Adara termenung. Dia penat. Penat pura-pura okay. Amelia langsung tak tahu akan apa terjadinya atas dirinya pada hari sabtu lepas. Dia balik ke rumah Amelia pagi itu dengan wajah biasa. Tidak menangis.

Adara teringat pada waktu pagi selepas dia menangis pada malam itu. Waktu dia bangun pagi, kepalanya sakit. Rasanya sebab dah menangis banyak sangat sampai tertidur. Lepas bangun, Adara terus pergi mandi dan bersiap. Dia nak balik rumah Amelia. Dia sudah tidak betah untuk tinggal di rumah itu lagi.

Sewaktu dia turun, dia perasan di meja makan terdapat beberapa bungkus makanan. Takda lah banyak sangat. Adara tahu tu mesti Zafran yang beli. Mesti Zafran expect untuk Adara pergi makan. Tapi Adara tak makan pun.

Dia bukan seorang isteri yang kuat mana pun. Nak pura-pura okay. Cukuplah selama ni dia buat macam tu. Penat lah lama-lama.

"Ad, kau nak balik dah ke?" Zafran menegur Adara yang sudah di pintu rumah. Nak keluar.

"Haah." Adara jawab pendek.

"Makan lah dulu. Aku ada beli nasi lemak. Ada karipap pusing sekali." Zafran berkata lembut. Dia nak pujuk Adara. Dia pun tak tahu kenapa dia buat semua ni.

"Tak nak lah. Takpa. Saya dah lambat." Adara berkata dan terus keluar.

"Eh, Ad!" Zafran panggil kuat. Adara berhenti. Tapi tak pandang Zafran di belakangnya.

Zafran menarik nafas dalam. Dia hanya pandang belakang badan Adara.

"Aku minta maaf." Zafran berkata perlahan.

"Takpa. Saya pergi dulu." Adara terus pergi. Dia tak expect Zafran untuk tahan dia pun. Nak buat apa? Ni bukan drama. Nak acah-acah tahan kereta. Nanti kaki kena lenyek, dah satu masalah.

Habis teringat tentang kisah sabtu lepas, Adara bangun dari pembaringannya. Dia dah nekad nak move on. Dia nak move on awal-awal. Senang sikit. Takda lah sakit mana waktu cerai nanti.

Adara siap plan nak cari rumah nanti. Ya lah takkan lepas cerai nanti still nak duduk rumah tu? Kalau Zafran bagi pun dia tak nak. Kenapa nak kena sakitkan hati sendiri? Tapi dia masih terfikir. Patut ke dia terus duduk bersama Amelia atau cari rumah lain.

Tapi dia rasa dia patut cari rumah lain. Bukan apa, dia duduk rumah Amelia pada awalnya hanya untuk tumpang sekejap saja. Sebab dia dalam bahaya. Adara juga fikir mungkin Amelia mahu kan privacy.

Adara angguk kepalanya. Yakin dengan keputusannya. Nanti nak survey lah mana-mana rumah yang harga berpatutan. Yang dekat dengan 4C. Senang sikit.

Habis termenung, Adara terus bangun dan mencapai tualanya. Nak mandi. Malas nak fikir masalah ni lama-lama. Buat stress je. Kenapa nak kena sesakkan kepala otak dengan fikir masalah yang tak pernah nak selesai ni?

***********

Keesokan harinya, waktu petang, Adara sudah siap melakukan tugasnya. Tinggal nak balik rumah je ni. Adara menghela nafasnya. Penat buat benda sama hari-hari. Tapi tulah. Nak tak nak kena buat juga. Tak buat kang, macam mana nak hidup?

Pagi tadi Adara ada ternampak Zafran sewaktu dia baru sampai. Zafran baru lepas menghantar Eiman dan Ellyna. Disebabkan Adara nak cepat, Adara terpaksa berlari masuk ke dalam 4C.

Bayangkan Adara berlari sambil menutup mukanya dengan beg tangannya. Paling laju dah tu dia lari. Nasib baik lepas. Dan nasib baik juga tak terjatuh. Kalau tak, memang Adara terus berhenti kerja dan lari sejauh yang mungkin. Duduk hutan terus kot.

Masa Adara berlari ke dalam, dia ada dengar Eiman sibuk panggil aunty banyak kali. Adara terpaksa buat tak tahu. Semua sebab tak nak jumpa bapak dia tu.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now