"Aunty!" Eiman dengan semangat nya menegur Adara. Adara bangga dengan Eiman ni. Semangat betul pergi sekolah. Bagus, bagus. Keep it up, boy!

"Hi boy." Adara mengusap kepala Eiman. Eiman yang berdiri di sebelah Adara terus memimpin tangan Adara. Nak Adara yang pimpin tangannya masuk ke dalam 4C.

"Nah Ad." Zafran menghulurkan Ellyna pada Adara. Adara terus mendukung Ellyna. Selepas itu, Adara pandang Zafran. Adara senyum.

"Harini jadi kan?" Zafran tanya Adara.

"Jadi apa?" Dian tanya sambil tangannya terus memeluk lengan Zafran.

"Kan abang dah cakap tadi. Abang nak lunch dengan Ad harini." Zafran balas lembut.

"Ohh lupa pula." Dian tersengih ke arah Zafran.

"Zaf,-" Baru sahaja Adara mahu bercakap dengan Zafran, Dian mencelah.

"Jom lah cepat bang. Kata nak breakfast. Nanti abang lambat pula pergi kerja." Dian berkata sambil matanya pandang Adara.

"Ad, kau nak cakap apa tadi?" Zafran mengabaikan Dian sebentar dan memberi respon pada Adara.

"Takda apa lah. Tak penting pun." Adara senyum lebar.

"Kalau macam tu, kitorang pergi dulu lah eh Ad? Nanti abang Zafran lambat pula pergi kerja." Selepas berkata, Dian terus menarik tangan Zafran masuk ke kereta selepas mengucapkan selamat tinggal pada kedua anak nya.

Adara terpana. Dia memandang lama kereta Zafran yang bergerak pergi. Kenapa Dian macam lain? Dia tak suka aku ke? Aku ada buat salah ke? Adara mula berfikir merepek.

"Aunty, jom." Eiman menggerakkan tangan Adara.

"Ha? Okay, jom kita masuk."

Sepanjang hari itu, hati Adara tidak tenteram. Dia asyik berfikir apa salahnya terhadap Dian sampai Dian langsung tidak menegurnya? Balas senyumannya pun tidak. Aku salah kat mana? Soalan itu sering berlegar di ruang fikiran Adara.

Sampaikan kerja nya pun jadi tidak terurus. Adara sampai menyebut salah nama pada salah seorang budak. Menangis budak itu kerana tak boleh terima Adara lupa akan namanya.

Adara menghela nafasnya. Baru nak happy sikit, jadi macam ni. Salah ke kalau aku nak rasa bahagia? Dian marah aku sebab Zafran nak keluar dengan aku ke?

Kusutnya kepala. Adara kadang tak suka dengan dirinya. Semenjak akhir ini, dia sering tidak tenang. Rasa bagai keputusannya selama ini semakin lama semakin memakan dirinya sendiri. Sibuk fikir apa salah dia. Memang betul selama ni salah aku ke?

"Ad, termenung?" Kak Farah menegur Adara yang sedang menyusun pensel warna itu.

"Eh, kak. Takda lah. Tengah menyusun ni ha." Adara tersengih hambar.

"Akak dengar, Ad nak berhenti dah ke? Nak kerja dekat tempat baru?" Kak Farah tanya dengan wajah sedih. Sedih lah Adara nak berhenti. Selain Adira, Adara juga teman borak nya di 4C.

"InshaAllah kak. Kalau ada rezeki, ada lah." Adara senyum. Tangannya masih laju menyusun pensel warna yang bersepah itu.

"Akak doakan Ad dapat kerja yang Ad nak. Akak doakan juga, satu hari nanti, Adara jumpa kebahagiaan yang selama ni Adara tercari-cari." Kak Farah berkata sambil tersenyum.

"Terima kasih akak." Adara sebak. Kan dia dah cakap, lately ni hatinya macam bermasalah. Risau memanjang, baru happy sikit, dah sedih balik. Ha ni sekarang, rasa nak nangis pula.

"Satu akak nak pesan, jangan sesekali ragu dengan ketentuan Allah. Apa yang jadi dalam hidup Adara sekarang ni, semua adalah ketentuanNya. Adara perlu yakin dan percaya bahawa akan ada kebaikan yang terselit nanti."

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now