"Ish!" Adara cepat-cepat tangannya semula. Toleh ke arah Zafran dengan kasar.

"Apa?! Orang ni ada kerja. Nak cepat." Adara marah. Mukanya berkerut.

"Ala tak lari pun lah budak-budak tu." Adara jeling Zafran. Dia terus pandang ke arah Eiman dan Ellyna. Eeee kalau ikut hati jahat aku ni, dengan anak-anak dia sekali kena dengan aku. Tapi itulah, anak-anak dia tak salah. Bapak dengan mak je ada masalah otak sikit.

"Hi aunty!" Eiman yang dari tadi perhatikan mereka, menegur Adara.

"Hi!" Adara mengusap kepala Eiman.

"Ayyad, pergi masuk. Bye!" Zafran tolak badan Eiman untuk masuk ke dalam. Ellyna pula Zafran serahkan kepada salah seorang pekerja yang memang sudah tunggu di luar. Dia pun perhati je Zafran dan Adara tadi.

"Dah bye!" Adara terus ingin berlalu masuk ke dalam 4C.

"Eh sabarlah!" Zafran menghalang Adara masuk.

"Ya Allah, apa dia?"

"Sabarlah, kau marah aku lagi ke?" Zafran menyoal lembut.

"Marah? Nak marah kenapa?" Adara soal pelik. Dia tahu je apa Zafran maksudkan. Tapi saja nak tunjuk bodoh. Ego sikit-sikit. Apa salahnya.

"Aku tak maksudkan pun apa aku cakap haritu."

"Tak maksudkan, tapi dah cakap." Adara pandang arah lain.

"Aku minta maaf lah. Aku bukan marah."

"Takpa lah Zafran, hati saya ni dah kebal dah. Asyik kena marah je. Dah biasa. Jadi tak payah susah-susah nak minta maaf. Lagipun awak nak kisah buat apa? Hati saya, bukan hati awak. Jadi tak payah nak jaga." Adara bercakap sambil menatap mata Zafran.

"Adara..."

"Takpa, saya boleh jaga diri saya. Sekarang ni awak fokus dekat life awak je. Dian, kerja, anak-anak awak. Tak payah kisah pasal saya. Saya ni pun kalau boleh tak nak susahkan sesiapa." Adara senyum.

"Takpa, saya okay. Saya janji." Adara mengusap lengan Zafran. Selepas itu, Adara terus berjalan menuju masuk ke dalam tempat kerjanya.

Zafran pandang belakang Adara. Hatinya berat.

'Kau tak susahkan aku pun Adara. Memang aku yang nak jaga kau. Aku minta maaf sebab terlepas cakap.'

Sepanjang hari, Adara menyibukkan dirinya. Tidak mahu fikirkan masalah yang sedia ada dalam kepala otaknya. Makin fikir, makin sesak. Jadi waktu kerja, dia akan guna sebaik mungkin untuk melupakan masalahnya sebentar.

"Adara." Kak Dira memanggil Adara.

"Ya?"

"Akak nak cakap sikit."

Adara terus ikut Kak Dira untuk masuk ke dalam bilik pejabatnya.

"Adam pergi esok." Kak Dira beritahu selepas sahaja mereka melabuhkan duduk.

"Lah kata dua hari lagi?"

"Tak jadi. Parents dia nak kena pergi cepat pula. Ni akak beritahu kau sebab mana tahu kau nak bagi dia hadiah ke kan. Perjumpaan terakhir korang ni." Kak Dira terus minum air. Haus.

Adara muncung. Sedihnya. Adam. Kawan dia dah takda. Cirah takda, Adam pun takda dah.

"Jangan lah sedih-sedih. Ada rezeki, jumpa lah lagi." Kak Dira pujuk Adara. Kak Dira tahu yang Adara sayang sangat dengan Adam tu.

Adara angguk. Takpa lah Adara. Lagipun Adam tu pun memang dah 6 tahun. Memang lama-lama dia akan keluar juga. Setiap pertemuan memang akan diakhiri dengan perpisahan. Macam kau dengan Zafran.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now