"Happy sangat sampai tersengih macam tu?" Amelia tanya.

Adara angguk lalu tergelak perlahan pula.

"Ah sudah. Gelak pula dia." Amelia geleng kepalanya.

"Harini aku dating dengan Zafran." Adara berkata perlahan.

"Wow! Akhirnya, setelah sekian lama eh tak berjumpa. Okay aku fahamlah kenapa kau happy." Amelia angguk pula kepalanya. Faham, faham.

"Itulah! Kau tahu, Zafran beritahu aku yang dia rindu aku. Ehek!" Makin laju Adara menggoyangkan badannya ke kiri dan ke kanan.

Amelia pandang risau. Peliknya Adara. Dia tak pernah menggedik macam ni. Dengan Zafran je rasanya dia menggedik macam ni.

"Bagus lah kalau macam tu. Sedar juga akhirnya yang dia tu berbini dua." Amelia capai lagi satu keping roti lalu sapu nutella lagi.

Amelia pandang Adara lagi. Masih tersengih lagi. Kali ini dengan pakej gelak sorang-sorang sambil tenung air milo.

"Dahlah jangan sengih macam tu. Aku risau air milo tu pun takut tengok kau." Terus mati senyuman Adara. Orang perasan pula kita senyum sorang-sorang.

"Resume kau siap dah? Bila nak hantar?" Amelia tanya.

"Dah siap dah. Aku pun dah jumpa beberapa company yang tengah nak ambil pekerja bidang kewangan. Tengok lah macam mana nanti. Hari ni ke esok ke aku email." Adara menghirup air milonya laju. Nak cepat. Dah lambat nak pergi kerja.

Sampai di 4C, macam biasa, Adara parking keretanya. Adara terus keluar dari kereta dan masuk ke dalam bangunan 4C. Adara tak tahu kenapa harini dia rasa nak berdiri kat luar lepas ni. Nak menjemput anak-anak yang baru sampai. Nak bagi semangat belajar.

Selepas meletakkan beg dan menguruskan sikit urusannya, Adara terus berdiri di luar. Menjemput beberapa budak yang baru sampai. Ada yang menangis tak nak lepas ibunya, ada pula yang happy sampai tak sempat nak peluk cium ibunya. Ibunya pula kena kejar anaknya.

Mana yang menangis tu, Adara terpaksa menolong ibunya. Ya lah ibunya pula dah lambat nak pergi kerja. Adara pun kena lah tolong tarik bawa masuk budak yang menangis itu.

Setelah selesai, budak itu pun sudah tidak menangis kerana kawannya sudah sampai. Malu agaknya tengok kawan tak nangis, dia pula menangis. Adara menggeleng kepalanya perlahan. Macam-macam ragam budak-budak zaman sekarang. Ceh! Normal lah tu.

Adara pun macam tu juga dulu. Pakej air hingus keluar sebab menangis teruk sangat. Sampaikan Puan Karina kena duduk sebelah Adara semasa belajar. Allahu. Adara tergeleng kepala lagi apabila mengingatkan perkara itu.

"Kenapa geleng-geleng tu?" Adara terkejut. Ada suara menegurnya.

"Eh Zafran." Adara menegur malu-malu. Kenapa malu-malu ni? Ish jijik lah Adara dengan diri sendiri.

Zafran tadi sampai, semangat nampak Adara di depan. Terus saja dia keluar dari keretanya untuk menegur buah hati lagi sorang nya ini.

"Mana boy dengan Nana?" Adara tanya. Pelik tengok Zafran datang dengan tangan kosong. Biasanya mesti dukung Ellyna sebelah tangan, dan pimpin tangan Eiman di sebelah tangan lagi.

"Eh kejap. Lupa pula." Zafran terus pusing ke arah keretanya.

Adara ketap bibirnya. Dia lupa anak nya lagi? Nak gigit ke tak eh telinga tu? Ke gigit benda lain je? Gigit apa? Eh benci nya Adara dengan diri sendiri.

Tiba-tiba pintu bahagian penumpang depan dibuka dari luar. Adara nampak Dian baru keluar dari kereta itu. Adara senyum kepada Dian. Tapi Dian tidak membalasnya. Terus mati senyuman Adara. Takpa lah mungkin Dian tak perasan kot.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now