Zafran terpempan. Adara tak kisal pasal aku? Adara nak pergi? Adara akan tuntut cerai? Kau kenapa Zafran? Memang inilah yang kau nak kan? Adara cuma ikutkan saja apa yang kau nak. Tapi betul ke, Adara tak sayangkan aku? Sikit pun tak?

"Ingat semula Zafran. Ingat semula di waktu kamu sebut nama Dian dalam lafaz akad nikah kamu. Dian tu isteri pertama kamu. Dian tu yang lahirkan anak-anak kamu. Sekarang dia sakit, kamu nak duakan dia pula?" Puan Hasya pandang Zafran. Dia memang nak buat Zafran sedar. Lelaki jenis apa ni? Sampai sanggup duakan isteri sendiri? Mana pergi cinta dan kasih yang dulu?

"Mama dah nasihat kamu, mama harap kamu pandai untuk membuat keputusan kamu." Selesai berkata, Puan Hasya terus bangun untuk berlalu. Dia nak pergi tengok anak dan cucu-cucu kesayangannya. Ada benda penting yang dia ingin beritahu.

"Lepasni kamu masuk dalam rumah. Ada benda mama nak cakap." Habis berkata, terus Puan Hasya berlalu.

Fikiran Zafran mula mengimbas di waktu dimana dia menemani Dian buat kali pertama di labour room. Dia nampak wajah Dian yang menahan kesakitan. Kolam mata Zafran bergenang.

Dia mula teringat waktu dia dan Dian selalu bergurau. Bergelak ketawa. Bahagia.

Dian selalu ada dengannya. Dian yang selalu memberinya kata-kata semangat apabila dia penat dengan kerjanya. Dian yang tahu bagaimana untuk hilangkan penatnya selepas balik kerja.

Zafran menekup wajahnya. Dia keliru. Dia tak tahu nak buat apa. Pada masa yang sama, dia perlu berlaku adil. Adara isterinya juga. Walaupun bukan atas kehendaknya, tapi tetap Adara mempunyai haknya sebagai seorang isteri buatnya.

'Ya Allah, apa aku perlu buat? Berikanlah aku pertunjuk Ya Allah.'

Di ruang tamu, Zafran duduk di sebelah Dian. Sambil menggenggam tangan mulus itu. Puan Hasya ada maklumkan yang dia ada berita penting untuk diberitahu.

"Mama nak beritahu apa? Dian dah excited ni." Dian menyoal dengan penuh teruja.

"InshaAllah, dalam seminggu lagi mama nak pergi tunaikan umrah." Puan Hasya dengan lembut berkata.

"Ya ke ma? Alhamdulillah. Bestnya! Kan bang?" Dian menoleh kepada Zafran yang dari tadi menatap tepi wajah Dian.

Zafran senyum lalu mengangguk.

"Bestnya ma! Dian rindu nak pergi lagi." Dian mula teringat waktu dia pergi tunaikan umrah dengan Zafran. Itu adalah waktu honeymoon mereka. Dian yang nak pergi tunaikan umrah sebagai bulan madu mereka. Zafran hanya menurut. Asalkan isterinya happy.

"Ha kalau macam tu, Dian kena sihat lah. Baru Dian boleh pergi." Puan Hasya berkata.

Dian terdiam. Sihat?

"Nanti mama dekat sana, mama doa sungguh-sungguh supaya Allah beri kesihatan yang baik buat Dian. Semoga Allah beri peluang untuk Dian teruskan hidup." Puan Hasya senyum.

End of flashback

Ya, itu yang membuatkan Zafran buat keputusan seperti ini. Dia tak tahu sama ada keputusan ini akan membawanya ke arah yang baik atau buruk. Yang pasti, hatinya tidak tenang.

Waktu dia terdengar Adara menangis malam itu, sejujurnya hatinya sakit. Tapi dia tak tahu nak buat apa. Ya, dia selemah itu. Dia lemah sampai dia tak tahu nak lakukan apa lagi. Dia hanya mampu duduk di tepi pintu itu, dengar suara tangisan Adara.

'Maafkan aku, Adara. Maafkan aku, Adara.'

Itulah kalimah yang disebut berulang kali dalam hati pada waktu itu.

Zafran menghela nafasnya. Berat sungguh hatinya. Penat. Sesak. Satu-satu masalah datang menimpa. Zafran sampai ada rasa nak pergi jauh. Tinggalkan semua orang. Dapatkan ketenangan buat dirinya.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now