Chapter 46

21.8K 1.1K 226
                                    

Zafran yang baru selesai menguruskan Eiman di tandas, terus duduk semula di mejanya. Matanya meliar melihat sekeliling apabila mendapati Adara sudah tidak ada lagi di meja itu. Dia juga mencari beg tangan Adara. Mana tahu Adara hanya jalan-jalan sekitar sini dan meninggalkan beg tangannya di meja ini.

Danish dan Alex juga takda. Adara dengan mereka ke? Zafran desis perlahan dalam hatinya.

Zafran nampak Danish dan Alex berbual dengan orang lain di meja lain. Mana Adara? Zafran sudah mula menggelabah. Di pelamin pula Amelia sedang mengambil gambar dengan yang lain. Adara tidak ada disitu.

Zafran terus mengeluarkan telefonnya dan menelefon Adara. Sekali, dua kali tidak berjawab.

"Adara dah balik ke?" Zafran bisik perlahan.

Adara benci aku sangat ke sampai pergi balik senyap senyap? Dia memang tak sudi nak balik dah ke? Zafran masih bermonolog dalam hatinya. Penat fikir dimana Adara.

Setelah beberapa kali panggilannya tidak berjawab, Zafran terus berjalan laju ke arah Danish dan Alex selepas mengarahkan Zafira untuk menjaga sekejap anak-anaknya.

"Danish." Zafran panggil.

"Nampak Adara?" Zafran terus tanya selepas Danish mengangkat keningnya tanda respon.

"Eh dia bukan dengan kau ke? Dia kata tadi nak cari kau kejap. Ada benda nak cakap katanya." Danish terus jawab.

"Mana ada. Aku kat tandas je tadi uruskan Ayyad." Zafran jawab sambil mencekak pinggang. Lengan kemejanya memang dari awal sudah dilipat.

Di majlis resepsi ini mereka memakai suit. Tetapi blazer Zafran awal-awal sudah dibuka sejak dia perlu bawa Eiman ke tandas.

"Tempat lain takda ke?" Danish sudah gelabah. Dia sudah bangun dari duduknya dan matanya cuba mencari dimana Adara.

"Aku nak cari dia dekat luar. Aku rasa aku tahu dia parking mana." Zafran jawab dan terus keluar dari dewan itu. Dia tidak mahu kecoh lagi. Dia kena tenang.

Danish tanpa banyak kata, mengikut sekali jejak langkah Zafran yang sedang menuju ke luar.

Zafran terus berjalan menuju ke parking kereta. Dia tahu kereta apa yang dibawa oleh Adara. Adara pinjam kereta Amelia.

"Itu kereta Amelia kan?" Zafran tanya Danish sambil tangannya menunjukkan ke satu arah.

"Haah." Danish jawab, mereka berdua terus laju meluru ke tempat kereta itu terletak.

"Takda, Danish. Adara takda!" Zafran terus meraup kasar rambutnya. Hatinya tidak tenteram memikirkan dimana Adara berada. Sekarang sudah waktu malam. Adara seorang diri. Zafran risau teruk.

"Tenang, Zafran. Boleh jadi Adara ada lagi dalam dewan tu." Danish cuba menenangkan Zafran sambil berjalan sekeliling kereta Amelia.

Sampai di pintu kereta pemandu, Danish perasan sesuatu.

"Kereta Amelia calar? Sejak bila?" Danish berkata perlahan.

Zafran yang nampak wajah keliru Danish itu terus berjalan juga ke arah itu.

"Zaf, ni. Kereta Amelia calar. Aku tak rasa kereta Amelia macam ni. Dia tu kalau calar sikit, memang mengamuk habis. Adara pula jenis menjaga harta orang. Takda maknanya dia biar kereta orang calar macam ni sekali." Danish mula menerangkan.

Mereka berdua perhati kesan calar itu. Kesan calar itu tidak panjang mana dan kesannya banyak. Seolah-olah di calarkan berkali-kali di tempat yang sama. Zafran bergerak lebih dekat untuk memerhati kesan calar itu.

Tiba-tiba dia rasa kakinya terpijak sesuatu. Dia terus pandang ke bawah. Wajahnya berkerut.

"Ni gelang Adara kan?" Suara Zafran menggeletar. Tangannya mencapai gelang emas yang dia sudah terpijak tadi.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now