"Tapi itulah, umi dok fikir bila lah menantu umi ni nak bawa umi jumpa besan umi." Datin Sri Zaharah berkata.

"Eh ya Allah umi. Adara minta maaf. Nanti kalau ada masa, Adara bawa umi jumpa ibu dengan ayah tau."

"Ha iyelah. Umi gurau je. Tapi umi nak lah jumpa besan umi sendiri kan?"

"Ya umi. Ad janji. Nanti Ad bawa." Adara berkata sambil menghirup air milo.

"Eh umi letak dulu lah. Papa kamu panggil."

Adara senyum. Comelnya.

"Okay bye umi. Kirim salam papa. Good night."

"Bye Adara. Good night juga!"

Adara senyum. Ada orang kata, rezeki datang dalam macam-macam bentuk. Dari segi wang ringgit, kesihatan yang baik, dikelilingi orang yang baik-baik pun dikira rezeki juga. Alhamdulillah. Adara bersyukur dikurnia ibu dan bapa mertua yang baik. Walaupun mungkin perkahwinan ini hanya sementara, Adara bersyukur juga.

Adara ingat umi dan papa tak suka akan dirinya. Ya lah kahwin express macam ni kan. Kalau kat drama kata, bagai menconteng arang di muka. Tapi alhamdulillah, mereka boleh terima Adara seadanya. Adara anggap dikurnia ibu dan bapa mertua yang baik adalah satu rezeki untuknya. Tapi itulah suami pula macam tu. Tapi takpa lah. Asalkan Zafran tu tak berkasar dengan kau pun dah cukup baik.

Bagi Datin Sri Zaharah pula, dia tidak mahu melayan orang teruk-teruk. Tak kisah lah sekaya mana kita, di mata Allah, kita semua sama. Lagipun Adara tu adalah menantunya juga. Sama wanita macam dia. Jadi dia faham perasaan Adara. Siapa je yang nak jadi yang ke dua?

Lagi pula, Datin Sri Zaharah mempunyai anak perempuan dan cucu perempuan. Dia tak boleh bayangkan jikalau anak dan cucunya dilayan teruk oleh ibu mertuanya. Jadi, Datin Sri Zaharah buat mana yang mampu. Jikalau betul Adara yang salah, biarlah Allah yang tentukan. Dia hanya manusia. Dia tidak boleh menghukum manusia sesuka hati. Dia pun ada salahnya juga.

Sedang Adara leka menghabiskan air milonya, loceng rumah berbunyi. Adara bangun dan menuju ke biliknya untuk menyarung tudung. Tak nak biar orang itu tekan loceng banyak kali. Tak nak kacau Amelia buat kerja.

Adara terus menuju ke pintu dan buka. Adara pandang gate rumah. Zafran?

Zafran berdiri di luar rumah dengan pakaian santai. Tshirt hitam kosong dan sweatpants berwarna kelabu. Adara nampak Zafran pegang sesuatu. Macam plastik.

Adara terus menyarungkan seliparnya dan menutup pintu semula.

Sampai di gate, Adara buka dan menyapa Zafran.

"Kenapa datang?" Adara pandang Zafran atas bawah. Hensem betul ek dia ni. Tapi itulah perangai! Tak tahu nak kata happy ke sedih.

"Nah! Aku beli." Zafran menghulurkan bungkusan plastik itu.

Adara sambut dan tengok apa di dalam. Ada dua bekas makanan.

"Apa ni?"

"Katak."

"Eh?! Ish!" Adara menjeling Zafran.

"Makanan lah. Tu kan bekas makanan. Aku singgah beli tadi. Aku beli dua. Bagi-bagi lah kau dengan member kau tu." Zafran berkata sambil melihat kawasan perumahan ini. Hm okay lah. Jiran pun ada kiri kanan.

"Yeke? Terima kasih. Tahu-tahu je awak kitorang tak makan malam lagi hehe." Ceh padahal dah makan biskut. Takpa, tak kenyang lagi.

"Kau dengan Harraz tu dah berapa lama kenal?" Zafran tanya. Kakinya yang disarung selipar itu menguis-nguis jalan tar.

"Takda lah lama mana. Terserempak gitu je. Terus dia nak kenal bagai." Adara berkata sambil tangannya sibuk nak buka bekas makanan tu. Nak tengok apa di dalamnya. Hampir saja bekas makanan tu nak terjatuh dari tangannya.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now