Adara ambil jelah huluran Harraz itu. Adara lihat kad itu. Muhammad Harraz. Adara pandang wajah Harraz pula. Muka putih, bersih, bila senyum ada lesung pipit. Handsome.

"Kalau macam tu, inshaAllah nanti saya call encik ya?" Tak nak call pun sebenarnya. Tak kenal. Takut je.

"Tak payah encik-encik dengan saya. Panggil Harraz je."

"Okay kalau macam tu-" Kata-kata terpotong.

"Adara?" Adara toleh. Danish? What a coincidence! Tiber nya.

"Danish?"

Danish pandang Harraz.

"Ni ke pakwe kau?" Danish tanya Adara.

"Ha? Eh takda lah. Baru kenal."

"Oh yeke? Takda apa lahni? Kalau macam tu, jom Ad. Tolong aku beli barang." Danish kebetulan yang tidak memegang troli, mengambil troli Adara dan tolong tolakkan.

"Eh eh dah kenapa ni?" Adara stress. Adara pandang Harraz yang dari tadi diam je.

"Saya pergi dulu ya Harraz?" Adara mula meminta diri. Nak pergi kat Danish yang merampas trolinya.

"Jangan lupa call saya." Harraz berkata sambil buat isyarat call di telinganya.

Adara tidak membalas malah terus bergerak laju ke arah Danish yang sedang meilhat jajan.

"Kau nak beli apa?" Danish tanya.

"Aku dah habis pilih dah. Plan nak bayar lah ni." Adara menjawab.

"Dahtu, apa pasal tak terus bayar? Tahu-tahu kena tegur dengan stranger." Danish berkata sinis.

"Lah? Biarlah. Mana aku tahu. Aku baru plan nak beli coklat banyak sikit." Adara membalas sambil buat muka pelik. Kenapa? Biasalah kita kalau tengah beli barang. Mesti nak usha-usha yang lain walaupun takda dalam list.

"Ha ni lah perempuan. Dalam list nak beli 5 barang je. Keluar kedai ada 15 barang." Danish berkata lagi.

"Eh biarlah kitorang. Bukannya guna duit kau pun." Adara balas balik.

"Ergh!" Danish terus pergi dari situ.

"Kalah lahtu? Satu kosong." Adara berkata perlahan.

"Apa?" Danish yang sedang berjalan, berhenti dan toleh belakang.

"Apa, apa?"

"Kau cakap apa tadi?"

"Mana ada cakap apa-apa."

Danish mengecilkan matanya. Pandang tajam wajah Adara. Adara pun mengecilkan matanya. Makin kecil, makin kecil, sampai tertutup mata. Bodoh kan?

"Malas aku layan kau." Danish berkata lalu terus pergi. Dari tadi nak pergi, tak pergi pergi.

"Eh? Salah aku ke? Dia yang tegur aku dulu." Adara berkata seorang diri. Peliklah lelaki zaman sekarang ni. Haritu Zafran. Orang gurau sikit, koyak. Ha eloklah tu. Aku kahwinkan Danish dengan Zafran ni kang ha.

Sampai di kaunter pembayaran, Adara pelik. Danish kata tadi, nak minta tolong dia beli barang. Tak minta tolong pun?

"Eh kau kata nak beli barang tadi. Tak beli pun?" Adara tanya Danish yang berdiri disebelahnya. Mereka sedang beratur. Menunggu giliran nak bayar.

"Tak jadi ah. Malas." Danish balas sambil membelek telefonnya.

"Boleh eh macam tu?" Adara menggeleng kepalanya. Zaman sekarang ni, bukan perempuan dah yang complicated. Lelaki pula yang complicated.

Sampai di kaunter, semasa Adara mahu membuat bayaran, tiba-tiba Danish mengeluarkan kadnya dan hulur kepada cashier itu.

"Eh?! Kau dah kenapa?" Adara marah. Dah kenapa tiba-tiba tolong bayar ni? Aku beli barang banyak tau. Total nak dekat 300 dah. Mungkin bagi sesetengah orang lain, murah lagi. Tapi tidak bagi Adara.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now