Encik Hishamuddin terpaksa marah anaknya lagi. Berbuih mulut Encik Hishamuddin menasihati anaknya. Tak sangka, sekeras itu kepala dan hati Adara. Seperti batu sahaja Adara di rumah itu.

"Ad, tolong lah jangan jadi macam ni, nak. Adara kuat. Adara kan ada Allah. Setiap ujian yang Allah bagi pada kita, itu tandanya Allah masih sayangkan kita. Allah nak kita kembali pada Dia. Allah rindu Adara. Sebab itu Allah beri ujian ini pada Adara."

"Anakku, ingatlah cinta kepada manusia tidak menjamin apa-apa nak. Allah ada. Letaklah harapan pada Allah, jangan lah letak harapan pada manusia."

"Anak ayah kuat. Anak ayah nak jadi seorang ibu dah. Jaga lah amanah ini, nak. Jangan siksa dia, ya?"

Kata-kata itu telah menyedarkan Adara dari tidur lamanya. Dengan perlahan dan dorongan dari ibu bapanya, Adara mula bergerak mengubah dirinya sedikit demi sedikit. Adara mula terima anak dalam kandungannya. Adara mula bercakap, Adara mula senyum, Adara mula gelak.

"Ad pergi masuk bilik bersihkan diri. Nanti kita makan malam sama-sama ya?" Puan Karina berkata.

"Terima kasih ibu."

*********

Di pejabat, walaupun sudah masuk waktu malam, Zafran masih tidak berganjak dari meja kerjanya. Dia membiarkan dirinya tenggelam dalam timbunan kerja yang memang takkan habis sampai bila-bila.

Sejak dirinya melepaskan Adara pergi, macam tulah keadaannya. Biarkan diri sibuk dengan kerja. Bersengkang mata menghadap skrin laptop, ipad dan telefonnya.

Berhenti seketika, Zafran bersandar sekejap di kerusinya. Sambil itu dia melipat jarinya sampai berbunyi. Matanya menatap langit gelap di luar bangunan ini.

Zafran capai telefonnya lalu terus buka gallery. Kebiasaan buat dirinya sejak Adara pergi meninggalkan dirinya. Dia menilik satu-satu gambar dalam album yang memang dia khaskan buat seseorang yang dia sayang dan rindu. Album itu diletakkan nama 'Buah Hati'.

Sekejap senyum, sekejap gelak, sekejap muram semula. Itulah reaksi Zafran setiap kali dia menilik gambar-gambar itu. Gambar isterinya. Gambar Adara Sumayyah. Sebelum ini, Zafran memang banyak kali menangkap gambar Adara senyap-senyap sekiranya mereka meluangkan masa bersama. Ada gambar yang dia dapat dari Danish, bodyguard Adara.

Zafran tahu tentang keberadaan Adara sekarang. Dia tahu dimana Adara bekerja, dia tahu dimana Adara tinggal. Dia juga tahu dia bakal menimang cahaya mata. Anaknya yang ketiga.

Danish ada di Johor bagi memantau keadaan Adara disana. Zafran yang minta. Danish siap kata, kalau Zafran tak minta pun, memang dia ingin mengawasi Adara macam biasa di sana.

Sejak Adara pergi, pernah juga Zafran dan Danish bergaduh macam budak-budak. Danish je yang bergaduh dengan bos dia sendiri. Ini kerana, Zafran pada mulanya bengang dengan Danish kerana tidak memberitahunya tentang keadaan Dian. Hanya Danish tahu Zafran ada dengan Adara waktu itu.

Danish pula marah Zafran kerana biarkan Adara pergi. Dia juga siap bertepuk tangan pada Zafran ketika mendapat tahu Adara sedang mengandung.

"Padan muka kau! Ikutkan sangat hati tu. Kau tengok lah nanti, mesti Adara benci gila dengan kau."

Itulah apa yang dikatakan oleh Danish pada Zafran tempoh lalu. Danish juga sempat beri tazkirah pada Zafran.

"Kau ni benak tahu tak? Dah ajal Dian, memang lah dia pergi. Eh sakit dia serang waktu tu hanya asbab tahu tak? Kalau kau ada dengan arwah sekali pun, kalau dah ajal dia, memang dia pergi. Sekarang kau salahkan Adara pula? Aku tak tahu level benak kau ni dah sampai skala mana. Risau aku dengan kau ni. Ha memang eloklah tu Adara bawa pergi diri dia dari kau. Dia agaknya penat nak hadap benak suami dia ni."

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now