Chapter 42

21K 1K 307
                                    

Hi assalamualaikum semua! Hope you guys are doing well. Harini saya update chapter 42! Yeay!

Untuk chapter kalini, saya cadangkan korang dgr lagu yang SENDU GILA. Saya cadang, ST12- Saat Terakhir,  Afgan- Bunga Terakhir, Ziva Magnolya- Pilihan Yang Terbaik.

Happy reading!

**********

Azan subuh berkumandang, pasangan suami isteri itu masih belum sedar dari lena mereka. Lena mereka dalam pelukan masing-masing. Wajah Adara berada dekat dengan dada bidang Zafran. Bersama tangan Zafran memeluk pinggang Adara.

Pergerakan dari Adara telah menyentakkan Zafran dari tidurnya. Pandangan yang masih kabur itu dialihkan pada Adara yang sudah menukar posisi tidur kepada terlentang. Tangan Zafran meraup wajah yang masih diselubungi dengan kantuknya.

Telinganya menangkap sayup-sayup suara imam mengangkat takbir menandakan solat subuh sudah dimulai. Zafran terus bangun dari pembaringannya. Tangannya terus mencapai kain pelikatnya yang berada di atas lantai dan terus menyarungkannya.

"Adara, bangun. Subuh dah masuk. Nanti terlepas. Nak mandi lagi." Zafran mula kejut Adara sambil tangannya menepuk peha Adara yang ditutupi selimut.

"Adara bangun." Selepas nampak Adara mula bergerak, Zafran terus masuk ke dalam bilik air untuk mandi.

Adara dengan perlahan mula bangun dari tidurnya. Tangannya naik membetulkan rambut serabainya. Selepas itu, dia bergerak mencapai tualanya dan terus menuju keluar pergi ke bilik satu lagi. Nak tunggu Zafran habis mandi, mesti lama. Baik dia mandi di bilik air yang lain.

Selepas mereka mandi, mereka solat asing-asing. Tak sempat nak solat jemaah. Masing-masing fikir takut terlepas waktu sahaja.

Selepas menggantung telekungnya, Adara terus menuju semula ke bilik Zafran. Dia nampak Zafran baru menanggalkan kopiah putihnya.

Selepas Zafran meletakkan kopiahnya di atas meja laci, terus tangannya mencapai telefonnya dan terus menghidupkannya.

Adara juga mencapai telefonnya dan melabuhkan duduk di atas katil. Masing-masing diam. Sibuk dengan telefon masing-masing.

Tiba-tiba Adara terdengar bunyi sesuatu terjatuh. Cepat-cepat kepalanya memandang Zafran yang hanya diam membiarkan telefonnya di atas lantai.

"Zaf? Kenapa?" Adara terus mencapai telefon Zafran dan matanya sempat melihat apa yang ada di skrin telefon Zafran. Disitu, dia nampak ruangan mesej Zafran bersama seseorang.

'Dian dah nazak. Datang hospital sekarang.' Itu yang tertulis di ruangan mesej itu. Tangan Adara menggigil. Dian? Dah nazak?

Belum sempat berkata apa-apa, Zafran terus bangun dan merampas telefonnya dari tangan Adara. Kakinya laju melangkah keluar dari biliknya meninggalkan Adara.

Adara yang masih dalam dunianya, terduduk di atas katil. Dian. Dian dah nazak.

Bunyi enjin kereta telah menyedarkan Adara. Dia terus bangun dan menjengah luar dari tingkap bilik itu. Zafran sudah bergerak pergi meninggalkan rumah ini.

"Zafran! Kenapa awak tinggalkan saya? Saya nak ikut!" Adara tetap menjerit dalam bilik itu walaupun dia tahu Zafran takkan dengar.

Adara terus bersiap dan telefon Ameerul. Dia tahu pasti Ameerul tahu tentang hal ini. Dia perlu tahu di mana hospital yang menempatkan Dian. Dia nak pergi tengok Dian dengan mata kepalanya sendiri.

Sampai di hospital, terus Adara pergi ke meja receptionist untuk tahu di bilik mana Dian di tempatkan.

"Dian Aisya." Adara terus menyebut nama Dian. Takda masa nak ramah-ramah.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now