"Ni bukan kau do Rees. Kitorang kenal kau. Kau takkan sesekali duakan Dian. Lagipun kau dah ada anak, Rees." Sampuk kawan mereka, Hazim.

Zafran diam. Dia stress. Dia nak bagitahu hal sebenar tapi Dian tak kasi. Semua orang salahkan dia. Salah dia ke? Dia sayang Dian. Dia pun taknak duakan Dian. Tapi keadaan memaksa Zafran untuk melakukan hal ni.

*********

Zafran memberhentikan keretanya dihadapan sebuah rumah. Dia taktahu kenapa dia buat semua benda ni. Dian menyuruh Zafran untuk menghantar makanan kepada Adara. Apa yang Dian fikir ni sebenarnya? Dia tak sayang aku ke? Sekarang ni siapa suami, siapa isteri. Zafran agak terasa dengan Dian kerana Dian seolah-olah tidak menghormati dirinya sebagai suami. Dian suka memaksa Zafran berjumpa Adara. Kalau dia tolak, mesti Dian ugut Zafran tentang kesihatannya.

Dahlah sekarang waktu malam. Haih. Tentang perjumpaan Zafran dengan keluarga Adara terpaksa ditangguh kerana masing-masing sibuk. Jadi mereka decide untuk berjumpa hujung minggu ini.

"Assalamualaikum!" Zafran mula memberi salam setelah keluar dari keretanya.

Setelah sepuluh kali percubaan memberi salam, Adara masih tidak membuka pintu. Kereta ada. Orangnya tak keluar.

Zafran taktahu apa yang dia fikir sekarang ni, tahu-tahu dia dah sampai dihadapan pintu rumah Adara. Gate tak berkunci, tu yang Zafran boleh buka. Zafran baru nak ketuk pintu rumah, pintu rumah dah terbuka. Terdapat Adara yang sedang memakai telekung.

"Zaf? Eh kenapa?" Adara terkejut.

"Dah dekat sepuluh kali aku bagi salam, kau baru nak buka?" Marah Zafran. Dingin. Sejuk. Kutub utara.

"Sorry, aku tertidur."

"Nah, ni Dian suruh aku bagi kau makanan ni." Zafran berkata sambil menghulurkan bekas makanan itu.

"Oh. Okay. Terima kasih." Ucap Adara.

"Aku gerak dulu. Kau asal tak kunci gate? Tak sedar ke diri tu duduk sorang. Perempuan pulaktu. Ni nasib baik aku yang datang. Kalau perompak mana yang datang? Kau kunci gate sekarang." Kata Zafran sambil terus bergerak ke keretanya.

Kenapa Zafran kata dia duduk sorang? Sofea kan dah kahwin. Jadi, dia ditinggalkan seorang diri.

"Ya ya. Jangan marah-marah. Ish." Adara terus mengambil mangga untuk mengunci gate. Tiba-tiba rumah tersebut blackout.

"Ya Allah! Astaghfirullah Zaf rumah aku blackout!!" Jerit Adara. Dia risau. Dia dahlah sorang-sorang. Adara agak takut dengan kegelapan. Lagi-lagi bila berseorangan.

"Macam mana boleh blackout? Rumah lain terang je aku tengok. Kau tak bayar bil api ke Ad?" Tanya Zafran.

"Mana ada. Aku bayar lah. Aku mana tahu tiba-tiba blackout macam ni. Tolong aku Zaf. Aku takut." Adara dah kalut. Dia bercakap pun laju. Dia dah macam cacing kepanasan. Dengan telekung nya dia kibas-kibas.

"Ya ya sabar. Kau ni pun dah macam apa. Phone kau mana? Buka lah torchlight tu. Aku tak boleh teman kau lama-lama. Aku nak balik. Ala, blackout je pun."

"No! Zaf! Phone aku dalam rumah. Dalam bilik! Kau tak boleh tinggalkan aku Zaf."

"Aduh kau ni!"

"Ala tolonglah!"

"Ha nilah perempuan." Zafran stress sambil mengeluarkan phone nya dan membuka torchlight.

"Ha nah! Guna phone aku. Pergi masuk." Arah Zafran.

Adara mengambil phone Zafran dan menuju ke dalam rumahnya. Sebenarnya kalau ikutkan hati, Adara nak heret Zafran masuk sekali. Tapi dia takut. Kang kena tangkap basah macam mana?

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now