"Dah jom! Dian, aku gerak dulu. Encik, saya masuk dulu ya?" Adara hanya tegur Dian dan Akram sahaja. Tak pandang Zafran pun. Nak buat apa? Dia ignore kita tadi. Tak nak lah kita buat isteri Zafran jealous. Kita sebagai yang kedua kena sedar tempat kita kat mana. Sebab Adara sedar diri lah dia tak nak lebih-lebih.

"Teacher! Tunggu lah Adam!" Adam yang baru sampai juga berlari tergedek-gedek masuk ke 4C.

Zafran dan Dian abaikan kehadiran Akram dan terus sahaja mahu masuk ke dalam kereta. Belum sempat Zafran masuk, Akram dah tegur.

"Eh? Encik? Yang ni siapa?" Akram soal dengan wajah pelik sambil menunjuk ke arah Dian.

"None of your business." Zafran balas dingin dan terus masuk ke dalam kereta. Member bengang tak kena tegur. Kena layan macam halimunan je tadi.

Dalam perjalanan Zafran menghantar Dian pulang, Dian berkata,

"Tadi tu siapa bang?"

"Entah."

"Kenapa dia tanya macam tu tadi bang?"

"Entah tak tahu."

"Abang, kenapa ni? Tadi okay je."

"Tadi tu Akram nama dia. Dia tahu yang abang dengan Adara dah kahwin." Zafran bercakap macam nak tak nak je. Malas.

Mende entah. Acah je. Eleh baju sama konon. Kebetulan je pun. Aku pun ada lah baju warna hitam. Zafran bermonolog dalam hati. Tak puas hati.

Selepas menghantar Dian, Zafran terus capai telefonnya dan menelefon Adara.

"Hello Zafran." Adara jawab.

"We need to talk."

"Talk? Talk mende? Sekarang ke? Tengah kerja ni kan?" Adara membalas lembut.

"Lunch dengan aku."

"Harini ke? Ala saya baru plan nak lunch dengan geng saya."

"Lunch dengan aku harini, Adara. Aku suami. Dengar cakap aku."

Adara menarik dalam nafasnya.

"Hm yelah." Adara menjawab dengan suara perlahan.

"Nanti aku ambil kau." Adara diam tidak membalas.

"Dengar tak?"

"Hm."

"Apa dia?"

"Hm."

"Hm! Hm! Ha elok lah tu hm kan suami. Elok Adara elok. Buat lah lagi. Biar masuk neraka."

"Ya lah suamiku sayang. Awak jemput saya lunch nanti kan? Iya saya dengar. Saya faham."

Zafran terdiam. 'Suamiku sayang'?

"Saya letak dulu ya? Saya ada kerja ni. Bye assalamualaikum suami."

Zafran terpempan. Jantungnya berdebar. Dah kenapa? Ish gila kau ni Zafran. Apa benda kau fikir ni? Kau suka dia ke? Peh amende do kau Zafran. Kau gila ke? Tak, tak boleh. Zafran dah geleng-geleng kepala. Aku kena setia dengan Dian. Aku sayang dia sorang je. Adara tu sementara je.

*********

Adara's POV

Seperti dijanjikan, Adara sekarang sedang menunggu Zafran untuk menjemputnya untuk makan tengah hari. Adara sedang duduk melongok di pintu pagar seperti orang bodoh.

"Mana ni? Lapar dah ni." Adara bercakap sorang-sorang. Dahlah panas. Adara pun bodoh. Dia tak tahu kenapa dia tunggu kat luar. Padahal boleh je tunggu kat dalam.

Pilihan Kedua | CDove le storie prendono vita. Scoprilo ora