Chapter 15

14.6K 722 71
                                    

Happy reading!

***********

"Happy betul?" Ada satu suara menegur. Siapa? Si Zafran bodoh bebal tu lah. Siapa lagi?

Adara pandang Zafran. Zafran sedang menyandar di dinding sambil memegang mug. Zafran dari tadi perhatikan Adara. Dari Adara kat luar lagi, Zafran dah dengar nyanyian Adara. Jadi, nampak tak? Adara nyanyi kuat. Bukan slow.

Happy betul Adara sampai nyanyi kuat pun tak sedar, suami tengah bersandar kat dinding pun tak sedar.

"Happy lah! Dapat jalans-jalans." Adara berjalan menuju ke arah Zafran.

"Awak buat apa balik sini?"

"Eh? Kenapa? Tak boleh ke? Memang kena ada sebab ke kalau nak balik rumah sendiri?" Ha tu sial dia nak mula dah.

"Hek eleh! Bapak cliche. Saya tanya je pun. Jawab jelah." Adara mencebik. Dia intai isi dalam cawan yang dipegang oleh Zafran. Coffee. Adara terus capai cawan itu. Zafran biar je. Adara pun hirup sikit. Hm sedap!

"Nah." Adara bagi balik. Zafran jeling dan teruskan minum.

"Kau tak cerita dekat aku pun kau ada kawan baru?" Zafran tanya setelah duduk di kerusi meja makan. Zafran menarik kerusi disebelahnya dan mengisyaratkan matanya ke arah Adara untuk suruh Adara duduk sekali.

"Saya baru je kenal diorang. Ada lah dalam sebulan. Saya tak nak bagitahu sebab baru lagi kan?" Adara terpaksa tipu. Ala sorrylah. Nanti Adara minta maaf.

"Kenal dorang dekat mana?" Aduh. Nak jawab apa ni.

"Macam Amelia tu kata tadi lah. Kat twitter. Masa itu kitorang ada kecam sorang lelaki kat twitter ni. Yelah. Dia pergi tweet benda bodoh. Ha sejak itu, kitorang jadi bestie!" Nasib baik Adara ingat jawapan Amelia tadi.

"Kalau yang lelaki dua orang tu?"

"Diorang tu mula-mula kawan Amelia. Lia yang kenalkan dekat saya. Turns out diorang baik je. Saya suka kawan dengan diorang." Adara capai lagi cawan Zafran. Nak minum lagi. Sedap!

"Aku nak kau hati-hati. Aku bukan apa. Aku faham, diorang kawan kau. Tapi kau baru kenal kan?" Zafran tanya sambil memerhati Adara yang sedang menanggalkan tudungnya. Baru teringat nak tanggal tudung.

"Ya saya tahu. InshaAllah."

"Diorang tahu tak kau dah kahwin?" Zafran tanya.

"Tak pun."

"Kenapa tak bagitahu?"

"Nanti kalau diorang nak tengok muka suami saya macam mana?"

"Tunjuk jelah muka aku."

"Eleh! Boleh ke?"

"Boleh lah. Asal tak boleh pula?"

"Yelah haritu kata nak lepaskan. Kang kalau saya bagitahu saya dah kahwin, eh tahu-tahu janda. Hm tak nak lah. Malu." Adara berkata sambil tergelak.

Zafran terdiam. Dia tenung wajah Adara yang sedang gelak tu. Kena lepaskan ke? Zafran berdehem.

"Habistu, kau dah ada kawan baru ni, tak bercerita dengan aku dahlah?" Zafran tanya lagi.

"Ish bercerita jelah! Saya suka bercerita. Jadi, awak kena dengar je tauu."

"Kau dah solat asar belum?"

"Belum hehe." Adara perlahan-lahan bangun.

"Kau solat sekarang. Nak kena sebat ke?"

"Yelah nak solat lah ni. Eleh tadi awak yang ajak saya borak dulu." Adara mencebik.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now