"Jaga diri, anak ibu. Apa-apa call ibu." Kata Puan Karina.

"Jangan lupa emas yang ibu nak tu." Puan Karina gurau. Sempat ngecek anaknya.

"Yelah bu."

Sementara itu, Zafran sedang salam tangan Encik Hishamuddin. Encik Hishamuddin peluk tubuh Zafran dan mengatakan,

"Ingat apa ayah kata semalam. Jaga Adara. Lindungi Adara. Kalau tak boleh, bagi dia semula pada ayah." Encik Hishamuddin tepuk perlahan bahu Zafran. Encik Hishamuddin tak tahu kenapa, dia rasa berat hati untuk melepaskan Adara pergi. Risau. Seolah-olah sesuatu bakal terjadi.

"Saya janji, ayah. Saya jaga Adara. Isteri saya." Zafran jawab.

"Ayah, Ad gerak dulu. Ayah jaga diri tau. Jaga ibu. Jaga kesihatan. Apa-apa call Ad, okay?" Adra terus salam dan peluk tubuh Encik Hishamuddin.

"Maafkan Ad, tau ayah." Bisik Adara kepada Encik Hishamuddin.

"Ayah dah lama maafkan anak-anak ayah. Jaga diri, Adara. Ayah selalu doakan Adara. Apa-apa bagitahu ayah." Mereka terus melepaskan peluk.

Adara berlalu ke arah Abang Aqil yang sedang mendukung anak kembarnya. Nur Kayla dan Nur Kayra.

"Bang, gerak dulu. Ala cane nak peluk ni?" Adara pandang Abang Aqil yang sedang mendukung anak kembarnya sekali gus.

"Peluk jelah sekali anak abang ni." Adara terus peluk.

"Jaga diri, Ad. Apa-apa jadi, bagitahu Abang Arep dengan Kak Dira. Dorang kan ada kat KL."

"Kalau takda duit, minta kat abang, tau." Abang Aqil tambah. Abang Aqil buat macam Adara ni single lagi jerrr.

"Okays abangs." Selepas itu, mereka terus bertolak pulang setelah salam dengan semua orang dekat situ.

"Esok kau boleh jumpa Dian?" Zafran tanya semasa mereka dalam kereta. Sebenarnya Zafran ada call Dian pagi tadi. Melepaskan rindu. Tu sekali Dian minta Zafran tanyakan Adara.

Zafran gerak balik awal ni pun sebab Zafran yang ajak. Adara baru ingat nak gerak lepas zohor ke. Zafran dah rindu Dian sangat. Tambah lagi, risaukan keadaan Dian. Jadi, sebab itulah Zafran beria nak balik awal juga.

"Boleh je. Tapi waktu lunch jelah boleh. Jumpa waktu lunch." Adara jawab tenang.

Setelah tiba di Kuala Lumpur, Zafran terus hantar Adara di rumah Zafran dan terus bergerak pulang jumpa Dian. Habis Zafran tolong Adara angkat beg, terus dia bergerak pulang. Tak sabar sangat nak jumpa Dian.

**********

Adara's POV

Sekarang ni Adara tak faham dengan Dian. Dian yang ajak jumpa, tapi tak mahu contact Adara. At least contact lah cakap nak jumpa kat mana apa semua. Ish. Takkanlah nak berhubung melalui suami pula kan? Tahu lah tengah kongsi suami sekarang ni. Haih.

Adara terpaksa chat Dian dulu. Tanya nak jumpa kat mana. Zafran pun takda bagitahu apa-apa pun. Ikut hati Adara, dia malas nak jumpa kalau dah susah sangat nak contact. Tapi tulah, bila teringatkan yang Dian nak jumpa Adara, Adara pergi lah juga. Kawan, kan?

Setelah bincang, mereka decide untuk makan di restaurant ayam gepuk. Kalau ikutkan, Adara tak mahu. Nanti dia teringat waktu Dian menyuruhnya kahwin dengan Zafran. Peristiwa hitam bagi dia. Tapi, bila Dian kata dia teringin, Adara pun ikut jelah. Adara banyak berkorban untuk Dian. Tapi pengorbanan Dian lagi besar. Kongsi suami dengan kawan baik sendiri. Dian je sanggup buat macam tu.

Setelah tiba di restaurant ayam gepuk, Adara terus duduk di meja kosong. Dian tak sampai lagi. Jadi, Adara terus order buat dia dan Dian.

"Hi, Ad." Adara terus angkat kepalanya dari telefonnya.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now