Chapter 3

14.7K 784 136
                                    

Hai, korang! Okay ni untuk chapter 3. Enjoy your reading. Segala kesilapan, boleh tegur di ruangan komen ya. Jangan lupa vote okay? Thank you!

**********

Sebulan sudah berlalu sejak peristiwa itu. Adara tidak memberitahu tentang hal itu kepada sesiapa. Dia sudah berjanji kepada Dian. Bahkan Sofea pun tidak tahu. Tambah lagi pula Sofea dah berkahwin. Adara sorang-sorang kat rumah sewa ni. Sejak dari peristiwa itu, Adara dan Dian makin jarang contact, seolah-olah hubungan persahabatan mereka sudah renggang. Kalau dalam whatsapp group pun, Sofea yang banyak dengan celoteh. Mereka berdua hanya respon gelak, ya dan tidak sahaja.

Di rumah pula, Adara hanya beriak seolah tiada apa yang berlaku didepan Sofea. Dia malas nak panjangkan hal ni. Dia anggap je Dian bergurau dengannya haritu.

Sejujurnya, Adara masih terasa dengan tindakan Dian. Dia tak sangka semudah itu Dian menganggap dirinya mahu kahwin. Memanglah dia nak kahwin, tetapi bukan dengan cara ini. Dia nak kahwin dengan lelaki bujang. Dia mahu buat majlis perkahwinan yang grand. Nak buat majlis malam berinai bersama rakan-rakannya. Ya, itu impian Adara selama ini.

Tidak masuk lagi apabila Dian pergi memberitahu suaminya tentang perasaannya dulu. Padahal soal perasaan itu sudah lama berlalu. Dia tidak pernah ingat akan perasaannya terhadap Zafran Idrees. Dia malu. Entah apa lah Zafran fikir bila dapat tahu yang Adara pernah sukakannya.

Adara malas mahu mengambil berat tentang isu ini berlebihan, lebih-lebih lagi apabila Dian sedang sakit sekarang. Takpa lah, Adara dah maafkan Dian dah pun. Cuma sekarang Adara malu dengan suami Dian. Haih. Dia tak suka perasaan awkward macam ni. Dahlah Zafran dan Adara memang dah awkward. Selepas peristiwa itu, Adara yakin mereka akan jadi makin awkward.

"Teacher! Cepatlah ajar Adam. Kenapa teacher diam je? Teahcher okay tak? Teacher sick ke?" Kata Adam sambil menggoyangkan lengan Adara.

"Eh lah Adam. Takda lah. Mana ada. Teacher okay je. Ni, teacher tengah fikir untuk jawapan ni." Jawab Adara sambil membetulkan duduknya.

"Okay Adam, sekarang cuba Adam bagi Teacher words yang bermula dengan huruf F. Anything. Boleh in english or bahasa." Pinta Adara sambil memulis huruf F di buku tulisan Adam.

"Hm." Adam berfikir sambil hm panjang.

"Fish!" Jawab Adam dengan bersemangat. "Okay, lagi?" Pinta Adara.

"Flower!"

"Frog!"

"What is kipas in english, Adam?" Tanya Adara.

"Kipas? This is kipas, right Teacher?" Tanya Adam sambil menunjukkan kipas ceiling di atas.

"Yes that is kipas. Dalam english apa?" Soal Adara lagi.

"Hm.... Adam taktahu lah Teacher." Jawab Adam sambil menyengih lebar.

"Kipas in english is Fan. Fan is kipas. Kipas is fan." Jawab Adara. "Fan starts with F, right Adam?" Sambung Adara lagi.

"Yes Teacher!" Jawab Adam bersemangat.

"Okay, lagi, cuba Adam bagi words yang bermula dengan huruf A pula." Soal Adara lagi.
"Ayam!"

"Alligator!"

"Anaconda!"

"Umbrella!"

"Ha? Umbrella? Why umbrella?" Tanya Adara pelik.

"Yes, umbrella. UMBRELLA" Sebut Adam dengan nganga mulutnya dengan besar.

"Can you spell the word umbrella, Adam?" Soal Adara.

"A, M, B, R, E, L, L, A. UMBRELLA" Jawab Adam bersemangat.

"No, Adam. Umbrella starts with U. U, M, B, R, E, L, L, A. UMBRELLA." Ajar Adara. Ni mesti Adam ingat umbrella sebab sebutannya AR.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now