Zafran tengah tunggu seseorang. Ya, Adara. Adara tak wish dia ke? Adara dah tidur ke? Ke Adara lupa? Ke Adara tak tahu langsung birthday dia bila?

Zafran tengok jam sudah pukul berapa. Dia berkira patut ke dia telefon Adara? Zafran pandang Dian pula. Rasa macam menduakan pula bila buat macam ni. Haih.

Zafran perlahan lepaskan tubuh Dian. Tak nak Dian tersedar. Dian ni kalau tersedar, memang tak tidur dah lepas tu.

Sudah melepaskan tubuh Dian dengan perlahan, Zafran capai telefonnya dan menuju ke balkoni bilik itu. Nak call Adara. Zafran terus buat panggilan.

"Hello?" Adara menjawab panggilan itu dengan suara serak.

"Hello Ad. Dah tidur ke?" Zafran tanya sambil matanya menatap langit gelap. Ada bulan. Terang. Cantik.

"Hm dah." Adara jawab malas. Zafran sengih. Adara rimas lah tu.

"Awallah tidur. Baru pukul berapa."

"Hm." Zafran gelak. Mengantuk sangat ni.

"Kau tak nak cakap apa-apa ke kat aku? Aku tengah tunggu ni."

"Cakap apa?"

"Kau lupa ke?"

"Ha? Apa ni? Cakap betul-betul boleh tak?" Zafran monyok. Dia lupa lah tu. Entah-entah tak tahu langsung.

Adara nak marah dah ni. Aku tengah ngantuk. Dok main teka-teki malam-malam buta dah kenapa? Nak kena pukul ke? Adara dah menendang bantal di atas katil dengan kasar. Stress orang kacau tidur.

"Hm takda apa lah." Zafran bercakap perlahan.

"Hm. Okay." Adara bercakap perlahan.

"Kau pergilah tidur. Nak tidur sangat."

"Okay." Adara mula menutup matanya semula.

"Adara."

"Hm?"

"Sayang aku tak?"

"Hm." Zafran sengih.

"Bye, good night."

"Hm." Adara sudah masuk ke alam mimpi semula.

*********

Adara sudah bersiap untuk pergi kerja. Dia termenung. Dia sedang berfikir sekarang. Dia rasa macam dia ada bercakap dengan Zafran malam tadi. Mimpi ke betul?

Adara buka telefonnya. Nak tengok call log. Nak check ada ke dia call Zafran malam tadi.

Haah lah ada. Tapi bukan dia yang call. Zafran yang call. Zafran cakap apa ek? Adara dah lah mamai waktu itu. Tak sedar langsung. Dia tak ingat dah apa yang dibualkan oleh mereka malam tadi.

Adara dah stress. Pagi-pagi dah kena fikir benda-benda macam ni dah kenapa? Biarlah kalau Zafran call. Kalau aku cakap benda merepek pun biarlah. Aku mamai. Ngantuk. Tak sedar langsung.

Adara terus mencapai kunci keretanya nak pergi kerja.

Sampai 4C, Kak Dira bagitahu yang dia mahu jumpa Adara. Nak cakap sesuatu katanya. Adara pun terus pergi ke bilik pejabat Kak Dira.

"Kenapa kak?" Adara tanya selepas melabuhkan duduk di kerusi yang disediakan dalam bilik pejabat itu.

"Akak nak cakap pasal Adam."

"Adam? Budak ke?"

"Ya lah. Yang 6 tahun tu. Yang bawah jagaan Ad."

"Ha kenapa dengan dia?"

"Adam nak keluar dah nanti. Parents dia kena pindah."

Adara diam. Adam takda lah nanti? Cepatnya. Memang lah tinggal lagi berapa bulan untuk Adam berhenti sebab Adam pun dah 6 tahun. Tapi awal nya. Adam dahlah budak pertama yang dia jaga sejak dia masuk bekerja di 4C.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now