Adara:
KFC jom?

Zafran:
Macam budak-budak. Tak nak lah Adara.

Adara:
Okay tak payah lunch.

Zafran:
Alahai dia ni. Apaaaalah salahnya makan nasi kandar. Nasi kandar eh?

Zafran sent sticker budak perempuan comel buat thumbs up.

Adara:
Buat dulu muka macam budak tu.

Zafran:
Tak nak lah Adara. Eh kenapa eh dia ni?

Adara:
Ish yelah yelah. Tak pergi kang. Merajuk. Macam pompuan.

Zafran hantar sticker budak perempuan comel itu lagi.

Mesti dia ada satu sticker ni je. Lopek ah dia ni. Noob.

Adara terus letak phone. Terus pandang Adam yang sedang menceritakan cerita lawak. Adara pun gelak bersungguh padahal sebenarnya dia tak faham pun lawaknya. Muka dia happy. Happy sebab Zafran ajak lunch. Hehe kau ada?

Waktu lunch dah nak tiba. Adara dah excited. Dia siap sembur minyak wangi sikit. Macam nak pergi dating je. Acah betul.

Tiba-tiba telefon Adara berbunyi lagi. Mesej masuk. Zafran yang mesej. Tengok dari notification, Adara nampak Zafran sent emoji nangis. Kenapa ni? Mesti tak jadi.

Adara takda mood balik. Dia tak nak buka mesej Zafran. Dia plan nak buka lambat-lambat. Tak nak tunjuk yang dia betul-betul excited dengan pertemuan ini.

Adara duduk sekejap. Tengok budak-budak yang sibuk ambil makanan masing-masing.

Dah 15 minit, Adara buka mesej itu. Hm betullah. Tak jadi. Dah dua kali tak jadi lunch. Padan muka Adara. Siapa suruh berharap? Kan dah kecewa. Muka Adara monyok.

Zafran:
Ad. Sorry tak jadi. Dian ajak lunch kat rumah. Next time eh? *bersama emoji menangis*

Lambat-lambat Adara typing.

Adara:
Eh takpa, lagi pun saya busy sikit pula harini. Ada budak tak sihat tiba-tiba.

Tipu jelah sikit-sikit. Tak nak lah tunjuk kita sedih. Bukannya Zafran kisah pun. Aku mati pun agaknya dia tak sedih.

Adara terus tutup telefonnya. Tak nak tengok telefon dah. Adara terus bangun pergi ke bilik air. Masuk sahaja bilik air, Adara betul-betul kan tudung nya. Air matanya menitis. Adara cepat-cepat lap. Nasib baik harini tak pakai mascara dengan eyeliner. Kalau tak membazir je. Mahal kot.

Selepas itu, Adara keluar dari bilik air menuju ke surau. Nak solat zohor. Bongok je Adara. Betul-betul kan tudung tahu-tahu kat surau kena buka juga.

Selesai menunaikan solat zohor, Adara termenung lagi. Telekung pun lambat-lambat lipat. Adara mengeluh. Bila lah nak happy kalau macam ni.

Adara buka sekejap telefonnya. Dari notification, Adara nampak Zafran punya mesej.

Zafran:
I'm sorry. I will make it up to you.

Adara pandang je mesej tu. Takda rasa nak seen dan reply. Biar jelah. Tak makan lagi kita harini. Skip jelah lunch. Takpa, tak mati pun.

Selesai bersiap memakai tudung, Adara keluar dari surau. Budak-budak dah siap makan.

Tiba-tiba ada satu suara budak menegur Adara.

"Teacher!" Adara pusingkan badannya. Cari suara yang memanggilnya.

"Cirah." Adara senyum. Depan budak-budak jangan lah tunjuk muka sedih. Kesian dorang. Bukan salah diorang.

"Cirah rindu teacher!"

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now