik lain. Malam tadi dia dan Amelia berborak lama. Adara tak boleh tidur. Jadi, Amelia ingin temankan Adara. Tak mahu Adara rasa keseorangan.

Macam-macam perkara mereka telah bualkan. Adara juga ada borak tentang perkahwinannya. Tapi, dia tidak masuk tentang Zafar yang membencinya. Tak mahu lah. Takut hubungan Zafar dan Amelia menjadi renggang. Lagipun, tak salah pun untuk Zafar membenci dirinya. Dia kan hanya sementara.

Selesai menunaikan solat subuh, Adara termenung. Dia fikir apa akan jadi lepas ini?  Urusan polis macam mana? Boleh ke Adara handle kan sendiri? Perlu ke dia minta tolong Abang Arif? Adara tak mahu menyusahkan sesiapa. Mungkin orang lain akan kata, jika Adara tidak suarakan tentang hal ini, benda akan menjadi makin rumit.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now